Memaparkan catatan dengan label kesom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesom. Papar semua catatan

Ahad

Kaedah menanam daun kesum

Assalamualaikum

Daun kesum atau daun kesom banyak kegunaannya dalam masakan melayu kan. Buat kerabu letak daun kesum memang sedap. Nak lagi sedap lagi. Masuk dalam asam pedas. Pergh.. tak cukup kick asam pedas ikan mayong kalau tak ada daun kesum.

Kalau duduk kat kampung senang.. Boleh mintak dengan jiran jiran. Takde maknanya nak beli kat pasar bagai. Tapi jadi orang bandar, semua kena beli. Tanah pun tak besar.

Tapi kan.. Daun kesom ni sebenarnya takde la cerewet nak tanam. Kalau duduk kat apartment pun boleh hidup. Gunakan bekas minyak seri murni yang 5liter. Seri murni je tau. Brand lain tak hidup. Hahaha..

Ok.. Caranya mudah saja.
daun kesom yang subur dalam tong minyak masak
Kaedah menanam pokok daun kesum
(1) Potong bahagian atas tong minyak atau guna apa-apa bekas yang tak berlubang. Yang berlubang pun boleh. Tapi daun kesum ni suka lembab. So kalau tak berlubang lagi bagus.
(2) Cuci bersih kesan minyak, kemudian masukkan tanah ke dalam tong tu sampai agak-agak separuh.
(3) Beli daun kesum kat pasar. Lepas tu cucuk saja ke dalam tanah tersebut. Bahagian yang berbatang sikit.
(4) Siram air dalam bekas tu sampai banjir. Daun kesum tak kisah kalau banjir pun. Dia suka. Tapi takut nyamuk pulak bertelur. Jadi siram tu bagi sampai paras tanah sahaja.
(5) Selesai. Letak kat tempat yang agak redup. Dapat cahaya sikit pun jadilah.
(6) Lepas dua tiga hari akan keluar akarnya. Siram lagi bila air dah berkurang atau nampak tanahnya kering.

So far aku takde letak baja apa pun. Ok je.

Selamat mencuba

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com