Memaparkan catatan dengan label Advetorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Advetorial. Papar semua catatan

Isnin

Perjalanan ke sekolah Aqil & Damia

Assalamualaikum

Bulan April dah pun kan.. Bermakna dah empat bulan Aqil dengan Damia mula bersekolah. Bermacam ragam bermacam pengalaman yang dilalui empat bulan ni.. Belajar banyak perkara baru, Damia suka menyanyi lagu nasyid kanak-kanak. Bacaan dalam solat. Kalau dulu cita-citanya nak jadi "macam ibu". Sekarang dia bercita-cita nak belajar di Jepun. Aqil pulak nak belajar di German. Puncanya..? Aqil suka kereta sport dan ayahnya ceritakan pasal kehebatan German dalam industri kereta.
zaman kecik.. hehe
Aqil dengan Damia tak susah nak kejut bangun. Aku kejut, tepuk tepuk sikit dia dah terjaga. Kalau time sejuk tu liat sikit la nak bangkit. Ada jugaklah time diorang liat sikit nak bangkit, menangis mintak suruh dimandikan. Budak-budak kan.. hehehe..
posing bangun pagi.. haha

mata tak boleh nak bukak
Nak suruh sarapan pagi yang paling payah sebenarnya. Hahaha.. Sebab, lepas diorang mandi dan pakai baju, diorang sambung tido. Geram tau. Jenuh kejut suruh minum air dengan makan. Ada tak ada, diorang minum air seteguk dua, gigit roti sikit. Pastu sambung tidur balik. Ulang alik aku kejut diorang bangun suruh bersarapan. Jenuh la paksa.. Ye lah. Sarapan tu kan penting. Kalau tak sarapan pagi, mula lah sakit perut la, letih la kat sekolah. Macam mana nak tumpukan perhatian kan. Makanan dia untuk waktu rehat aku bekalkan. Cuma tinggal dia beli air je kat kantin. 
sebelum sarapan

makan sarapan dengan mata separuh terbuka
abaikan meja yang bersepah tu ya..

Sekolah Aqil, loceng berbunyi pukul 7.20 pagi. Biasanya kami bertolak keluar dari rumah pukul 6.50 ke pukul 7.00 pagi. Sekolahnya tak jauh pun, perjalanan dengan kereta cuma ambik masa 10-15 minit. Sampai di sekolah, peluk cium sikit.. Lambai lambai.

Aku rasa, ini adalah senario biasa yang ibu bapa lain juga lalui..

Hakikatnya.. Walau pun tinggal di negara yang sama, tak semua orang sama bernasib baik macam kita. Nun jauh di Kampung Chuweh yang didiami oleh 90 orang penduduk, dan lebih separuh daripadanya terdiri daripada kanak-kanak, tak dapat menikmati pagi yang macam kita. Kampung Chuweh terletak di pulau Tasik Banding dan sekolah terdekat adalah terletak 25km dari mereka. Setiap hari, kanak-kanak dari kampung tersebut bersabung nyawa menaiki bot selama 45minit dengan menaiki bot dan 25minit perjalanan dengan bas untuk ke sekolah~!! Faktor macam ni sebenarnya boleh menyebabkan anak-anak rasa tak semangat nak sekolah. Bayangkan, kena bangun sejam lebih awal dari kanak-kanak lain, untuk belajar perkara yang sama macam orang lain. Jadi Horlicks Malaysia, dengan usahasama bersama Malaysian Association of Social Worker (MASW) telah mengambil inisiatif membantu anak-anak dari Kampung Chuweh ini agar dapat ke sekolah dengan menyediakan kemudahan kenderaan yang lebih baik. 

Video menunjukkan perkembangan projek inisiatif ini setakat ini
http://www.horlicks.com.my/schooljourneyinitiative/projects.desktop.html
Kanak-kanak ini juga macam anak-anak kita. Ada cita-cita. Nakkan kehidupan yang lebih baik. Dan of course, untuk mencapai impian dan cita cita diorang, kena hadiri sekolah. Inisiatif seperti yang dilakukan oleh Horlicks dan MASW ini patut disambut baik dan disebarkan agar masyarakat sedar bahawa dalam kita berlari ke hadapan untuk mencapai kemajuan, jangan lupa toleh kiri kanan.. Masih ada insan yang tak dapat menikmati pendidikan atas pelbagai sebab.

