Rabu

LEGO Murah, Tukar Beli?

::: Catatan oleh Shujin :::


Beberapa bulan lepas aku ada post entry pasal LEGO® untuk dilet-go. Semua sudah habis dijual. Di akhir penjualan, sesuatu yang menarik terjadi.


Semua set lego yang tertera tu cepat je disapu peminat lego, cuma yang tinggal dua set ni. Lepas digesa oleh Rai, aku pun post kat Mudah.my. Ada ramai yang telefon berkenaan set tu tapi, kebanyakkannya "tunggu dulu". Pagi hujung minggu lepas, ada satu mamat dari Ampang watsap. Memula dia mintak nak beli sticker untuk set yang kuning tu je. Of course aku tak jual. Tengaharinya dia call bertanya, "kalau trade-in dengan LEGO Exo-Force boleh?". Aku mintak tengok gambarnya. Dia mintak 2 complete set aku yang macam baru tu untuk ditukarkan dengan 3 set tak complete dia. Aku fikir, tukarkan aje lah. Cuma aku suruh dia tambah laa apa yang dia ada sebab set aku tu bernilai lebih dari RM400.00. Set yang ada tu tak boleh jual pun sehingga minggu lepas, ramai yang bertanya je. Bila jumpa kat stesen LRT Asia Jaya, dia bagi aku DUA KOTAK BESAR. Di dalamnya ada..


11 set LEGO Exo-Force. Empat set tak complete, 7 set macam baru.


18 set LEGO Bionicle. Sedikit berhabuk, tapi semuanya complete, kecuali satu set patah.


Separuh karpet kalau susunkan. Aku fikir "Wow, 2 set tukar dengan 29 set. Takde lagi ke orang macam ni nak trade in dengan aku?". Hahahaha.. Mamat tu cakap, dia actually nakkan sticker tu je. Susah dapat katanya. Any who, aku dah siap ada pembeli untuk set Exo-Force tu. Aku jual sikit untuk cover harga yang sepatutnya aku jual tu. Malam ni dia datang COD. Alhamdulillah.. setelah jual semua yang dah terjual, aku dapat 7000+ pieces LEGO, beberapa set Exo-Force yg LEGO dah tak produce lagi tu, dan 18 set Bionicle. Memula niat nak kosongkan ruangan rumah, sekarang tambah semak. Huhuhu.. Tapi yang baiknya, Aqil tambah gembira explore dunia robot dari LEGO. Sekian..

12 comments:

Irfa berkata... [Reply]

EMM HEBAT
HOBI YG BOLEH BUAT DUIT JGK NI
HIHI

LEGO ADA PEMINAT TERSENDIRI
KHAS UTK YG PENYABAR

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

sampai skang akak penin dgn lego nie...hahahaha..

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...bestnya...

Mar Mansor berkata... [Reply]

wah seronok la Aqil main lego banyak..
pening pula pala nk letak mana..kih3

Dr K berkata... [Reply]

perghhhh..

lepas ni make sure kalau iklan kat MUDAH, gambar jangan tonggang terbalik tau..hahaha

yantz-yeem berkata... [Reply]

aku bru nak menjinak2 kan anak aku si aqil tu main lego...act aku yg suke main...hahahaha...tapi lego sebenar harga nya agk mahal...aku cme beli set lego yang murahan jek...hihihih

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Byk tu koleksi. Hobi yg mendatangkan hasil juga yer rai ☺☺

Unknown berkata... [Reply]

wahh.. betul2 minat ni.. byk betul koleksi yg ada..

Ujie Othman berkata... [Reply]

Ooo...ramai rupanya peminat Lego ni ya. Siap jual beli lagi.

Psst..cantik blog!

emarieys berkata... [Reply]

kalau jenis yg memang minat dgn lego...tang harga mmg tak kisah pun

cahaya berkata... [Reply]

cahayacinta ..hebat boleh tambah koleksi dan buat jualan masa akan datang

QasehnyaRania berkata... [Reply]

kalau dah minat bab harga tolak tepi.
syok la aqil.hihi

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com