Isnin

LEGO 6205-1 V-Wing Fighter

Salam Isnin.. cerita pasal original LEGO.

Minggu ni pasal Set No: 6205-1 V-Wing Fighter.

Untuk yang tak berapa fasih pasal Star Wars, V-Wing ialah pesawat pejuang tentera elit pasukan Empire atau penjahat. Pesawat ni kecik dan muat untuk seorang juruterbang dan sedijik droid/robot. Pesawat ni dapat nama V-Wing disebabkan bentuk muncungnya yang runcing macam huruf V. Set LEGO untuk V-Wing ada 114pcs dan didatangkan dengan satu minifig. Dikeluarkan pada tahun 2006 dan beratnya hampir 200g. Instruction manual dia berbentuk buku bersaiz A6+. Pemasangannya pun tak susah dan ambil masa yang singkat. Baik untuk beginner.

Bagi aku, set ni best sebab saiz dia kecik (panjang lebih kurang 20cm, tinggi dan lebar sama-sama lebih kurang 10cm). Disebabkan saiznya yang macam tu, dia tak guna banyak ruang sebagai display.

Well, cuma ada satu part je kat set ni yang aku kurang suka. Windscreen dia tak boleh bukak tutup, instead dia kena cabut dan pasang. Selain dari tu, semua aku suka.

Dari belakang, boleh nampak dua thrusters atau pemecut? dan kepingan sayapnya yang berbentuk unik. 

Set ni memang agak femes dan ramai peminat. Selain klasik, ia juga cool. Hujung minggu lepas, ada sorang akak cun tu order set ni untuk buat display kat ofis dia. Sure gempak. Huhuhuhu.. Biasanya harga set ni boleh di beli dengan harga RM80 ke atas. Used set pulak separuh harga.


Selain V-Wing versi ni, ada satu lagi versi V-Wing yang LEGO keluarkan. Set 7915-1 Imperial V-Wing Starfighter berwarna hitam. Saiznya agak besar sedikit. Kitorang tak pernah beli lagi, tapi aku percaya dengan jumlah brick yang ada kat rumah, kami mampu bina sebijik dua. Lepas bina, aku akan reviewkan. Owh sebelum terlupa, ada provider nak jual Imperial V-Wing tu yang used tapi complete dengan harga yang sangat murah. Bawah RM30. Kalau aku terbeli untuk diri sendiri dulu, aku akan share. Kalau tak, aku review je. Hahahahahaa..

Okay.. Selamat membina..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-Sama :::

8 comments:

Mimie berkata... [Reply]

Kalo minat dengan lego memg tau aje kan..

msredcheesecake berkata... [Reply]

kalau ikut kan hati nak collect lego ni tapi tak berapa nak mampu...hheee...

Dr K berkata... [Reply]

teringin nak buat collection...tayang dlm almari kaca :P

sal ya berkata... [Reply]

Budak2 ni ada jgk minta lego. G legoland je la. Blh gitu?

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Mmg kagum tiap kli bca entry lego...sebab rietta mmg xpndai bab lego nie...

lieyalatif berkata... [Reply]

fuhh mmg smart...ni esok2 kalo dayyan dah pandai main mmg nak belikan die set lego gini...mencabar minda gak nak pasangkan rai....boleh tingkatkan daya imiginasi die....

Unknown berkata... [Reply]

Seriuosly speaking, it worth more to buy lego bricks, THEN bila ada bajet boleh pegi Legoland. Else you will end dengan anak meronta nak beli lego brick right after pegi Legoland. In wich double cost. Well, just pandangan dari pengalaman orang lain.

QasehnyaRania berkata... [Reply]

smart lah :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com