Memaparkan catatan dengan label mushroom soup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mushroom soup. Papar semua catatan

Isnin

Resepi French bread dan mushroom soup

Assalamualaikum

Aku share je lah ye resepi french bread aka roti perancis ni. Mana tau ada yang nak lawan muscle ngan aku nanti. Hehehe..

Resepi french bread
Bahan bahan
300gm Tepung gandum boleh tepung roti lagi bagus. Kalau nak sihat sikit boleh buat 250gm tepung gandum, 50gm tepung wholemeal
1 setengah sudu teh yis kering - bancuh dalam air suam dengan sikit gula. Biarkan sampai berbuih atau 10 minit. Kalau da lepas 10 minit tak keluar buih tu maksudnya yis da masuk angin la tu
1 sudu besar gula
1 setengah sudu teh garam
200ml air suam
1 sudu besar minyak. Aku guna sunflower oil. Olive oil boleh. Kalau takde sangat sangat tu minyak masak biasa pun boleh. Jangan guna minyak dah goreng ikan pulak
Cornmeal secukupnya - Aku ganti dengan tepung gandum je
Butter untuk sapu atasnya

Kaedah membuatnya
Campur tepung, gula, garam dan ratakan.
Masukkan yis yang dah kembang dan minyak. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sampai tak melekit. Kalau terlalu melekit masuk tepung sikit. Tapi patutnya ok dah. Proses ni biasanya ambik masa dalam 15-20 minit.

Tutup adunan dan biarkan di tempat yang agak-agak suam dalam 2 jam.

Buang angin dan uli sikit. Bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan bulat bulat. Dan biar 10 minit.

Ambil sebiji bebola. Penyekkan sampai agak agak diameternya 10-15cm. Gulung. Make sure kelim bahagian tepi tu supaya bila bakar tak terbukak. Nak gemuk pendek boleh. Nak selim panjang pun boleh. Lenyek ikut suka. Buat kesemua adunan (dua je pun kan)

Tambahan :
Sapu putih telur atau kuning telur yang dicampur dengan susu nak bagi permukaannya cantik bila dibakar. (Aku tak letak)

Biarkan 30 minit pulak atas baking paper yang dah digriskan dengan minyak atau butter.

Panaskan oven 200darjah. 5 minit sebelum masuk roti dalam oven sembur air ke dalam oven. Nak bagi ada wap. Ni yang akan buat roti jadi rangup kat luar. Hiris dengan pisau tajam menyerong. Bagi jadi bentuk macam kat bawah ni. Sembur air pada permukaan roti.
Letak butter kat celah hirisan. Tabur cornmeal atau tepung. Masuk dalam oven. Bakar selama 20-30 minit atau sampai perang-perang. 10minit sekali bukak dan sembur air dalam oven.
Sapu butter pada permukaan roti nak bagi kilat. 

Sejukkan sebelum dipotong :D


Resepi creamy mushroom soup
2 genggam mushroom - aku guna shitake segar belen belen dalam peti sejuk, dadukan
6 biji kentang - dadukan
2 biji Bawang besar - dadukan
1 sudu besar bawang putih mince
Lada hitam
750ml Stok ayam - aku guna serbuk perasa ayam je. Kiub pun boleh
Garam secukup rasa
Daun ketumbar
setengah cawan susu segar
5-6 sudu tepung gandum
setengah buku butter
minyak untuk menumis

Cara membuatnya.
Panaskan minyak. Tumis bebawang sampai naik bau. Masukkan mushroom. Tutup dan stim 2 minit.
Masukkan stok ayam dan kentang. Masukkan bahan lain kecuali butter, tepung dan susu. Masak sampai kentang empuk. Tutup api. Biarkan 5 minit.

Blender sampai hancur.

Dalam pan. Panaskan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati. Masukkan susu. Kacau sampai creamy. Masukkan bahan yang dah diblender tadi. Kalau kuahnya pekat sangat. Tambah air sampai mencapai kepekatan yang dikehendaki. 

Sedap makan masa panas-panas. Cicah dengan garlic bread yang home made.

Senang je kan..

Selamat mencuba.

Nota kaki : Sabar je la. Aku takde idea nak menulis sebenarnya. Nak tulis pasal Clear Guard aritu mood tak mari T_T . Tulisan ni aku guna font large. Ok ke? Ke besar sangat?

Daa

Pain à l'ail et la soupe aux champignons

Assalamualaikum

Hoyeah.. Baru buat french bread aku da boleh cakap peranchis. Kakaka.. Alkisahnya, balik dari makan Pizza Hut kat Sunway Convention Center arit, Aqil dengan shujin tak puas makan garlic bread dengan mushroom soup. Sama naik dedua request aku buat garlic bread pulak.

Gugel gugel. Nak buat garlic bread yang sedap ni kenalah guna french bread kan.

Sabtu malam tu aku start menguli lepas maghrib. 

Rupa sebelum masuk oven

Keluar dari oven
Rupanya tak berapa cun sangat sebab aku letak sikit je butter atas dia. Tapi shujin puji lah kata luarnya tu rangup krup krup tapi dalam lembut macam buat kat kedai. Ye lah. Maunya tak encik shujin. Tumbuh muscle aku mengulinya. Nak membuatnya takde la susah kot. Cuma leceh dan time consuming. Total aku ambik masa nak buat ni 4 jam lebih kot. Sebab nak bagi dia naik kali pertama tu je dah 2 jam. 

Okey lah. Boleh buat lagi lain kali. Damia dengan Aqil pun suka. Masa siap ni da pukul 1 lebih. So aku buat garlic breadnya untuk sarapan pagi. Spread pun buat sendiri.
Creamy mushroom soup aku
Mula mula tak berapa menjadi sebab tak creamy. Resepi yang aku guna tu takde letak susu atau cream. Paginya baru aku alter tambah butter, tepung gandum dan sikit susu nak bagi creamy. Sedap macam mushroom pizza hut kata shujin (kembang kuncop dah lobang hidung bini dia nih kena puji gitu..hahaha) Cuma terlebih letak black pepper. Okeh. Noted encik shujin!
Dua ringgit
Petang Sabtu bawak bebudak ni jalan tengok kedai kucing sebab hujan nak bawak main basikal pun. Dapat dua ringgit pekerja 7E berbangsa Nepal bagi. Dia tak puas hati sebab aku tak bagi dia guna duit tu nak beli kucing kat kedai pet. Tengok muka budak tak puas hati. Hahaha..
Damia gediks
Sejak tengok anime jepun Ichigo Mashimaro ni asyik nak pilih baju sendiri je. Tensi je aku bila dia pilih baju tak sesuai dengan event. Lepas tu melalak macam kena pukul. Kalau nak ambik gambar comel comel mesti nak posing gini. Ya. Aku yang ngajar. Dan sekarang aku tengah pikir macam mana nak ubah posing dia tu. :P

Sekian laporan aktiviti hujung minggu aku.

Nota kaki : Pain à l'ail et la soupe aux champignons maksudnya garlic bread and mushroom soup, aku guna google translate. Tah ye tah tak.. Hahahah

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com