Memaparkan catatan dengan label Berkebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berkebun. Papar semua catatan

Selasa

Perkembangan tanaman

Assalamualaikum

Dah lebih kurang 8 bulan pindah. Dah dekat setengah tahun jugak aku berjinak-jinak bercucuk tanam kat sekeliling rumah. Banyak belajar dari ayah dan group petani moden kat FB. Banyak betul tips yang orang kongsikan. Macam-macam jenis boleh tanam. Tiap kali tengok post kat FB mesti rasa teruja.

Cumanya.. dengan kederat aku sekarang ni memang tak berapa nak daya lah. Semangat tu tinggi dah. Nasib baik shujin banyak membantu. Sambil-sambil tu kami kemas sedikit sebanyak laman yang berserabut tu. Maklumlah, orang tak berapa nak ada. Bukan semua benda kami mampu nak upah orang.


 Tomato, tembikai kuning, cekur, kunyit, mempelam, daun kesom, pudina, mulberry..

Eh.. Banyak jugak pokok-pokok ni. Ada yang tumbuh tak berapa nak subur macam tomato tu. Hidup segan segan. Tapi so far alhamdulillah. Banyak yang dah mula nampak hasil. Serai dah tak payah beli dah.
Ni tembikai kuning. Shujin dengan anak-anak paling suka tembikai. So tanamlah bebijinya. Baru nak belajar berbuah. Harap dapat dimakan hasilnya nanti.

Kacang edamame dah dua kali dapat hasil. Sampai dah agak jemu makan. So aku frozenkan sikit nak rebus tabur dalam salad diorang. Jadi lah. Buat kudapan depan tv kan. Organik dan non-GMO gitu..

Walau pun tanah cuma sekangkang kera, sedikit sebanyak cuba jugak kitorang manfaatkan. Itu pun tak termampu nak diuruskan dengan baik. Banyak lagi yang kosong dengan rumput rampai liar. Ni baru nak tambak dan ratakan sikit-sikit. Kemudian tanam rumput elok sikit. Barulah sedap mata memandang. 

Semoga datang semangat dan ketekunan nak siapkan sebelum habis 2016. Hahahaha.. Aku dah sarat satgi shujin je lah yang mengerjakannya. 

Daa

Cara-cara menanam pokok daun pudina

Assalamualaikum

Daun pudina biasanya orang letak dalam teh. Aku sebenarnya tak pernah pun buat air teh letak daun pudina, tapi dah alang-alang nak bercucuk tanam kan. Shujin pulak beli dua puluh sen je aritu. So dapatlah buat benih. Rupa-rupanya tak susah nak tanam pokok pudina ni. Gunakan batangnya saja! Mudah sangat sebenarnya..

Cara-cara menanam pokok pudina
Ada orang kata rendam dulu batangnya sampai keluar tunas akar. Tapi aku tanam terus dalam tanah hitam. Batang yang dah keras sikit lebih mudah keluar akar berbanding yang bahagian pucuk. Pudina sukakan tanah yang lembab. Kaedah tanamnya lebih kurang macam tanam daun kesum. So aku try cucuk dalam bekas daun kesum jugak beberapa batang. Memang menjadi.

Yang cucuk bahagian pucuk tu mostly kecut dan layu. Tapi bahagian batangnya keras sikit tu keluar akar dan mula tumbuh sihat cemerlang.
Batang pudina baru keluar akar dan ada pucuk sikit
Rasanya ni mint biasa. Aritu terjumpa apple mint. Menarik sangat. Ingat nak cuba tanam. Lepas ni boleh buat infused water letak daun pudina. Air sihat gitchewww.. Gedik gila.. Hahaha..

Pokok-pokok herba omputeh ni tak berapa suka cahaya matahari terik. So, letak kat tempat yang dapat cahaya indirect ya. 

Selamat mencuba.

Daa


Jumaat

Guna semula bekas untuk tanaman

Assalamualaikum

Ramai sebenarnya yang minat bercucuk tanam. Tapi kebanyakannya terhalang oleh masa dan keadaan rumah. Contohnya yang duduk di apartment tak bertanah. Dengan adanya teknologi macam media sosial, ramai yang dapat berkongsi idea nak bercucuk tanam.

