Rabu

Engkau aku, kita semua pentingkan diri sendiri

Assalamualaikum

Yeahh.. Terasa seperti Isnin, tapi bukan Isnin. Terasa seperti esok Jumaat tapi bukan Jumaat kan.. Hahaha.. Minggu ni paling best!

Hmm..

Manusia memang sejenis makhluk yang pentingkan diri sendiri. Engkau aku, kita semua pentingkan diri. Apa yang membezakan kita adalah, adakah sikap pentingkan diri kita sendiri tu menyusahkan orang lain atau tak. Menyusahkan sikit ke banyak.

Pada aku manusia yang paling tak guna dalam dunia ni adalah manusia yang suka menyusahkan hidup orang lain. Tabur fitnah sana sini. Berhutang tak bayar. Sendiri malas nak berusaha, rampas harta orang lain. Sama ada secara orang sedar atau tak sedar.

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Janganlah kita jadi orang orang yang rugi. Mati tak tunggu tua. Malaikat maut takde main cop cop. Jangan jadi orang yang muflis di akhirat kelak. Dalam game anytime kita boleh revive. Tapi realitinya. Hidup cuma sekali. Segala usaha kebaikan kita mestilah bersandarkan bahawa kita akan mati satu hari nanti. Cari duit sebanyak mungkin untuk buat amal dengan harta, dermakan untuk bekalan akhirat. Sayangi anak dan didik sebaik mungkin supaya anak tu boleh sedekahkan sekurang kurangnya al fatihah bila kita dah tak ada.

Semua orang tahu, mati tu pasti. Hari pembalasan tu pasti. Tapi bab beramal, hubungan sesama manusia. Kita kadang kadang leka pada hasutan syaitan dan nafsu. Terlupa yang buat baik dibalas baik. Buat jahat kalau Allah tak balas di dunia, akhirat nanti balasannya pasti datang. Sebab mahkamah dunia kita boleh lepas. Di hari akhirat, hakimnya adalah Allah yang maha adil lagi bijaksana.

Jauhkan diri dari sifat mazmumah. Banyakkan berzikir memohon keampunan Allah. Semoga Allah berkati hidup kita sehari lagi.

Maafkan aku kalau ada salah dan silap yang menyusahkan korang korang semua.

:: Jangan lupa beli kangkung. Baik untuk kesihatan!

Daa

22 comments:

Irfa berkata... [Reply]

pepagi lg aku dah buat en3 kangkung
hahaha

cheqna berkata... [Reply]

hahaha
ayat last x leh blah hahaha

Fiza Rahman berkata... [Reply]

MEkasih atas peringatan. Betul tu, manusia memang pentingkan diri sendiri. Tapi bergantung pada situasi.

Femes betul kangkung skang erk. Tapi x blh mkn banyak. Angin ☺

Aziela berkata... [Reply]

Akak konoius... Ini adalah tazkirah, atau luahan perasaan?

Apa2 pun, tq share peringatan...also on the kangkung

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, kangkung memang pemes sejak dua menjak ni..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@cheqna, hahaha..ayat tambahan je tu..

Unknown berkata... [Reply]

@Fiza Rahman, aah..ramai kata kangkung banyak angin..saya tak minat sgt kangkung..so tatau..

Unknown berkata... [Reply]

@Aziela, hahaha..dua dalam satu kot..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Hahaha... kangkung juga yg jadi isu sekarang ni:) entah yg dituju tu baca entahkah tidak..

Sebaiknya cari bekalan baik bukan sebaliknya sebelum mati.

ayunidati berkata... [Reply]

hikhikhik ada apa dengan kangkaung

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Klu ptgkan diri tpi xnyusahkan org laen xpe jugak....
Ps....rietta bli kat Sungai Petani, kdai tu jual barangan halal dan juga makanan sunnah...dah dekat setahun rietta guna miswak nie..

Unknown berkata... [Reply]

ya Allah.. terpaku sat baca entri ni.. peringatan yg cukup bagus.. thanks sharing.. deqla sendiri byk lagi kelemahan diri.. huhu..

CIK TOM berkata... [Reply]

mendalam betul entri ni..hehe...
skang dah jd 1 fenomena bab kangkung..

emarieys berkata... [Reply]

femes betul nama sayur kangkung ni sekarang.

Mar Mansor berkata... [Reply]

sempat lagi pesanan dari penaja 'kangkung'..he3

aizamia3 berkata... [Reply]

kehkehkeh.. ayat last yang tak menahan tu..
tapi apa-apapun moga kita semua sentiasa berbuat baik sesama kita.. ;)

MH8625 berkata... [Reply]

Kangkung juga dibahannya :p

QasehnyaRania berkata... [Reply]

mendalam makna entri ni.
hahaa. kangkung jugak dibahannya.

Unknown berkata... [Reply]

hiduplah atas kaki sendiri..usah menyusahkan org lain kan...

last..xmo mkan kangkung...heheh

Mimie berkata... [Reply]

Setiap org pasti de sdikit rse pentingkan diri tuh kan

Mohd Shubhi berkata... [Reply]

Jaga diri untuk keselamatan dari api neraka, kemudian keluarga terdekat...

Unknown berkata... [Reply]

haha..kangkung lagi..best2..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com