Tahu tak?
Setiap orang ada different sets of bacteria. Dan bakteria ini yang kita dapat dari mak kita semasa dilahirkan. Yang menariknya adalah bakteria dan kita punya lifestyle dan habit pemakanan mempengaruhi satu sama lain.
Sebab tu perut orang Malaysia ni sesuai dengan nasi dan bukan dengan roti sebab dari dulu tok nenek kita makanan rujinya adalah nasi, oleh itu bakteria yang dalam sistem kita pun adalah bakteria yang mencernakan nasi.
Sebab itu jugalah kita disarankan mempelbagaikan pemakanan dan jangan asyik makan makanan yang sama untuk menjaga populasi bakteria yang pelbagai jenis dalam usus. Kesan apabila kita makan satu jenis makanan je contohnya, populasi bakteria yang mencernakan makanan tersebut akan menjadi banyak. Dan bakteria lain akan berkurang. Ini lah akan menjadi punca ketidakseimbangan bakteria dalam badan. Jangka panjang akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Sangat menarik pasal bakteria ni. Dan sangat besar peranan mereka dalam kesihatan kita. So jangan lah benci kat bakteria. Jangan takut dengan bakteria.
#probiotik #prebiotik #nutrilite #bakteriabaik
0 comments:
Catat Ulasan