Nak mula bercucuk tanam pun sebenarnya kos tak tinggi. Tak payah nak beli pasu mahal-mahal pun..

Ni bekas-bekas yang aku gunakan untuk semaian. Dalam kulit telur pun ada. Hahaha.. Senang nak pindahkan nanti. Antara pokok yang tengah disemai adalah limau nipis, tomato, cherry tomato, pudina, limau kasturi. Daun pudina tu shujin beli 20sen je. So try semai pucuknya. Ada 2-3 pucuk je yang nampak ada harapan. Hahaha.. Cherry tomato aku ambik dari tomato beli kat pasaraya. Limau kasturi ambik biji dari orang kenduri buat mi kari. hahaha.. Aku korek bijinya tanam. Limau nipis pulak ada sebiji dah lama dalam peti sejuk. Aku tanamkan aje. Bekas yang guna pulak, yang biru tu bekas cendawan, bekas tauhu, bekas vitamin, sarang telur dan kulit telur, kotak air soya dan bekas air minuman. Jimat kan..?

Kunyit, halia pun ada aku semai. Baja aku guna baja taik ayam dengan kompos yang kami buat sendiri. Aku baru cuba-cuba buat mol pisang. Haa.. Mol tu apa. Nanti aku share. Bagus sangat untuk yang nak bertani secara organik.
Ini pulak pokok rozel. Ada 3 pokok je. Belakang tu serai wangi. Memang wangi sungguh baunya. Orang kata boleh buat air mandian. Bagi segarkan badan. Hehehe..

Hujung minggu ni nak sambung buat batas sikit. Tapi kena pergi hantar barang jugak nanti. Tak tahu lah sempat pindahkan anak-anak pokok tomato ke tidak tu.

Nanti nak tanam rosemary, sayur-sayur, daun sup dengan daun ketumbar jugak. Harap-harap berhasil lah. Tak dapat jimat banyak, jimat sikit pun jadi lah kan. Kepala pun segar, hati pun seronok tengok tanaman. 

Apa yang korang buat kalau nak hilangkan stress?

Daa

Rabu

Perkembangan tanaman..lagi!

Assalamualaikum

Seronok seronok.. Musim hujan ni tak payah nak menyiram selalu. Cuma make sure benih yang tengah disemai tu siram sebab aku letak dalam tisu yang dibasahkan atau letak kat bawah bumbung. Tak berapa nak kena hujan. 

Nampak tak kacang edamame yang bergentel gentel tu. Geramm.. Tak sabar nak tuai. Tapi tuaian pertama ni untuk dapatkan benih. Penuhkan laman dengan pokok edamame. Hahaha.. Sekarang ada 14 pokok sebaris. Pokok edamame ni berbuah sekali je. Lepas tu mati. So kena simpan benihnya lah. Anak-anak suka kacang edamame ni. Rebus dengan sedikit garam je. Diorang makan sambil tengok TV berebut-rebut makan. Rasanya lemak. Memang sedap. Berkhasiat pulak tu.

Laman tepi yang masih huru hara. Ya, aku tau memang bersepah. Penuh batu weh. Jiran sebelah menyebelah upah bangla tanam rumput. Murah je. RM2k. Awal-awal aritu diorang quote sampai RM3k. Pandai bangla meniaga. Aku rasa membazir sangat. Dah la diorang tak ratakan betul betul tanah tu. Lepas tu rumput lain tumbuh. Rugi je. Tapi orang lain takpe la.. Diorang banyak duit. Kami ni banyak lagi hal lain nak didahulukan. Lagi pun aku suka aktiviti menyangkul. 

