Selasa

Nasi goreng jepun ringkas dan sedap

Assalamualaikum

Sebenarnya beria je letak nama. Tak jauh beza sangat dengan nasi goreng kita. 

Nasi goreng jepun atau nama asalnya Salmon and seaweed fried rice ni aku bawak bekal untuk hari ni. 

Kaedah membuatnya pun teramat senang..

Salmon and seaweed fried rice

4 ulas bawang putih

2 biji bawang besar
Kicap shoyu jenama kikkoman
Seaweed aonori
Nori seaweed (yang guna buat balut sushi atau onigiri tu) di carik halus
Garam dan lada sulah
Nasi
Satu kelar ikan salmon di bakar atas pan

Cara membuatnya
Tumis bawang putih dengan bawang besar yang dah dipotong halus sampai naik bau. Masukkan kicap shoyu, lada sulah dan garam. Ikut suka nak letak banyak mana. Aku letak setengah cawan jugak sebab nasinya banyak. Masukkan nasi. Kacau sebati dan masukkan salmon yang dah dipecahkan jadi kecik dan akhir sekali seaweed.

Gaul sampai sebati dan boleh tutup api.

Kiranya masuk dan gaul je la semua bahannya..

Tapi hasilnya sedap walau pun rupa kurang memberangsangkan..

siap isi dalam bekas nak bawak pi kerja
Tak pedas sangat. So kalau tekak melayu dan jawa macam aku ni kena la tambah cili potong. Hahaha..
mainan baru atiqah damia.. Sambung sambung buat rantai dan gelang.. Happy sangat
Siap ada buatkan satu gelang untuk ibu.. Huhu..

Selamat mencuba.

Daa

4 comments:

babYpose berkata... [Reply]

Wah antarabangsanya, memang akan try inshaAllah, kalau letak seaweed snack bole ke, memang suka seaweed ni :) pandai atiqah damia buat gelang untuk ibu, kretif.

Suria Amanda berkata... [Reply]

alamak...kat mana nak cari bahan2 tu semua eh...

Cik Rose berkata... [Reply]

sesekali buat macam ni sedap :)

QasehnyaRania berkata... [Reply]

sedap jugak ni. teringin nak makan salmon tapi takut tekak ni tak lepas nak telan.huahua

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com