Memaparkan catatan dengan label Jin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jin. Papar semua catatan

Rabu

Tentang nama

Assalamualaikum

Oh.. Rasanya ada yang tak perasan nama puteri kedua, anak no 4 aku Nurul Afiqah Balqis.

Ada yang komen pada nama Balqis tu sebab ada ustaz yang kata nama tu dan beberapa nama lain adalah nama anak jin. Dan disarankan agar elakkan dari menamakan atau memanggil anak dengan nama tersebut sebab mengikut pengalamannya orang yang mempunyai nama nama ni cenderung kena gangguan. Wallahualam.

Mungkin betul pengalaman ustaz tu.

Setelah aku baca beberapa komen dari ustaz lain macam ustaz Haron Din dan Ustaz Zaharudin. Aku memilih pendapat di bawah

(1) Tiada larangan menggunakan nama nama yang disebutkan. Bahkan nama nama tersebut mempunyai maksud yang baik.
(2) Haram dan boleh jatuh syirik kalau kita percaya bahawa nama boleh mendatangkan tuah atau kemudharatan pada seseorang kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah.

So, kalau ada yang nak komen pasal nama Balqis yang aku guna dalam nama anak aku atau baik hati nak bagi peringatan.. Aku mohon sila simpan komen dalam hati dan doakan yang baik baik untuk anak aku.

Aku bukan nak bongkak. Sebagai ibu, aku taknak orang lain mencemarkan minda aku dengan benda macam ni. Bagi aku, kalau nama bukan yang dalam senarai tu pun, kalau nak kena ganggu pun kena ganggu jugak. Tak payah la nak sabit sabit atas nama. Ia mungkin satu kebetulan ramai yang nama macam tu terkena jangkitan. Semua tu berlaku dengan izin dan kkekuasaan Allah untuk menguji keimanan kita.

Hati hati bila kita percaya pada apa apa. Takut jatuh syirik pula.

Wallahualam. Mohon doa yang baik baik untuk Nurul Afiqah Balqis kami. Semoga jadi anak yang solehah dan beriman.

Amin..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com