Selasa

Memperkenalkan miso

Assalamualaikum

Rasanya ramai tak familiar sangat dengan japanese miso (味噌:みそ). Miso sebenarnya fermented soy bean paste. Dalam kaedah pembuatannya, kacang soya yang dah direndam, dibuang kulit dan ditumbuk lumat ditambah dengan garam dan koji (sejenis fungus untuk proses penapaian) dan dibiarkan pada suhu bilik selama berbulan bulan. Kebanyakan miso paste yang dijual kat Malaysia ni ditambahkan dengan ethyl alcohol untuk nak bagi sedap katanya. Selain dari tu untuk tahan lama. So hukumnya haram. Still.. Ada jugak aku terbaca yang kata takpe. Tapi, aku stick to the believe yang alcohol yang ditambah ke dalam miso tu tak boleh makan.

Ada banyakkkk khasiat miso ni. Termasuk untuk keremajaan  dan mencantikkan kulit ya. Walau pun penggunaan garam yang banyak dalam pembuatan miso, dan rasanya masin. Tapi dikatakan ianya tak menyebabkan darah tinggi di kalangan pemakannya. Malah, dikatakan salah satu khasiatnya adalah untuk mengelak kena darah tinggi. Acane tu..? 


Miso paste
Ini lah rupa miso paste. Miso ada banyak jenis dan banyak warna. Yang ini pekat sikit warnanya. Ada miso warna coklat muda. Yang lagi cerah warnanya, rasanya lagi mild. Miso tak masam. Tapi masin dan lemak lemak. Biasanya dibuat miso soup dan untuk marinate ikan dan daging. Ada jugak yang buat hotpot dengan kuah miso. Buat mee dengan kuah miso. So far aku paling suka miso soup dan jugak mackerel masak dalam miso.
Mutenka miso
Mutenka (無添加) miso ni biasanya yang basic je. Mutenka maksudnya tiada bahan tambahan. So alcohol pun takde lah.
Bahan bahan
Yang bagusnya. Jepun ada diorang punya soya sendiri. Soya mereka bukan yang GMO (genetically modified organism).

Paling biasa.. Miso ni digunakan untuk buat miso soup.
Dalamnya boleh tambah macam-macam. Ikut kreativiti masing masing. Antara yang sedap letak dalam miso soup adalah tauhu lembut, cut wakame (sejenis rumpai laut), daun bawang, cendawan, lala, lobak putih dan banyak lagi. Anak anak suka meratah tauhu lembut dengan wakame tu.

Cara buat miso sangat mudah. Antara bahan yang diperlukan..
Miso paste
Dashi (Aku guna ready made konbu dashi)



Tauhu
Cut wakame
Cendawan
Daun bawang sebagai hiasan

Kaedah
Panaskan dua cawan air. Masukkan satu stick konbu dashi. Masak sampai didih. Sambil tu kalau nak masuk bahan yang susah masak macam lobak putih ke cendawan ke lala. Masukkan lah ya. Bila mendidih tutup api. Masukkan tauhu. Ambil dua sudu miso paste dah cairkan dalam senduk guna air yang dah mendidih tu. Buat sampai sebati. Kalau rasanya kurang. Boleh tambah lagi miso. Aku tak suka pekat pekat nanti masin sangat. Lepas tu tabur wakame kering dan tabur daun bawang sebagai penambah aroma dan hiasan. Aku suka hirup sambil makan nasi. Orang Jepun makan nasi tak masuk kuah macam kita. So miso soup ni letak dalam mangkuk berasingan bagi setiap individu. Dan setiap mangkuk miso ada penutupnya, supaya supnya tak cepat sejuk.


sebungkus cut wakame
Cut wakame memang kering ya
ready made konbu dashi stick
sebungkus konbu dashi ada 12 stick
model konbu dashi. Kalau tak bagi beraksi dia moncong
Konbu dashi dengan cut wakame (aku sebut katto wakame) boleh dibeli di kedai 100yen, Daiso atau pun AEON. Sebungkus konbu dashi tu RM4.90. Cut wakame tak ingat sebab dah lama beli tak habis habis. hahaha..

