Khamis

Pokok pokok pun kena puasa

Assalamualaikum

Bulan puasa kali ni aku agak keletihan yang luar biasa. Sebelum masuk waktu berbuka mula uwek uwek. Bila buka puasa, makan sikit pun muntah balik. So, aku minum air, makan kurma je dulu. Lepas solat rehat rehat baru boleh makan nasik. Itu pun tak lalu nak makan banyak-banyak. Cukup sekadar alas perut. Waktu sahur pulak, lepas makan sahur aku akan muntah sikit. Nak gosok gigi pun rasa tak lalu. 

Pedih sikit cabarannya kali ni. Insan yang paling kasihan adalah si kecik Balqis. Dia kan masih menyusu dengan aku. Bila dah macam ni, susu memang tak berapa nak ada. Bukan sebab aku puasa. Sebab gangguan hormon. Aku tak puasa pun tak berapa nak ada. So dengan berat kaki melangkah, aku belikan susu formula kat dia. Takpe lah. Niat aku, lepas bersalin nanti nak tandem dia dengan adiknya. Masa kecederaan kekdahnya.

Cuma aku tak tau la aku larat ke tidak. Rutin harian memang penat. Boleh collapse aku kalau tak support ngan vitamin supplement. Tapi, paham je lah. Musim harga minyak naik, ekonomi tak berapa nak stabil ni, kadang-kadang aku skip jugak. Teruk kena marah ngan shujin bila tak makan vitamin. 

Pokok-pokok aku pun tak berapa nak bela bulan Ramadhan ni. Banyak shujin yang tolong siramkan. Kesian diorang. Dah la hujan pun segan nak turun.. Harap-harap musim kering ni cepat berlalu. Kesian anak-anak jugak. Hari-hari kepanasan.

Aqil dengan Damia dah belajar-belajar puasa sikit. Dapat lah 2-3 hari puasa penuh. Banyak yang tak puasa. Takpe. Pengenalan. Yang penting aku ajak diorang solat jemaah dulu.

Si Aisy dah semakin banyak cakap. Dah ingat alif ba ta sampai ya. Mengira pun dah sampai dua puluh. Manjanya pun makin menjadi-jadi. Kadang-kadang datang menggesel kat aku sambil mengiau. Konon dia anak kucing lah kan. Layankan je. Hehehe..

Macam mana ramadhan korang..? Maaf jarang dapat bersiaran. Harapnya lepas bulan puasa ni aku cuba kerapkan sikit entry. Rindu pada blog.

Daa

10 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Ujian besar ganjaran pun besar Rai. Tapi kita ni manusia biasa itu yg bila dah sampai letih benar rasa tak tertanggung. Kesian bukan pada diri sendiri juga anak-anak. Puasa kali ini memang terik sungguh panasnya. Anak kakak pun bila balik aje sekolah terus masuk bilik on aircond. Time solat baru kejutkan..

Betul jgn paksa anak berpuasa tapi lebih baik paksa solatnya dulu. Itu cara kakak.

JunAina berkata... [Reply]

Tahniah Rai...bakal bertambah ahli keluarga. Memang sangat mencabar bila puasa dalam keadaan macam tu tapi kalau tak larat sangat eloklah berbuka takut pengsan pulak nanti.

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Rai....Tahniah. Bestnya nak dapat baby. Saya dulu buat tandem nursing jugak.

Memang mencabar puasa kali ni. Panas tak menahan. Smoga dipermudahkan urusan puasa kali ni.

Bunda_nora berkata... [Reply]

Salam, dah lama tak singgah sini...

Anak2 bunda dulu pun bunda latih dorang puasa separuh hari jer, hujung minggu baru dapat penuh satu hari...pelan2 tak bolih paksa2... bila dorang dah masuk sekolah, 7 8 tahun baru puasa penuh sehari walaupun kadang tak cukup sebulan...lama2 dorang jadi biasa tak payah suruh lagi..

saniahibrahim berkata... [Reply]

kesiannya dlm berpuasa ,mabuk pula...takpelah dugaanbagi sorang ibu kan...
ank2 akak dh sekolah rendah baru puasa penuh sehari,lagipun sekolah seharian mana ada masa nk mkn ,kantin pun x buka.Kat tpt kakak 2 tiga hari ni agak redup sikit dn kdng hujan ,selesalah budak2 brpuasa

Dr K berkata... [Reply]

Nasihat saya, mungkin yg baiknya ialah awak tak berpuasa..ada rukhsah nya di situ.

Unknown berkata... [Reply]

Wah..nak dapat baby rupanya..tahniah...
memang mencabar kalau hamil masa bulan puasa nih..
kalau tak tahan jangan dipaksa2..

Cik Rose berkata... [Reply]

Tahniah kak! Syukur Alhamdulillah...

QasehnyaRania berkata... [Reply]

in shaa Allah
smga dipermudahkan buat baby balqis, adik baby dan akak..

adianiez AIDA berkata... [Reply]

jaga kesihatan ye.
memang ujan sgt segan nak turun skang ni. panas!
kat melaka ni hah mcm nak ujan, mendung aje.
tapi x jugak ujan dari pagi :(

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com