Ikuti perkembangan projek inisiatif ini di laman web mereka atau dapatkan update terkini daripada FB page.


Horlicks School Journey Initiative

Daa

Jumaat

Crefel bakal jadi fenomena pula


Assalamualaikum

Macam macam inovasi peniaga zaman sekarang kan.. Makanan pelik tapi sedap gila yang terbaru selepas aiskrim pasu, adalah crefel. Sebelum ada yang tertanya tanya apakah crefel tu, mari kita berkenalan dengan crefel pulak..

Crefel adalah singkatan bagi waffle crepe. Dikenali juga sebagai “Kepingan Crepe Rangup” 
Hasil inovasi menggunakan teknik pembuatan kon aiskrim. Kali ini menggunakan adunan tepung crepe yang berkhasiat dan tentunya produk ini di jaga dari bahan-bahan yang meragukan. Terdapat dalam dua perisa, iaitu chocolate dan peanuts. 
PREMIUM CREFEL
Proses pembuatannya dikawal rapi, hatta telur juga tak terlepas dari dimandikan sebersih bersihnya. Ini menjadikan CREFEL istimewa untuk dijadikan Snek Sihat Pilihan Ramai!!! 
Snek Sihat Pilihan Ramai!!!
Berderet-deret CREFEL yang dah siap untuk di deliver kepada pelanggan!!! yuhuuu.... ada sapa nak lagi dan lagi!!! Jom order cepat!!!! Nak jadi agen pun boleh tau...
SATISFACTION GUARANTEED
"Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami"

Serius...Rangup Habis!!!!
Makan sampai tidak boleh berhenti. Sedar..sedar sebalang sudah habis.. Jom berCREFEL kita!!! 



JOM Sertai Kami Sebagai  Agen Sah PREMIUM CREFEL
Alhamdullillah, permintaan yang sangat tinggi memaksa kami membuka peluang kepada anda untuk sama-sama menjadi rakan niaga kami.
Kami tidak mampu untuk edarkan PREMIUM CREFEL ini secara bersendirian. Kami memerlukan agen yang berminat untuk berkongsi perniagaan dan pendapatan bersama kami. Pengambilan rakan niaga akan ditutup secara berperingkat bagi memberi tumpuan kepada agen yang sedia ada.
Kini kami membuka peluang untuk anda sertai kami sebagai rakan niaga/agen sah. 

Perwakilan adalah mengikut negeri:-
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Kuala Lumpur
Selangor
Putrajaya
Johor
Melaka
N. Sembilan
Pahang
Kelantan
Terengganu

Sign-Up sebagai Agen?
Hubungi Wakil Jualan Kami @0124611671 (SMS/WhatsApp)

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:-

Isnin

Horlicks Chocolate Baru penuh khasiat

Assalamualaikum

Perasan tak Horlicks dah ada perisa baru~! Horlicks adalah satu jenama yang tak asing lagi keluaran GlaxoSmithKline Consumer Healthcare iaitu sebuah syarikat FMCH global terkemuka. Sekarang dah ada perisa coklat. Menariknya, rumusan Horlicks sedia ada kini diperkayakan dengan campuran mikronutrien untuk membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Horlicks Chocolate baru ini mengandungi 23 zat penting termasuk kalsium, protein, multivitamin dan mineral bagi menyokong tumbesaran mereka.
Statistik kat Malaysia menunjukkan 13.2% kanak-kanak di Malaysia kurang berat badan dan 15.8% mengalami tumbesaran terbantut. Ini adalah salah satu kesan secara langsung daripada "kelaparan tersembunyi" atau dipanggil "hidden hunger". Kelaparan tersembunyi berlaku akibat daripada pengambilan makanan yang kurang berkhasiat dan ianya bukan saja menyebabkan gangguan pada perkembangan fizikal kanak-kanak, malah boleh menyebabkan gangguan pada perkembangan mental yang sihat. Antara kesan kelaparan tersembunyi pada perkembangan mental kanak-kanak adalah seperti lemah, mudah hilang fokus dan akhirnya menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Malangnya, oleh kerana kelaparan tersembunyi ini merupakan "kelaparan nutrisi", ianya berbeza dari kelaparan akibat kurang makanan. So, biasanya simptomnya tak begitu jelas. Ibu bapa sendiri pun tak perasan. Dan ianya bukan saja berlaku pada keluarga berpendapatan rendah atau kawasan luar bandar, kajian menunjukkan, kanak-kanak di kawasan PJ dan KL pun mengalami masalah yang sama. Mostly adalah sebab ibu bapa sekarang semakin sibuk dan banyak makan luar atau makan kat kedai makanan segera. Atas dasar itu, Horlicks Chocolate dirumuskan khas dengan tambahan mikronutrien bagi membantu kanak-kanak membesar.

