Jumaat

Hakikat MLM : Jangan masuk MLM

Assalamualaikum

Peringatan dari aku yang aku rasa mostly orang tau tapi saje gatal merenyam nak highlights.

Jangan masuk MLM bila
(1) Orang yang ajak join tu datang bawak kereta besar, sembang juta-juta. Boleh dapat income ribu-ribu dalam masa yang singkat - Aku pelik tengok sesetengah orang yang join MLM tu suka tayang luxury item.Hakikatnya MLM hanyalah satu  perniagaan. Jual barang bukan jual orang. Tak jual barang tadak untung. Bezanya dengan perniagaan yang lain adalah ia dijalankan secara berkumpulan. Setiap perniagaan ada potensi untuk mendapat pendapatan yang tinggi, tetapi bukan dalam masa yang singkat dan tanpa usaha.

(2) Duduk diam diam boleh dapat duit/Tak payah cari orang - Tidak ada satu jenis pekerjaan/perniagaan pun dalam dunia ni yang membolehkan seseorang jadi jutawan hanya dengan duduk diam tanpa usaha. MLM adalah networking business. Ia memang memerlukan seseorang mencari network, tetapi ia tidak perlu dijalankan dengan cara menipu.

(3) Diminta melaburkan sejumlah wang bagi mendapatkan "pangkat" dan "duit cepat" - Asas perniagaan MLM adalah memulakan perniagaan dengan modal yang rendah. Ini bertujuan bagi membolehkan sesiapa saja menyertai perniagaan ini. Demi keadilan, semua orang mestilah bermula dari bawah. Malangnya kerana ketamakan sekumpulan manusia ini, MLM telah dikaitkan dengan hutang dan pinjaman.

(4) Diwajibkan membeli produk setiap bulan atau menyimpan stok yang banyak - Ini adalah salah satu downfall yang menyebabkan orang sangat takut dengan MLM. Kalau dah join mesti upline call tiap-tiap bulan suruh beli barang atau pun pergi jual barang. Perbezaan antara perniagaan MLM dengan perniagaan lain adalah syarikat menyediakan produk dan peniaga hanya perlu promosikan barangan tersebut. Memandangkan syarikat telah menyediakan warehouse, maka peniaga/pengedar tak perlu menyimpan stok sendiri.

(5) Syarikat mereka baru dan untung kalau masuk awal - Pada pendapat aku skim piramid dan MLM adalah dua sistem yang berbeza. Dalam MLM tak kira siapa masuk dulu, kalau yang masuk kemudian tu lebih kuat berusaha mereka akan dapat pendapatan yang lebih tinggi dari mereka yang masuk dahulu. Manakala, skim piramid, siapa masuk dulu dia kaya. Hati-hati dengan syarikat baru, kerana syarikat baru lebih berisiko. Walau pun mungkin ramai kata berdasarkan teori duplication market MLM akan tepu tapi biasanya syarikat akan kaput dulu sebelum market tepu. Hehehe..

(6) Product lain dari yang lain dan sangat ajaib - Dalam mana-mana perniagaan sekalipun, product adalah yang paling penting. Kalau product macam haram macam mana nak market. Dah nama pun perniagaan. Bila sebut product MLM, orang biasanya akan membayangkan product seperti krim ajaib. Hanya perlu sapu bagi menyembuhkan apa juga jenis penyakit. Dari demam panas sampailah ke kanser. Sapu je. Hahaha..Adalah sangat penting mengedarkan product yang boleh dipercayai. Oleh itu, clinical study dan pengiktirafan dari badan bebas berkenaan dengan product adalah sangat penting. Bukan hanya testimoni sahaja.

Kan kan.. Setuju tak..?

Ok. Jangan tembak aku pasal posting ni. Ni pendapat aku daripada pemerhatian aku.

Daa

18 comments:

Ce'gu JAERA berkata... [Reply]

sebuah perkongsian yang menarik.. saya memang anti MLM.... nyampah nak dengar kawan2 yang datang nak promote.. heee

Cik Puan Bunga berkata... [Reply]

Suami aku pernah join MLM sekali (Masa tu tunanglah belum kahwin) nasib baik modal RM2500 jek (Duit jugak kan!) Memang ke laut!

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

apa je , bukan setakat MLM,cik ina x.lagi baik jual kuih kalau cik ina nak cari rezeki secara sambilan, dah tu memang tentu dapat hasilnya biarpun sikit. habislah kalau org MLM baca statement cik ina ni, mahu kena tendang .kah kah kah

uncle gedek berkata... [Reply]

MLM = Miting Larut Malam...

haha...

uncle benci!

mummY daniSha berkata... [Reply]

hehheheee..betul..betul...betul..bebudak sakti ramai yg join mlm ek...

Unknown berkata... [Reply]

Setuju..say NO to MLM..

Mulan berkata... [Reply]

padan muka saya... terkena 2 kali.. tapi nasib baik produk tu memang saya boleh guna.. lepas tu, tak melabur byk.. nasib tak rugi.. kalo tak hubby saya mesti hangin.. dah serik..

Unknown berkata... [Reply]

bro pernah join cni

Unknown berkata... [Reply]

@Gen2Merah, thanks..kadang2 bila org promote cara tak betul benda yg baik pun kita jadi malas nak dengar..kan..

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Puan Bunga, hish... rm2500 besar tu...lebih 5 bulan sewa rumah aku...actually by right nak join MLM tak payah ribu2 pun.. ratus tak sampai..

Unknown berkata... [Reply]

@gedek!, hehehe...

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, hmm..ada la beberapa org yg aku tau.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Papa Mifz, yup yup..say no to scam MLM..

Unknown berkata... [Reply]

@MULAN, nasib baik tak sampai berutang..kadang2 benda elok pun.. tapi org yg perkenalkan kat kita tu yg tak bagi info yg betul.. sbb tu ramai yg tertipu..

Unknown berkata... [Reply]

@Bro Ahmad, akak ipar saya pun pernah join CNI..ok je kalau buat betul2..aritu dengar kata income dia da sampai rm2k dah.. ok la utk business part time..hehe..

Pinkish Mumma berkata... [Reply]

sy pernah terkena..melayang 25K....ishkk..mmg rs diperbodohkan btl...siap ajak memember join...pastu...sy SERIK ya amat...!!!

Unknown berkata... [Reply]

@MamaLuvPink, sabarlah.. org yg memperbodohkan org lain biasanya hidup mereka takkan senang..lepas ni kena lebih berhati2..bukan sikit duit 25k tu..

laila berkata... [Reply]

Huhu … xpyh melabur bagai nak rak ha…saya terjumpa lmn web ni…MLM xpayah invest, haha caya x? so far sy google xder report yg site ni scam lak, ha lantakla janji free

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com