Tiap pagi hujung minggu memang sibuk membelek tanaman dengan tanah. Setakat sekarang baru sikit. Kami plan nak buat raised bed untuk sayur sawi nanti. Sikit demi sikit la. Sebab masing masing sibuk. Rumput kat rumah ni bukan pandai nak duk diam. Dah cabut pun laju je tumbuh balik. Yang tumbuh bertompok tompok tu semua rumput baru. Aku tengah nak cari lori jual pasir. Lepas cangkul rumput satu bahagian dengan buang batu tu, kami nak timbun pasir atasnya. So terkawal sikit rumput. Taknak lah guna racun rumpai. Pertanian organik kononnya. Hehehe..

Anak-anak si Damia dengan Aisy rajin menolong. Aqil anak orang bando katanya. Hahaha..

Ada sesiapa nak kuruskan badan, nak buang peluh hujung minggu mai lah rumah. Boleh tolong angkut batu dan cabut rumput. Aku hidang air oyen sejuk buat membasah tekak. Hehehehe..

Daa

Khamis

Kekacang dah berbuah?!

Assalamualaikum

Pokok kekacang kesayangan dah mula berbuah. Actually sejak minggu lepas dah berbunga. Aku tak sempat nak ambik gambar. Pagi ni baru ada masa sikit nak membelek sebab aku cuti pagi. Tengok tengok dah ada kekacang berbulu itu keluar. Hahaha..

nampak tak bulu bulu tu.. hahaha
Benih kekacang ni actually adalah kacang soya dari Jepun. Mungkin ada yang tertanya. Apa la yang bersungguh sangat aku tanam kacang soya jepun. Kat Malaysia kan ada kacang soya. Bezanya ialah, kacang soya dari Jepun ni non-GMO (GMO - Genetically modified organism). Berbeza dengan kacang soya kita. Means that, ianya lebih baik untuk kesihatan. 

Tanah kat area rumah aku ni sebenarnya sangat tak subur. Penuh batu bata. Nak tanam pokok ni aku masukkan kompos yang aku buat dan tanah 3 dalam 1 beli kat nursery. Aku tak letak baja apa pun. Cuma siram dengan air basuh beras. Gemuk je nampak pokoknya. Jaganya pun mudah sangat. 

First batch ni nak buat benih untuk batch akan datang. Nak tanam dalam 20 pokok gitu ke. Baru sedap nak makan. Hehehe..

Pokok lain masih kecik-kecik lagi. Belum ada hasil. Tapi insya allah. Projek tanaman ni akan diteruskan demi menyahut seruan pak menteri kita. Hahahaha..

Daa


Rabu

Perkembangan tanaman

Assalamualaikum

Gigih pepagi buta ambik gambar pokok dengan henpon cap ayam. Hahaha..

Edamame dah mula berbunga. Terpaksa dipancang dengan dua batang chopstick sebab angin kencang, dan hujan lebat aritu. Habis rebah pokok-pokok. Yang putih putih tu, beras rosak yang direndam lama.. Buat baja.. hehehe...

Pokok cekur dah mula beranak. Asalnya anak pokok tu mak yang bagi. Aku cucuk dalam polibeg dulu. Nanti tak tau lah nak pindahkan ke mana. Biar la dulu sementara nak membesar. Lepas ni senang la nak buat pecal terung, pecal ikan pari (orang jawa sebut pecel)... Pecel lele pun sedap agaknya.. Tapi aku tak suka sangat ikan keli. Shujin la suka. Hehehe..

Gelap sikit gambarnya.. Ni tapak semaian pokok tembikai dengan sawi pak choy. Kadang sempat kadang tak siram.. Dah keluar sikit pucuk tembikai tu. Harapnya bertahan dan membesar. Nak pindahkan nanti mintak tolong shujin buatkan trellis untuk dia menyulur. Hehehe..


Harap-harap mendapat hasilnya nanti. Salah satu jenis terapi untuk aku yang stress dengan kerja kerja opis. Bila balik rumah. Pakai sarung tangan, pegang cangkul. Belek tong ulat (kompos).. Atau cabut rumput sikit sikit.


Zaman ekonomi tak berapa nak bermutu ni kena pilih terapi yang tak spend duit sangat. Kalau terapi shopping, rabak poket den. hehehe..

Apa terapi stress korang?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com