Ini adalah antara makanan yang bagi anak-anak aku mewah sebab makan dengan ikan salmon dan nasi jepun yang kitorang jarang buat. Tapi aku suka sebab senang nak buat. Tak payah tumis tumis. Hahaha.. Nak sedap, hidangkan sekali pickle. Laju je masing masing makan. Aisy pun dah suka miso soup ni. Siap ratah ratah tauhu.

Ini adalah salah satu resepi simple yang biasa guna miso paste. Ada banyak lagi yang lain. Buat salad dressing pun boleh tau.

Bagi yang berminat nak mencuba feeling ala wife jepun. Nak order miso paste masih boleh lagi. Email kesoma.rai@gmail.com.

Daa

23 comments:

Aziela berkata... [Reply]

Sedapnyaaa..... Tak sabar nak dapat miso....

*cik cempaka* berkata... [Reply]

wahh...makanan jepun ye ni sis?...

Cik Lily Putih berkata... [Reply]

miso soup memang sedap la..

PetakBunga berkata... [Reply]

Rai, boleh ubah suai ikut selera nusantara?..

Kan laki aku x leh telan..huhu..

PetakBunga berkata... [Reply]

Rai, boleh ubah suai ikut selera nusantara?..

Kan laki aku x leh telan..huhu..

Dr K berkata... [Reply]

Malam tadi tgk Majalah 3...pasal musim salji teruk kat Hokkaido...ada juga diselitkan pasal pembuatan & masakan miso ni...

Wife saya yg mmg nenek nya jepun mmg expert la bab bab miso..budaya jepun ni...hahahahaha

Tanpa Nama berkata... [Reply]

sedap yer... KA bab2 makan jepung, korea bagai ni mmg susah nak masuk hehehe

t.a.t.a berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad

Patut pun, nenek Japanese rupanya.

cahayahidupku.blogspot.my berkata... [Reply]

Tak pernah pulak akak merasa MISO ni Rai... tengok macam sedap tu :)

cahayahidupku.blogspot.my berkata... [Reply]

Tak pernah pulak akak merasa MISO ni Rai... tengok macam sedap tu :)

Irfa berkata... [Reply]

anak2 ko pun dah selera jepun ye

JunAina berkata... [Reply]

Malam tadi tengok dalam majalah 3!

Mimie berkata... [Reply]

Rasanye mcm mne erk

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Ada kaluar dalam Majalh 3 baru ni rai pasal MISO. Nampak mcm sedap jer.

sal ya berkata... [Reply]

Dah mcm ddk jpn plk rasanya. Ngee..

ZieMarziah berkata... [Reply]

fuhhh feeling jepunss you sis rai..miso tu rasanya macam tauchu ke?

QasehnyaRania berkata... [Reply]

tak berapa nak pandai nk makan la.. hihi

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Mcm swdap jerr soup miso tu...kanbo tu plak apa akak....mcm tauhu lembut jugak ke?

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

seronok plak tgk org yg suka mkanan jepun ni... saya xsuka sgt.. ada yg blh telan ada yg x...

Rini berkata... [Reply]

salam....

2 minggu yg lepas ada beli miso di jusco. label kat luar x de tulis alkohol. kat rumah bila dh buka penutup, ada satu lagi label kat penutup ada alkohol plak. masih boleh order miso paste tu ke?

Unknown berkata... [Reply]

@Rini, salam.. laa ye ke.. membazir la kalau gitu.. miso ada lagi untuk order.. boleh whatsapp ke 0126894617

Unknown berkata... [Reply]

Salam rai,paste miso ade lg?..ada buat penghantaran ke johor x?..tq

Unknown berkata... [Reply]

Salam husna.. Ada.. Saya pos guna poslaju.. Nak order whatsapp no 0126894617.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com