Memaparkan catatan dengan label Google Wallet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Google Wallet. Papar semua catatan

Khamis

Hati hati bila gunakan Google Wallet

Assalamualaikum

Aku memang tak berapa nak tere sangat bab bab gadget ni nama je mechanical engineer  Aritu shujin ada nak beli application untuk kerja dia kat Android Market, so aku pun bukak la account google wallet tu. Of course la kena register kad kredit kat situ, lepas tu aku tak delete kad kredit punya info tu sebab ingatkan memang selamat.

Rupa rupanya tak jugak! Minggu lepas tiba tiba dapat notification email cakap aku beli application $0.97. Lepas tu aku pun kepoh dengan shujin. Dia pun dapat sms dari bank. Terus dia call bank. Officer tu cancel kad tu sebab takut nanti akan jadi lagi. Betul sangkaan officer tu. 2-3 hari lepas aku dapat satu lagi notification kata ada belian melalui Google Play. Kali ni $29.99. Aku terus bukak balik google wallet tu delete info kad kredit dalam tu.


Aku tak suspect "orang" curi curi beli application dengan Google Wallet aku. Tapi aku rasa ada beberapa FREE application yang letak iklan. Kadang-kadang iklan tu pop up. Kata shujin ada sesetengah orang yang buat application ni jahat. Button X tu sebenarnya bukan close tapi accept. So maybe bila tekan button accept tu dia terus charge melalui Google Wallet. Cuma aku tak puas hati sebab tak ada confirmation yang dihantar ke email sebelum diorang proceed.

So dapat notification cuma bila dah charge. $0.97 tu memang dah burn la. Mungkin sebab aku ni tak berapa nak pandai sangat bab bab macam ni. Puas jugak aku menggodek cari kot la kalau ada mana mana bahagian yang cakap pasal tu.

Aku tak delete akaun Google Wallet tu sebab takut nanti nak guna lagi. Tapi aku delete info pasal kad kredit tu. Lepas ni bila dah buat transaction terus kena delete.

Kalau ada yang guna jenis jenis macam ni hati hati lah ye. Terkena sekali tu adatlah. Kalau terkena 2-3 kali tu orang panggil kurang bijak. Huhu..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com