Selasa

Happy (belated) Birthday Nurul Atiqah Damia

Assalamualaikum

Fuuhh. Sibuk mengalahkan DO sekarang ni. Jangan kata nak blogwalking.. Nak jengah blog sendiri pun susah. T_T

Banyak event yang tertinggal nak update. Ini adalah salah satu latest event kami sekeluarga. Sambutan birthday Damia yang digabungkan dengan sambutan birthday Aqil Mubarak. Kenapa gabung? Birthday Damia semalam (10 June). Yang ke empat tahun. Birthday ke enam Aqil Mubarak jatuh pada 11 September. Tapi sebab due date aku 12 September, aku takut birthday dia tanpa apa apa sambutan atau lambat sangat. Sedangkan tuan punya badan dah tak sabar sabar nak dapat hadiah birthday.

So, lepas balik dari Johor aritu, aku terus bergegas buat persiapan birthday party diorang berdua. Tak berapa nak party pun. Just makan makan dengan keluarga terdekat je.

biasa la kami buat kek homemade tema ikut permintaan anak anak
Kek kali ni besar.. Aku bakar 3 keping kek potong jadi dua keping setiap satu. So jadi 6 keping tu kami buat satu kek besar dengan tema Hello Kitty dan Star Wars atas permintaan birthday girl dan boy. My deari friend tauke kek dengan generousnya telah menghadiahkan kami 1kg fondant untuk kami buat kek kali ni.. Tapi oleh sebab dah takde idea sangat masa last minute tu. Kek tu nampak lebih kepada Hello Kitty dan lambang star wars nya cuma nampak yang robot kecik pengiring R2D2.
Nevertheless.. Diorang happy dengan kek tu.. Walau pun hello kitty come out tanpa misai.. Hahaha..
Maunya dia tak happy.. Ada bintang.. Ada figurin hello kitty, bunga dan butterfly kegemaran dia.. Hehehe..

Hadiah untuk mereka.. Aqil buat muka sedih sebab baru lepas kena marah terlebih lompat sana sini. Hehehe.. Damia of course happy for whatever hadiah yang dia akan dapat..

Bila sampai masa makan kek.. Tengok siapa yang paling happy..?

 Aku tak sure berapa banyak dia makan..
 Malam masa kakak dengan abang dah tidur.. Dia layan kek seround lagi...

Dan melaram hadiah kakak..

Beg hello kitty.. Nampak gayanya ibu kena belikan jugak satu untuk budak kecik ni..
Hadiah Aqil Mubarak..? The best.. Biarlah shujin cerita pasal tu. Hehehe...

Since balik Johor kepenatan.. Ahad malam aku dah sakit satu badan, sakit kepala dan muntah muntah.. Nak pengsan T_T

Daa

13 comments:

Khamsi Abdullah berkata... [Reply]

follower ke 620 taw.. nanti saya datang balik baca..

Unknown berkata... [Reply]

Hihi...amikla gamba close up hello kitty...nk tgk hello kitty xde misai...btw, happy birthday damia dan aqil chan...be a good child to ur mum n dad..eh, ko nk bersalin dh ke? Pantang kt mana nanti?

babYpose berkata... [Reply]

Alhamdulillah untungnya ada mama pandai buat kek, kerjaya professional lagi, sempat buat bday party lagi, multi tasker mom, mesti happy aqil dan damia dapat hadiah, si adik enjoy kek sungguh dia. happy birthday to both of you..

Aziela berkata... [Reply]

Wah...seronoknyaaaa. Rai, birthday Adam 9 June. 1 day earlier dari Damia. Pun, sambut awal juga...hahahaha

Dr K berkata... [Reply]

happy belated birtday Damia!!

tahun depan buat kek LOTR pulak okehhhh..:P

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Betul juga dibuatnya ter'deliver' awal lagilah si abang tak dpt diraikan. Tak apa raikan jadi satu janji mereka gembira..

Damia ikut muka Rai betul kan:)

norh berkata... [Reply]

Senang buat kek bday sendiri..nak besar mana pun boleh..hihihi

+ e.z + berkata... [Reply]

happy besday dear....
beb, bila kita nk jumpa nih ya? :)

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Happy birthday Damia.

Cik Rose berkata... [Reply]

happy belated birthday untuk Damia.. moga membesar menjadi anak yang baik dan solehah :)

imm berkata... [Reply]

happy birthday damia :)
lame sungguh xleh blogwalking secara serius sbb internet ngongengg,,berita kak rai pregnant pun tertinggal..omedetou kak..take care ye..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

hapy belated besday damia

Mimie berkata... [Reply]

Happy belated birthday damia

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com