Memaparkan catatan dengan label Kolagen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kolagen. Papar semua catatan

Sabtu

Review Nutrilite Mixed Collagen Peptide Drink.

Review Nutrilite Mixed Collagen Peptide Drink.

Baru start 3 hari sebenarnya. Minum malam.

Mudah dibancuh.
Dalam instruction tulis boleh bancuh dengan air suam. Saya bancuh dengan air biasa je. Senang larut.

Bau dan rasa
Bau agak wangi. Tak sure bau apa. Takde bau ikan ke bau hanyir yang unpleasant.
Rasa manis sedikit masam. Rasa pun takde rasa hanyir.

Hasil & kesan
Lepas 3 hari. Kulit rasa dan nampak lebih lembab. Saya bukan sejenis yang rajin nak berlosyen2 sangat. Kadang kadang kulit kaki agak kering. Lepas 3 hari minum ni, nampak yang kesan kering tu berkurangan. Kat muka, nampak perubahan kulit lebih licin. Bila pegang lebih lembut dan lembab. (Muka saya pakai toner, artistry youth xtend lotion dan juga refinishing lotion juga tau) Memang best pegang pegang pipi.

Satu kotak ada 30 stick. Bancuh sekali sehari. So cukup lah untuk 30 hari. So far, saya rasa puas hati dengan kesannya.

Tengok la raya nanti nampak muda 15 tahun lagi ke tak 😂😂😍😍

#review #artistry #nutrilite #collagen #kolagen #rahsiakulitcantik

Khamis

Kesan Penggunaan Kolagen

Kolagen adalah satu bentuk protein yang terdapat bukan saja di kulit, malah di tulang, sendi dan otot manusia. 

Bila usia makin lanjut, kita kehilangan kolagen lebih cepat dari tubuh kita bina kolagen. Makanya, kita makan la vitamin C banyak sebab vitamin C bantu pembentukan kolagen dalam badan.

Selain dari itu, produk kolagen terbaru dari Nutrilite ini juga boleh membantu melambatkan proses kehilangan kolagen disamping membaiki struktur kulit.

Ahemm.. Produk ni ada clinical study nya juga tau. Tapi bukanlah macam V punya clinical, study, dibuat beribu ribu volunteer. Dibuat 4 fasa. Salah satu fasanya adalah penggunaan produk kolagen ni untuk wanita yang ada masalah chloasma. Keadaan dimana kulit mereka ada akin patch yang berwarna gelap.

So, kolagen ni bukan saja boleh mengembalikan keanjalan kulit, tapi juga boleh dapat kesan warna kulit menjadi lebih sekata dengan penggunaan yang konsisten.

Menarik kan..?
Mai la kalau nak cuba.

www.wasap.my/60126894317

Selasa

Kulit cantik dengan collagen, mitos atau fakta

Assalamualaikum

Collagen bagi wanita adalah satu bahan yang tak asing lagi. Lebih lebih lagi bagi yang ingin mendapat kulit yang kelihatan tegang, segar dan menarik. Walau pun mungkin ramai tak pasti macam mana collagen berfungsi, iklan di media massa membuatkan collagen menjadi hot item yang menjadi pilihan wanita.Ziana Zain pun suntik suntik kolagen dengan vitamin C tau..

Seingat aku kegilaan pada collagen ni bermula lebih kurang tahun 2004 (rasanya bermula di Jepun) Siap ada trip jalan jalan cari makan makanan yang kaya dengan collagen. Kononnya untuk mendapatkan kulit yang cantik dan gebuss.. Kini, kegilaannya menular ke banyak negara dan kita boleh mendapati product product kecantikan dari krim sampai la ke minuman collagen yang diwar warkan dapat membantu mengembalikan keanjalan kulit.

pipi penuh collagen
Betul ke collagen yang di sapukan pada kulit atau pun yang diminum mengembalikan keanjalan kulit.. Yang mana lebih  berkesan?

Walau pun banyak testimoni yang menyokong keberkesanan product ini, hakikatnya saiz collagen adalah terlalu besar untuk menyerap masuk ke dalam kulit apabila digunakan sebagai krim. Oleh itu, ia hanya duduk di atas permukaan kulit. Oleh kerana sifatnya yang menyerap lembapan, ia akan dapat mengekalkan lembapan pada permukaan kulit. Bagaimana pun, ia sama sekali tidak menyerap ke dalam kulit dan menyokong kulit agar menjadi lebih tegang.

Manakala, minuman collagen pula akan dicernakan menjadi asid amino apabila masuk ke dalam perut dan akhirnya bertindak sebagaimana protein biasa. Secara logiknya collagen yang diminum ini tidak akan secara magicnya terus diserap terus ke bahagian kulit. Aku tak berapa baca sangat pasal collagen yang disuntik ke dalam kulit. Bagaimana pun, apa yang pasti adalah collagen yang disuntik takkan sama dan takkan dapat bergabung dengan collagen semula jadi macam tu je. At least pada logik akal aku. Tambah lagi, bayangkan kalau something or somewhere went wrong. Beautician tu salah cucuk, kan tak pasal pasal jadi buruk. Hehehe..

So, macam mana nak menambahkan collagen dalam badan kalau bukan dengan krim collagen atau pun minuman collagen? Collagen dalam badan manusia dibina dengan vitamin C. Oleh itu, kalau nak dapatkan kulit yang tegang dan anjal, amalkan makan buah yang kaya dengan vitamin ACE dan K.

Apa pun, segalanya adalah terpulang pada individu.

Sumber rujukan : Anti aging collagen drinks , Collagen Cream Myth

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com