Selasa

Bukan jeruk saja

Assalamualaikum

Melihatkan respond pada post sindrom perut bocor semalam, aku rasa ramai salah faham tentang bahan awet dalam makanan. Bahan pengawet atau omputeh panggil preservative  bukan saja wujud dalam bahan macam jeruk atau asam asam. Bahan pengawet wujud dalam hampir semua jenis makanan komersial. Termasuk susu formula untuk bayi dan kanak kanak!

So.. pada hari ini.. Hampir tiada siapa pun yang terkecuali dari makan makanan yang mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tiruan. Hampir tiada siapa.

Even buat kek sendiri kat rumah pun pakai pewarna tiruan kan..? 

Tapi.. Kita boleh kurangkan dengan memasak sendiri makanan. Gunakan pewarna asli. Jauhkan dari menggunakan MSG, serbuk perasa, pati ayam, pati ikan bilis di dalam masakan.

Shujin cukup tak gemar aku mewarnakan kek. Sebab tu aku tak berapa nak teruja buat rainbow cake, red velvet cake, atau apa apa kek yang menggunakan banyak pewarna tiruan. Cuma sesekali untuk special occasion je.. Biasanya dia bagi aku buat kek vanilla atau kek coklat je. Hehehe..

Banyakkan makan sayur segar bagi mengurangkan kadar nutrisi yang hilang daripada sayur ketika proses memasak.

Tentang antibiotik. Insya allah aku akan tulis dalam satu entry lain.

Daa

8 comments:

lieyalatif berkata... [Reply]

tu la ...kdg2 kite ni byk yg tak tau...perkongsian mcm gini laa yg akan mencelikkan mate dan minda kite....mcm lieya sendiri suke betul gune serbuk pasti sedap tu.....

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Kdang mlas dan nak cepat juga faktor suka sngt guna bhn perasa tu...sy slalu tu...ni dah abis ni....reti plk buat rencah sndiri...

X baca plk entri yg tu...jap nak baca...

Unknown berkata... [Reply]

slalu sgt guna bahan masakan yg mcm tu.. hmm.. sudahnya merana badan.. kesian kan kat badan kite.. huhu

Unknown berkata... [Reply]

ssh da skrg kita nak lari pd semua tu..kesemua produk makanan ada bhn2 pewarna,perasa tiruan..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Tapi dgn warna itu buat mata kita tambah tertarik itu yg buat kita lupa kesannya...

wahida berkata... [Reply]

aku antara orang yang suka masak pakai bahan perasa tu nok, suka sgt letak pati ayam la, pati ikan bilis la...huwaaaaa....

terus muhasabah diri...

Ujie Othman berkata... [Reply]

saya mmg rasa tak sedap ati kalau buat kek letak pewarna, kalau masak letak serbuk pati ikan/ayam. Tapi buat gak..cuma skrg dah kurang2kan. Yg serbuk perasa dah tak beli lagi. Rajin2 kan diri guna bilis.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Frankly speaking Rai, sy start homemade pun sbb terikut lifestyle Rai ni tau (di samping influence dr Jamie Oliver dan River Cottage...heee~) Cumanya, sy tak dpt lari lagi dr CUKUP RASA or Ajinomoto. Serius tak dpt lari dari mende2 tu sbb dah terbiase lidah ni dari kecik. Mmmmm....

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com