Selasa

Menjana pendapatan sampingan dalam USD

Assalamualaikum

Dalam kegawatan ekonomi ni bermacam cara orang buat untuk jana pendapatan sampingan. Sampai menteri pun suruh cari kerja kedua. Walau pun ianya mungkin tak relevan untuk semua orang atas pelbagai faktor. Mungkin sesetengah dari kita boleh meluangkan sikit masa untuk buat kerja atau perniagaan sampingan untuk menjana wang tambahan.

Nak lagi lumayan.. Buat lah pekerjaan atau perniagaan sampingan yang membolehkan korang terima bayaran dalam nilai USD. Tukaran matawang semasa kan lebih kurang RM4++ untuk setiap 1USD.

Lumayan tu~!

Aku dah mulakan sejak daripada bulan September aritu. Alhamdulillah. Dapatlah sikit-sikit extra bulanan. Tutup mana-mana lubang. Tak selumayan orang lain sebab kekangan masa bagi aku.

Dan yang menariknya. Kerja yang ditawarkan adalah kerja yang boleh dibuat di rumah. As long as korang ada komputer dan internet access. 

Ini bukan scam atau skim cepat kaya tau.

Memang ada kerja yang perlu dibuat. Payment akan dibuat dalam nilai USD selepas korang submit kerja. Kadar bayaran adalah berbeza mengikut kerja. 

Ini pulak adalah kerja yang aku actually buat. Takde lah lumayan sangat. Sebab nama pun sambilan.

Aku buat job translation dengan proof reading je. Kalau korang nasib baik, dapatlah long term job. So, tak perlu bidding kerja banyak kali.

Selain daripada kerja-kerja ni, ada jugak kerja yang lebih teknikal macam design website, design logo, untuk bidang engineering, IT programming.. Pendek kata segala bala bidang ada. Tapi requirement adalah kena tahu berbahasa Inggeris lah biasanya.

Macam mana nak dapatkan kerja-kerja ni..?

Boleh dapatkan panduannya di SINI

Sekali lagi aku nak ingatkan.
(1) Ini bukan scam
(2) Ini bukan program jual barang
(3) Ini bukan MLM

Ini kerja yang korang kena berusaha untuk dapatkannya. Baca panduan betul-betul dan ikut. Lepas tu tawakal dan usaha.

Selamat berjaya.

Daa

6 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Menteri memang cakap mudah suruh buat dua kerja tak tahu rakyat dah tunggang-langgang dibuatnya..

Unknown berkata... [Reply]

lumayan tu...saya memang tak reti la..tengok kerja2 yang dia tawarkan tu pun tahu dah yang saya tak pandai nak buat..heheh...

Unknown berkata... [Reply]

sempena tahun baru ni meh la join Giveaway kat blog saya.hadiah best .ni senarai hadiah..

*Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama
*Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua
*Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga
*Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)
sila join cepat ye..

http://www.dianarashid.com/2015/12/giveaway-baby-store-bersama-dianarashid.html

Siti Sharini berkata... [Reply]

Hehe..kite pun buat 2 3 4 5 kerja

lieyalatif berkata... [Reply]

zaman2 gst ni kalo ade peluang tambah pendapatan mmg harus kite grab kan rai....

selamat tahun baru 2016 rai...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

Nieda Ramly berkata... [Reply]

menarik tu ...tapi kena pandai IT juga

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com