Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan

Selasa

Nuffnang 400 bad request

Assalamualaikum

Soalan cepumas bagi yang tepek iklan Nuffnang di blog masing-masing.

Adakah korang masih boleh access Nuffnang seperti biasa? Sebab dah dekat 3 minggu aku tak boleh nak access ke Nuffnang sebab bila nak bukak je jadi 400 Bad Request.

Cani haaa..

Adakah ini satu petanda bahawa account Nuffnang aku kena suspended.

Takkan kot naaa..

Kenapa ek? Ada Nuffnang experts boleh tolong jawab dak..?

Terima kasih

Daa

Khamis

Jawatan Kosong Japanese Speaking Customer Service & Payroll Analyst

Assalamualaikum

Sebenarnya ni permintaan dari ex-manager aku. Mintak tolong carikan candidate yang berminat dengan dua jawatan ni. Lokasi di Jalan Subang Airport, Ara Damansara. Dekat dengan Citta Mall.

Aku tak jumpa pulak spesifikasi bagi dua jawatan ni. Hahaha.. Tapi nama jawatan dah menerangkan tentang tugasnya kot. Apa yang penting, candidate mesti tahu dan fasih bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa jepun. Kalau graduate dari Jepun dalam apa bidang pun takpe. As long as willing to learn lah kan.

Bagi yang berminat, boleh emailkan pada aku resume atau CV di kesoma.rai@gmail.com.

Peringatan, aku cuma tolong forward resume je ye. 

Kalau ada Japanese Speaking candidate yang lain yang sedang cari kerja, tapi bukan dua jawatan tu boleh juga forward resume kat aku. Ada sorang contact aku dari recruitment company yang sedang cari candidate sebab kerja kosong banyak tapi candidate tak ada katanya..

Aku menunggu~

Appreciate kalau ada yang tolong share pada kawan-kawan lain juga.. Terima Kasih~~

Daa

Rabu

Scam di Mudah.my?

Assalamualaikum

Lens yang aku kata dah jual dalam entry lalu tu sebenarnya aku iklankan kat Mudah.my. Sejajar dengan namanya yang mudah. Memang mudah. Lepas publish berpusu pusu yang sms tanya. Mostly tanya nak kurang harga lah. So aku memang prepare letak harga tinggi sikit. Hehehe..

Ada 2-3 orang yang email. Yang email tu pelik sikit sebab belum apa apa dah mintak bank account aku.
Aku pelik. Diorang ni nak trick aku untuk dapatkan no akaun bank aku ke? Yang herannya. Dialognya lebih kurang sama. Nak transfer duit secepat mungkin. Aku dah kata aku dah jual pun mintak bank details. Kan ke menakutkan tu.

Dah la email id nya pun tak macam manusia biasa. Ye la. Kita kan manusia normal letak email id ikut kita punya nick ke panggilan ke. Ini tak macam orang tempatan pun. Entah eh. Aku tak kata dia ni penipu. Ragu je.

Anyway.. Aku memang tak bagi lah. Sebab aku prefer nak bagi by hand je lens tu. Kira cash on delivery lah.

Macam macam gaya orang nak scam zaman sekarang ni. Kadang kadang kekdahnya tak terfikir dek otak kita kan. Scary!

Korang pernah mengiklan kat mudah.my?

Daa

Selasa

Iklan : Nak letgo breastpump

Assalamualaikum

Nak beriklan kejap kat sini. Bagi bakal ibu dan ibu baru yang masih mencari cari pam susu dengan harga yang berpatutan dan murah boleh tengok kat SINI.

Autumnz Marvel
Pam Autumnz Marvel ni boleh guna kuasa elektrik dan bateri. Rupanya agak mirip dengan Medela FS. Cuma ianya pam single. Kalau berminat nak tengok review dan tahu lebih lanjut pasal pam ni boleh check kat blog Puan Hanafaza (schoolmate aku).

Pelaburan yang berbaloi bagi ibu-ibu yang bercadang nak menyusukan anak hingga dua tahun.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung ngan Puan Faza di drhana@ymail.com.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com