Rabu

Mandi garam untuk kulit cantik

Assalamualaikum

Mandi laut bagus untuk kulit. Tapi bukan hari hari dapat mandi laut. Lagi laa kalau duk kat Selangor ni kan. Kalau duk tepi laut pun, kurang sanggup nak sun burn hari hari demi nak mandi laut. Hehehe..

So, kita tak boleh nak ke pantai untuk mandi laut hari hari. Apa kata kita bawak air laut ke rumah kita. Bawak garamla. Bancuh kat rumah. Belanar air keluar dari paip kan.. Hehehe..

Dedulu aku selalu rendam kaki dalam air garam bila lenguh jalan lelama. Aku pun dah tak ingat siapa yang ajar. Tapi agak berkesan buat aku. Lega banyak gak la.

Instead of guna garam biasa, aku guna epsom salt.

Boleh beli kat watson. Lima ringgit lebih kurang harganya..

Selain dari melegakan lenguh lenguh, dikatakan juga membantu proses detox. Aku pun tak pasti betul ke tidak. Especially bagi yang ada masalah kulit atau susah nak tido pun bagus berendam dalamnya. Ada jugak kata ia bantu untuk menenangkan perasaan sebab komponen magnesium dalam garam ni yang menyerap ke dalam kulit masa berendam tu. Pendek kata ada baanyak kebaikan berendam dalam garam epsom ni.

Caranya adalah dengan masukkan secawan garam epsom dalam air panas. Kemudian berendamla dalam tu sekurang kurangnya 20 minit. The best effect, buat 2-3 kali seminggu. Tapi, bagi yang ada masalah tekanan darah rendah kena hati hati bila nak bangun tu. Takut pitam. Kalau nak best lagi boleh titiskan essential oil macam lavender ke untuk soothing effect.

Selain boleh digunakan untuk berendam, boleh juga digunakan sebagai scrub bagi licin kulit.

Epsom salt ni tak masin tau. Pahit.

Rupa kotaknya..


Gambar bonus hari ni..




Abang & kakaknya

Daa

15 comments:

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

lebih berminat pada gambar bonus yang comeii dr gambar kotak...haah, ada gak org ksi rietta spa salt...beli dr percutian dia...akk rasa rasa bleh buat cmtu jugak ker?teringin jugak nak berendam mcm tu....

Unknown berkata... [Reply]

nak g carik jugak la garam ni kat watson..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

boleh lembutkan tumit kaki yg merekah tak? sy kesian btul ngn kaki fendy tu..kesan pakai safety boot yg keras tak hengat hari2

Unknown berkata... [Reply]

Hahaha.. Gambar bonus comell..

Boleh. Spa salt biasanya org guna sebagai scrub. Tapi kalau nak buat berendam takde masala. Any type of salt boleh guna.

Unknown berkata... [Reply]

Boleh cuba. Cuba buat camni.. Rendam kaki dlm air garam suam.. Lepaa tu sapu lotion kat tapak kaki. Paling elok buat sebelum tido malam. Masa tido pakai socks supaya kaki lembab.. Rendam garam tu buat la 2-3kali seminggu. Sapu lotion hari hari la..

Unknown berkata... [Reply]

Lupa nak cakap.. Jgn kikis ke scrub ke apa utk buang kulit yg merekah tu.. Nanti lagi teruk..

bujal X berkata... [Reply]

kat rumah takde bath tub~nak isi mana?

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Peh! Haruslah nak mandi garam jugak khennn? Elok gak ni Rai. Thx share brand garam ni. Murah.

Unknown berkata... [Reply]

Tub mandi anak.. Hahhaa..

ieja amieja berkata... [Reply]

akk mmg x suka mandi laut ..klu g pun jd pemerhati yg len je..
akk pun gemar rendam kaki guna garam..nk lg berkesan masukkan asm keping sampai kembang dulu..in sha Allah berkesan lenguh2 kaki

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

mula2 baca part yg atas tu dah terdetik t dlm hati hehe balik ni nk try nie ialahlah guna garam je... kat rumahkan stok garam banyak.. sekali tgk epsom salts pulak dah... confirm xde kat rumah garam tu hehe...

persoalannya di sini... alaaa kak rai kalau guna garam masak tu tak leh ke hehe

Unknown berkata... [Reply]

Boleh je guna garam biasa. Bezanya cuma epsom salt tu lebih kaya dengan magnesium. So khasiatnya kurangla sikit..

Peace Mind berkata... [Reply]

Selain itu juga garam epson nie boleh repair balik bateri kereta yg sudah x hidup...

Peace Mind berkata... [Reply]

Selain itu juga garam epson nie boleh repair balik bateri kereta yg sudah x hidup...

Unknown berkata... [Reply]

hihihi terbaikkk:-) nk cuba try jgk cam best je

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com