Assalamualaikum..
Baru-baru ni aku ada menempah parts baru untuk membina satu batalion sut mecha. Jom intai ZCD005 True Drake buatan istimewa ni.
Tinggi robot ni lebih kurang empat setengah minifig yang disusun secara menegak. Lebarnya adalah lebih dari tinggi disebabkan oleh sayap Batman/naga yang dipasang pada belakang. Articulation atau sendi-sendinya pula dibina dengan ball joints supaya lebih bebas, membolehkan pengguna menggayakannya secara suka hati.
Aku dah sediakan manual untuk membina robot ni. Semua dalam bentuk HTML. Kalau ada sesiapa yang memerlukannya dalam format PDF, boleh watsap aku. Aku akan cuba convert.
Ini pula adalah gambar prototype. Bila tengok gambar ni, rasa macam rupanya ala-ala Stoner Sunshine dari Shin Getter Robo laa pulak. Sedih jap... Jangan tanya kenapa, pergi je tonton siri dia + movie skali.
Untuk yang tak tau, Getter Robo ialah cerita animasi dicipta oleh Go Nagai sejak tahun 1970. Bagi aku, cerita dia sangat awesome untuk siri pada tahun 1970 ada storyline yang (even cerita baru pun takde) macam tu.
Well, basicly aku tak boleh nak siapkan 100% model yang sebenar sebab element tak cukup. Jadi bahagian kaki dan tangan dia tak siap. Still, masih nampak impressive kan?
Untuk yang nak membeli model ni, macam biasa watsap aku kat 012-6894 617. Model ni adalah 100% original LEGO. Model July 2014. Dibina dengan 121 elements. Harga special aku jual menerusi blog ialah RM80.00 termasuk penghantaran.
Sekian..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-Sama :::
8 comments:
Rajin betul Rai ni tau :)
rajin Rai buat robot lego ni yer..siap buat jual lagi..moga sukses yer.
Assalamualaikum kak rai, Salam Ramadhan. hee baby dengan mommy rai sihat ke? hehee bestnya, teringin nak beli untuk Adam.. tunggu dia besar sket kot. hihii
Kalau en.zek yg menulis entry psl lego mesti aku tak bape fhm...byk istilah yg pelik2..hahaha..
@mama ka0ri
Tak faham kat mana Puan Shiela? Meh nak terangkan. Balik raya Teganu bila?
uncle orang tua... mata rabon. takleh main lego.
hehe
wahhh baru perasan,,selalu tulis catatan oleh shujin,,skang da naik pangkat jd goshujin-sama dah..kekeke
Kakak tahu benar kalau bab lego ni mesti Shujin yg expert buat explanation.
Catat Ulasan