Selasa

Natural birth : My opinion

Assalamualaikum

Ini cumalah pendapat peribadi aku tentang insiden kematian yang berlaku melibatkan seorang wanita yang memilih untuk melahirkan anak di rumah.

Pada pendapat aku, mereka memilih untuk melahirkan anak di rumah setelah mengambil kira semua risiko yang ada. Betul. Aku setuju, kematian mungkin boleh dielakkan sekiranya ianya dilakukan di hospital. Tapi hakikatnya. Ianya telah berlaku. Dan there's nothing much yang kita boleh lakukan selain dari menghadiahkan al fatihah buat arwah.

Janganlah pulak kita buat dosa kering dengan kata itu ini pada mereka.

Setiap dari kita membuat pilihan. Tak kira apa jenis pilihan. Setiap hari membuat pilihan sama ada nak ambil risiko bersalin di hospital atau di rumah. Bukan tak ada berlaku kematian atau kecuaian pihak hospital hingga menyebabkan kematian atau kecacatan kekal. Mungkin orang kata peratusannya kecil. Ya. Siapa tahu. Selagi yang kena bukan kita. Dan kalau kejadian berlaku di hospital pun, bukan ada sesiapa yang bakal bertanggungjawab.

Begitu juga membuat pilihan nak vaksin anak atau tidak. Orang kata.. AEFI rendah peratusannya. Tapi kalau terkena demam campak tak semestinya cacat terus. Beguk tak semestinya jadi pekak. Ianya berlaku. Ambil kira risiko yang kita ambil. Ianya dipanggil risk management. 

Kita tak boleh elak kemalangan boleh berlaku. Kita berhati hati. Tapi mungkin orang lain tidak. Jadi, terpulang pada kita macam mana kita nak buat pilihan dan mengawal risiko yang bakal kita ambik.

Bagi aku. Aku pilih sesuatu di dalam bidang kuasa aku. Yang aku boleh kawal. Sebab kita tak boleh kawal AEFI. AEFI boleh berlaku kepada sesiapa. Ikut nasib pun ada jugak. Tapi penyakit, kita boleh bantu dengan kawal anak kita, kuatkan sistem imun dia.

Begitu juga dengan pasangan suami isteri yang terlibat dalam kes baru baru ni. Mereka tak mahu meletakkan risiko dengan sakit di hospital jadi memilih untuk sakit di rumah. Itu pilihan mereka. Apa yang berlaku, walau pun mungkin orang kata "boleh dielakkan", tapi siapa kita nak kata kalau kalau. Kun faya kun..

Pada aku.. Aku melakukan sesuatu dalam kawalan aku dan bergantung pada Allah. 

Still.. Aku sendiri tak mampu nak pilih home birth sebab aku penakut. Natural birth di hospital tu ya aku setuju sangat sangat.

Apa pengalaman bersalin korang kat hospital?

Daa

15 comments:

Irfa berkata... [Reply]

x tahu pun pasal ni,jap aku gugel
tp psl kes ni aku ada citer nak kongsi. jiran sblh umah mak aku.. boleh dikata dr 8 anaknnya tu.4 adalah lahir kat rumah..suami bentang tikar, dia pun bersalin, pastu panggil bidan klinik dtg rumah.hihi.giler senang
aku? takpelah.. x berani woo

Ann Ishak berkata... [Reply]

ajal maut ditangan Allah, kita hanya mampu merancangan sesuatu yang baik untuk diri sendiri saja...al Fatihah buat arwah

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Yup. Klu dah kun fayakun. Mcm mana jalan kita pilih pun kalau itu yg sudah ditetapkan Allah, kita ada kuasa untuk mengelak?

Ujie Othman berkata... [Reply]

adik beradik saya 9 org - 6 org sume kat rumah. saya & adik2 je kat spital. tapi tu dolu2..kalau saya tak berani.

pernah dgr ada spital gomen yg sediakan ruangan utk natural birth ni. kira jalan tgh la..kot ada apa problem masa tu kan.

Mell Mariann berkata... [Reply]

ada kawan home birth. Alhamdulillah. dia n baby ok. tapi katanya nak home birth ni suami isteri kena bnyk ilmu dan jugak sedia mental dan fizikal. ogcoz yg penting. berdoa dn yakin pd ALLAH..

msredcheesecake berkata... [Reply]

semua ketentuan Allah... nape kita nak pertikai... tapi akk tak berani bersalin rumah...

Unknown berkata... [Reply]

kalau aku aku pilih bersalin kat hospital..sebab aku penakut..haha..tapi salute ngan mak aku sebab sume anak dia bersalin kat umah..kecuali si bongsu..bersalin kat hospital..tu pon sakit di rumah..bidan tak sampai2..last2 abah aku bawak pegi hospital..

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Betul tu. Bergantung pada pendirian masing2 sama ada nak bersalin kat umah atau spital. Tapi klo dah ajal. kita tak blh nak tolak ketentuan dariNYA.

lieyalatif berkata... [Reply]

alamak lieya pun tak berani nak cube home birth....rasenye tak sekuat itu lagi ...lg pun sistem perubatan negara kite antara yg terbaik so jgn la menafikan hak kite sebagai rakyat....guna segale kemudahan yg telah disediakan sebaiknyer....

matahati-aishahazhar berkata... [Reply]

betul tu.. semuanya ketentuan.. kita tak boleh nak pertikaikan.. tp tulah manusia kan mesti ada kata-kata tak puas hati yang akan dikeluarkan..

JunAina berkata... [Reply]

Sekarang ni jarang2 sangat org Pilih home birth, kalau dulu tak ada kemudahan memang banyak. Dah sampai masanya kelahiran itu hanya sebagai penyebab.

Unknown berkata... [Reply]

duduk hospital ngeri..tapi bersalin kat rumah lagi la ngerinya...baca pun dah terasa ngeri....

QasehnyaRania berkata... [Reply]

ajal maut di tangan Allah.
sy teda pengalaman nk dikongsi. huhu

Unknown berkata... [Reply]

Ajal maut Allah tentukan tapi kita kenalah berusaha..kalau rasa tk yakin nk bersalin di rumah baiklah pegi hospital..tapi kes yg Rai cerita ni mng dia yakin so tk boleh salahkan sape2..
pengalaman akak bersalin kat hospital? kalau cerita kang 3 hari 3 malam tk habis..tp yg paling tk sadis masa nak bersalinkan yg sulung..bleeding sebab uri bawah..tandatangan sndiri masa nk kena ceaser..suami dtg akak dh selamat dioperate..

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Ajal maut di tangan tuhan...walau apa pun kita buat..kalau Dia da kata cam tu...camtu la jadinya...

Sy...mmg kena besalin hospital...4 anak..smua di hospital...sbb sy pesakit asthma sejati...kikiki...nak besalin mmg kena pantau dgn Doc...x berani lah nak home birth...kena bnyk ilmu juga kalau nak buatnya kan...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com