Perlancaran Horlicks Chocolate dengan tema "Kids want to be Tall, Sharp, Strong"
Package Horlicks Chocolate BARU 1kg
Horlicks Chocolate ni baru saja dilancarkan dan boleh didapati kat mana-mana pasaraya dengan pek 200gram, 400gram, 1kg atau 2kg. Aku dah cuba baru-baru ni, honestly, bila dah cuba yang perisa coklat ni, aku memang taknak dah yang perisa biasa tu. Hehehe.. Sedap sangat. Rasa coklatnya memang kaya tapi tak muak.

Bagi yang belum pernah tengok iklan Horlicks Chocolate baru ni boleh tonton iklannya di laman Youtube 

Untuk lebih lanjut tentang Horlicks boleh lawati laman web rasmi mereka : 

Jumaat

Transport Delivery menghantar makanan ke pintu rumah anda

Assalamualaikum

Berita baik untuk korang yang mengalami simptom simptom di bawah ni~!!
(1) Perut lapar malas nak memasak
(2) Dah lah lapar, malas nak masak.. Nak keluar rumah pun malas!!
(3) Dah lah lapar, malas nak masak.. Nak keluar rumah pun malas!! Tapi tak nak makan makanan segera macam McD atau Pizza Hut. Atau mengidam nak makan ayam Bakar Wong Solo
(4) Atau... laki bini sangat sangat lapar.. Sorang nak makan Subway.. Sorang lagi nak makan Nasi Ayam.. Yang ada anak tu, anak pulak nak makan kepci. Pergh.. Demand ye anak beranak.. hehehe..

Nasi Ayam

Wong Solo

Nasi Beriyani
Haaa.. Jangan risau.. Jangan susah hati.. Zaman sekarang ni macam macam jenis perkhidmatan yang orang buat just untuk memudahkan insan insan seperti kamu kamu tu. Hehehe..

Transport Delivery Service


Pada awal penubuhannya, Transport Delivery Service ni dibuka di kawasan Johor. Di mana, pelanggan boleh telefon dan order makanan dari kedai kegemaran mereka. Uniknya, perkhidmatan ni bukan bekerja untuk mana mana syarikat makanan. Ianya adalah satu perkhidmatan membeli dan menghantar makanan ke rumah mahu pun pejabat.

Oleh kerana kejayaan dan sambutan menggalakkan di kawasan Johor, kini Transport Delivery Service mula meluaskan sayapnya ke kawasan Lembah Klang.

Antara coverage area bagi kawasan Lembah Klang adalah Shah Alam, Subang, Sunway, Puchong, Kelana Jaya, KLCC Area, Ampang dan banyak lagi. Kalau tak pasti. Boleh telefon nombor yang tertera dan tanya sama ada ada penghantaran bagi kawasan korang ke idok. Kalau malas nak call.. Nak twitter, nak FB pun boleh. Instagram pun ada habaq kat hang..

Twitter : @transporterDeli
Instagram : @transporterdelivery

Perlu diingat bahawa, masa delivery adalah lebih kurang 40minit. So, kalau nak order untuk makan tengah hari tu order la awal sikit. Jangan lambat sangat. Nanti kebuluran dulu. Menu boleh campur nak beli dari 2-3 kedai. Harga yang tertera pada fliers adalah harga termasuk charge penghantaran. Untuk keterangan lanjut, jangan malu jangan segan. Terus call atau message depa tu.

Transporter penghantar makanan
Diorang ada yang pakai kereta. So jangan risau kalau nak order banyak pun diorang boleh cater sebab ruang besar. Tapi kalau nak order banyak banyak sampai lebih dari 3-4 tempat tu, make sure order awal lebih sikit. 

