Memaparkan catatan dengan label Donat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Donat. Papar semua catatan

Khamis

Meniaga donat

Assalamualaikum

Dah lama tak menguli kan. Minggu lepas pegi Daiso Aeon Bukit Tinggi terjumpa benda ni..



Lama dah aku kejelesan tengok donat orang cantik cantik. Nampak benda tu terus sambar.

So, semalam tercapai la impian. Telur takde bukan penghalang. Aku ambik resepi donat suria che mat gebu. Tapi donat aku, aku namakan donat nigeria.

Aku buat satu adunan. Shujin tengok. Dia kata "eh sikitnya.. Tak cukup ni". Buat satu lagi adunan.

Da siap menguli, sementara tunggu donat kembang buat topping coklat. Tapi tak berapa nak menjadi. Ilmu agakla katakan. Terlebih butter.

Donat 40 biji. Separuh untuk sarapan pagi ni, separuh untuk malam tadi. Pakai donat maker pun donat aku tak sama size sebab tebal tak sama. Teruk betul. Hahaha


Donat nigeria


Untuk pagi ni. Goreng sekali lagi nanti..

Korang sarap apa?

Daa

Isnin

Mencekik

Assalamualaikum

Teringat perkataan dalam cerita P. Ramlee. Mencekik = Makan. Hehehe..

Kononnya aku nak buat roti hari Sabtu aritu. Kalau kek macam tak berapa nak laku sangat walau pun kek lagi mudah. Tetiba aku sebut je donat. Si Pencinta Donat aka shujin, terus bersinar je mata dia. Tak sampai hati nak menghampakan. So buatlah donat. Tertunda lagi lah gayanya gralic bread dengan hokkaido milky loaf (resepi kutip dari blog Anamarza)

Ye, aku tau huduh donat ni
Pasal membentuk bentuk ni aku memang fail. Jenuh pujuk shujin belikan penerap donat tu. Haihh.. Sebenarnya tak jumpa lagi.

Donat lembut gebu
Aku rasa tiap kali aku buat donat aku guna resepi lain lain. Hangin je shujin sebab dia kata resepi yang aku guna sebelum ni ok dah. Hehehe.. Sebenarnya aku lupa aku ambik resepi mana masa tu. So tiap kali nak buat kena google. Pandai sangat tak bookmark buat apa tah.. :P

Yang pastinya donat kali ni sedapp.. Tak payah letak gula pun da sedap.
Yang ni untuk simpan
Dapat dua dulang. So sedulang aku simpan untuk frozen. Padahal simpannya tak tara mana pun. Pagi tadi da goreng buat sarapan.

Nyumm..

Daa

Selasa

Resepi donat pintal super lembut

Assalamualaikum

Tetiba anak-anak merengek nak makan donat. Ni sebenarnya aku buat sabtu pagi aritu. Aku uli siap. Bila nak bentuk bentukkan tu satu family buat. Shujin tolong goreng. Aqil dengan Damia syok sebab dapat main macam buat playdoh. Yang bestnya Damia siap test bite tepung belum masak. Ish ish. Macam ikan jerung main test bite test bite budak ni.
Rupa tak seragam
Cara memintalnya sama macam jalin rambut tu. Kalau nak tengok step by step boleh tengok kat blog Kak Nor secubit garam. Tapi sori la. Aku tak ingat entry mana satu. Resepinya pulak aku tengok kat Myresepi (resepi Sky kalau tak silap), tapi adjust sesuka hati. (Typical pompuan suka salin resepi tapi tak suka ikut resepi :P) Tapi Alhamdulillah lembut.

Bahan-bahan
4 setengah cawan tepung roti (aku guna blue key)
2 biji telur
3 setengah sudu kecil yis
Air suam secukupnya
3 sudu shortening (boleh ganti dengan marjerin/butter)
3 sudu butter
Satu sudu besar susu tepung
Sedikit garam
Setengah cawan gula
1 sudu kecil double action bread improver (tak masuk pun takpe..)

Kaedah membuatnya
Gaul tepung, gula, garam, yis dan susu tepung sebati.
Masukkan telur. Gaul sebati.
Tambah air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat kat tangan.
Letak shortening dan butter. Uli sampai adunan betul betul licin. Sebab aku uli dengan tangan tak larat nak bergomol beria ria dengan tepung tu. Aku bahagikan kepada beberapa bahagian dan uli sampai licin baru gabung balik.
Biarkan adunan naik 2 kali ganda atau sejam.
Buang angin. Tumbuk tumbuk (bagus buat roti kalau tengah stress kan :P)
Lepas tu bentuk bentukkan sesuka hati. Aritu kitorang buat bentuk macam macam. Huruf A, bentuk bintang, pintal, bulat, bentuk donat klasik. Yang lain aku tak ambik gambarnya. Tak sempat :P


Bajet cam expert da kan dok adjust resepi sesuka hati. Gedik..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com