Khamis

Design LEGO 3D oleh Aqil

Assalamualaikum..

Dah tiga hari dah Aqil dok berjinak dengan binaan lego guna software. Semalam dia dah siapkan binaan pertama dia. Banyak yang merepek actually, mungkin sebab terlalu banyak pilihan brick jadi rambang mata. Lagipun software tu software 3D dan kurang friendly untuk move around. Still masih baik untuk binaan yang mudah bagi budak umur enam tahun.

Kereta Sport ala-ala muscle car. Software tu out-dated sket sebab aku takde masa nak update lagi. Still dah siap satu, kira okay laa. Kebaikkan guna software ni adalah, kita boleh pilih apa saja part lego yang kita nak sebab dia dah sediakan hampir semua list lego yang ada. Kemudia bina satu model. Bila dah siap, software tu akan generate sendiri manual atau instruction untuk bina model tu dengan cara yang paling mudah dalam format html atau pdf. List parts yang digunakan pun digenerate sendiri. Jadi, lepas bina model, senanglah lepas tu nak tau part apa yang perlu order. Lebih jimat dan mudah bila kami nak order parts nanti. As for, beli parts lebih murah dari beli set.

Bila dah generate instructionnya, inilah kereta yang dibuat. Kami buat sikit modification pada sisi kereta sebab rasanya parts dalam manual tu kurang cun. Lagipun, dalam bentuk software dan real life, agak berbeza sedikit.

End result sangat baik, aku sangat berpuas hati. Best main-main dalam software tu. Siap boleh main-main, animasikan, screen capture, dan letupkan binaan yang dah siap.


Jom sama-sama creativekan minda anak-anak kita. 

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::


6 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Wahh syabas...bijak2

Mar Mansor berkata... [Reply]

bijaknya aqil

Unknown berkata... [Reply]

warisan turun temurun ni.

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...terbaik la...:)

sal ya berkata... [Reply]

Btl la. Lego ni blh generate mind utk bdk2 jdk kreatif.

Myra Jay berkata... [Reply]

Bagusss...
Memang menguji minda anak :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com