Ahad

Product kita dan RND

Assalamualaikum

Kadang kadang pelik bila tengok product tempatan kita. Asal bulih je. Macam mana diorang research aku pun tak tau. Tah ada tah tidak.

Lagi lagi kalau product kesihatan. Bahan apa dalam tu macam main bubuh. Bila sedia maklum madu, kismis, habbatus sauda tu bagus. Makanan sunnah. Habis semua dia bubuh. Yang membeli ni pun beli lah. In the name of support muslim product.

Ternampak satu sponsored post kat FB. Seriously, aku takde niat nak jatuhkan sesiapa. Tapi aku mohon. Ibu ibu yang menyusukan anak hati hati pasal ni. Nama product susu Natalshape. Ianya dikatakan dirumus khas untuk ibu yang lepas bersalin dan menyusukan anak. Dengan claim dapat tambah susu dan bagi anjal kulit. Dirumus khas dengan 11 bahan semulajadi dan makanan sunnah.

11bahan semulajadi
susu kambing - makanan sunnah
susu rendah lemak
delima
kolagen - bagi anjal kulit
kacip fatimah
manjakani - elok untuk kesihatan org pompuan
kurma - makanan sunnah
stevia
vanilla
kalsium
apatahlagi...

Haih.. Aku bukan nak perkecilkan atau nak jatuhkan sesiapa. Tapi seriously. Kacip fatimah adalah herba yang not to be consumed by nursing mom ok.

Dan lagi, diorang ni main ambik bahan yang "elok" + "tengah hot" untuk buh dalam tu. Rasa rasa ada tak diorang buat R&D atau study untuk mengetahui keberkesanan product bila digabungkan. Atau kesan sampingan atau masalah yang akan timbul apabila ianya digabungkan.

Aku bukan taknak sokong product tempatan. Tapi pengusaha product tempatan ni kebanyakannya cuma fikirkan keuntungan. Duit duit duit. Product safety jatuh nombor berapa tah. Tak fikir pasal jangka masa panjang. Sama lah ngan pengguna pun. Semua nak tengok effect cepat je. Sebab tu banyak je jenama tempatan melingkup lepas 5 tahun.

Tah la. Tak reti aku. Nak kata berkesan, aku cuma tengok testimoni. Scientific evidence jauh sekali. Nak kata murah pun tidak jugak. Tapi ramai je teruja beli.

Sebab tu agaknya banyak kes, da guna product tu makan bertahun tahun baru tau product tu contaminated la apa kes la. Aku bukan nak menakutkan. Dulu aku beli jugak vitamin yang repack kat farmasi. Bila tengok yang duk keja repack, dengan kebersihan tah macam mana. Handling tah ke mana mana. Aku rela bayar mahal sikit asalkan keselamatan kebersihan terjamin.

Ikut la kan. Duit memasing. Perut memasing.

Nota kaki : Hangin tak tentu pasal s
tengok orang ambik untung dengan bahayakan orang lain.

Daa

9 comments:

Unknown berkata... [Reply]

pengguna kat luar sana tuh perlu membuat kepeutusan yg bijak...

Nieda Ramly berkata... [Reply]

jUAL UBAT KURUS SURE LAKU

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Yang ambil kesempatan atas nama 'agama' pun banyak juga. Semuanya konon dah 'disurahkan'...

mummY daniSha berkata... [Reply]

terlalu banyak produk sekarang ni...kdg2 sebab nak lakukan produk,sgp dedahkan hub suami isteri....bg aku,agak x manislaaa heee =p

Yaya Azura berkata... [Reply]

trend claim produk ada kolagen..bagus utk ibu, bagus utk anak.huhu..ibu dalam pantang mmg obses nak cantik tu cepat terpengaruh tu..

sal ya berkata... [Reply]

tak pernah pulak pasal susu ni. biasa kalau nk tmbh susu guna petua org tua je. tak pun beli ubat tmbh susu kat klinik.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Kita sebagi pengguna harus bijak memilih lah

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

moral of the story..jdla pngguna yg bijak...jgn main tar am je,ehehehe!!!

Unknown berkata... [Reply]

Ramai yang tertarik disebabkan tagline mereka diperbuat drpada makanan sunnah.

RND produk tersebut tidak dinyatakan dengan jelas. Hanya menekankan makanan sunnah.

Produk milk booster hanyalah sebagai makanan tambahan buat si ibu . Yang penting sebenarnya adalah nutrien yang terdapat dalam produk tersebut. Jika si ibu tak ambil produk /supplement tetapi yakin dengan pengambilan makanan dengan betul, cara penyusuan yang betul ianya tak perlukan mana2 supplement tambahan.

Bukan nak condemn mana2 produk,since saya pun pengedar produk kesihatan., bagi saya betul kata rai ourkizuna, kena tahu lebih details ttg produk tersebut. Fahamkan.. RND penting berbanding based on testimonial je.

Apa2 pun .. seimbangkan cara pemakanan dan juga cara penyusuan.. si ibu kena sihat,kena happy ,jangan stress,kena bertenaga untuk memastikan susu sentiasa lancar. Jika ase badan x selesa,tanda kurang nutrisi. Don't take it easy.

Ini pendapat saya .. bkn kerana saya pengedar produk kesihatan😊

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com