Ni dah boleh order untuk makan tengah hari. Sila sila kan ya..

Daa

Isnin

Pembukaan cawangan ke-100 Cleanpro Express

Assalamualaikum

Ingat lagi tak entry gossip minggu lepas? Sebenarnya, aku berpeluang menghadiri majlis perasmian cawangan ke-100 Cleanpro Express yang terletak di PJ Newtown Outlet pada 8hb March.

Majlis perasmian dihadiri oleh Encik Goh Seng Kiat selaku pengarah urusan Cleanpro Express, Mr Stephen Jacques Senior Commercial Officer dari kedutaan Amerika, Mr Kevin Hietpas Director of Sales dari Dexter laundry, duta produk bagi Cleanpro Express Ms Lee Siad Huey & Farid Kamil dan pasukan pengarah urusan dari Cleanpro Express dan Cleanpro Laundry Holdings. Dan juga wakil media dan blogger.

Majlis bermula dengan rasminya dengan pengumuman ketibaan jemputan khas. Lepas ucapan disampaikan oleh Pengarah Urusan Encik Goh, wakil dari kedutaan Amerika dan Pengarah Jualan dari Dexter Laundry juga menyampaikan sepatah dua kata. Lepas tu gamat sekejap dengan persembahan tarian singa yang anak-anak tunggu. Hehehe.. Aku siap ambik bideo.
Barisan jemputan khas
Singa bergambar dengan pemilik cleanpro express cawangan PJ Newtown
Selepas tu upacara perasmian dengan memotong reben.
Barisan para jemputan khas merasmikan cawangan ke-100
Kemudian, duta duta produk pulak buat sesi demonstrasi untuk menunjukkan betapa mudah dan seronoknya membasuh baju.
Ms Lee Siad Huey dengan Farid Kamil (walau pun mula mula aku tak kenal lelaki itu..haha)


Bagi yang first time dengar, "Cleanpro Express" adalah satu rangkaian pusat dobi layan diri yang dibuka 24jam. Setakat ini ianya mempunyai 100 cawangan di Malaysia dan Singapura. Di setiap cawangan, disediakan mesin basuh baju dan pengering menggunakan syiling. Mesin menukar syiling dan mesin menjual sabun basuh juga ada tersedia, jadi cuma perlu bawa sebakul baju comot dan segenggam duit kertas untuk memulakan operasi. Kalau takut siang hari sesak dengan pengguna lain, boleh datang pukul 3-4 pagi ya. Buka 24jam kan. Hehehe..

Ada instruction cara nak basuh. Nak buat basuhan air suam pun boleh
Model kami :P
Mesin basuh dan pengering ada pelbagai saiz. So, walau pun ada mesin basuh di rumah, tapi malas nak basuh banyak kali, boleh gunakan mesin basuh di Cleanpro Express juga. Saiz mesin basuh paling besar 25kg. Memang puas hati. Hehehe..
Soap vending machine
 Menariknya, di sesetengah cawangan, perkhidmatan kerusi urut dan WIFI turut disediakan.
Kita minum dulu~
Rujuk cawangan Cleanpro Express yang berdekatan dengan anda untuk mengetahui perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan.

Di musim musim catuan air ni, tak perlu risau pasal baju kotor. Cuma ke mana mana cawangan Cleanpro Express dan mula membasuh. Bila tiba musim hujan pulak, boleh gunakan mesin pengering untuk mengeringkan pakaian. Jadi hujan atau panas, Cleanpro Express akan sentiasa berkhidmat untuk masyarakat :D

Goodie bag
Berita baik, bagi yang nak mencuba perkhidmatan mendobi di Cleanpro Express ini, beberapa cawangan Cleanpro Express memberikan percubaan PERCUMA dicawangan mereka. Jangan lupa tandakan di kalendar masing-masing dan pastikan cawangan Cleanpro Express yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat dobi layan diri PERCUMA (Limited time).


Actually perkhidmatan macam ni bagus bagi orang bujang dan student. Maklumlah kan, malas gila kot nak menyental. Lagi lagi kalau budak lelaki. 

Menarik kan perkhidmatan macam ni?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com