Selasa

Aneka sambal pembuka selera

Assalamualaikum

Musim musim panas ni kadang kadang tekak boleh meragam. Kurang selera. Dapat yang pedas masam baru terbuka sikit selera kan..

Just nak share antara sambal pembuka selera yang aku selalu buat di rumah.

Pecal tempe
Jawa sangat kan.. Hahaha.. Pecal tempe. Yang ni resepi dari mak aku.. Buatnya pun tak susah. Tempe digoreng garam kunyit. Cili, bawang merah 2 biji, sedikit isi cekur dan sedikit garam. Tumbuk lumat cili dan isi cekur. Bawang merah tu tumbuk jalang je. Hahaha.. Lepas tu masuk tempe goreng dan ditumbuk gaul sebati. Bau harum cekur tu memang membangkitkan selera.

Selain dari tempe, boleh juga gunakan ikan tongkol goreng atau ikan pari goreng. Mana mana pun aku suka. Kalau kat kampung boleh jumpa daun cekur boleh la masukkan sekali. Tapi kat sini dapat jumpa isi cekur pun dah boleh joget gangnam. Hahaha

Sambal pauh
Ini dari pengajaran mak mertua. Shujin memang suka sambal ni. Cara buatnya leceh sikit tapi hasilnya memang tak mengecewakan. Rebus ikan selayang(sardin) dengan garam dan asam keping sampai kering airnya. Buang tulang. Tumbuk lumat cili dan sedikit garam. Tumbuk pulak mangga muda dan akhir sekali tumbuk sebati dengan isi ikan yang dah direbus. Balance kan rasa masam masin pedas tu. Memang menambah selera. Cukup dengan nasi panas. Tapi make sure gunakan ikan yang segar. Kalau tak memang tak tahan dengan bau hanyir ikan tu..

Baiklah. Selamat mencuba.

Apa sambal kegemaran korang?

Daa

31 comments:

Aziela berkata... [Reply]

Ya Allah Raiiiiii.... Ngences tau...ngences!! Ciss...pagi2 buta dah menggoda iman. Mula lah rasa nak balik rumah sekaranggg juga. Spesis orang jawa macam kita ni memang tak boleh lari lah dari sambal2 macam nie kan. Nak2 pula sambal cili api, tumbuk mentah..aduhaiiii. Tak yah lauk lain pun tak per dah...

Oh, akak suka cili api tumbuk dengan bawang dan ikan bilis, campur belacan sikit, tumis sampai masak. Perghh...x sedar nasi boleh habis berpinggan2.

Nieda Ramly berkata... [Reply]

nak try sambal mangga dengan ikan tu...rasa menitik ayaq liuq pulak

Nieda Ramly berkata... [Reply]

nak try sambal mangga dengan ikan tu...rasa menitik ayaq liuq pulak

lieyalatif berkata... [Reply]

aduh rai!!! saje tauuu bikin org kecur air liur....bertakung2 airliur tauuuu...lunch lambat lagi ni hahahaahahah

yes!! lieya pun suke cekur...tapi geng2 opis ni tak suke..siap pelik tgk lieya makan hahahahah...hidup jawa!!!!! hahahahahah

Nizam.Ariff berkata... [Reply]

Ya... ada isi cekur baru terasa Jawanya... hahaha

sarah berkata... [Reply]

saya suka sambal sotong besaq ada teloq dlm tu..sedapppp..tempat borong tu dulu dekat sek permatang tok mehat..sepanjang jln raya tu..panjang sangat.sekarg dah pindah ke pusat perniagaan baru..dekat pekan parit buntar.

sarah berkata... [Reply]

saya suka sambal sotong besaq ada teloq dlm tu..sedapppp..tempat borong tu dulu dekat sek permatang tok mehat..sepanjang jln raya tu..panjang sangat.sekarg dah pindah ke pusat perniagaan baru..dekat pekan parit buntar.

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, wahh sedapnya! biasa buat sambal goreng, sambal kicap la fav. hehehe singgah menabung ford sini~~~

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

ya Allah... telan air liur saya duk baca pasal sambal pauh ni.. sedapnya... alahaiiii

Irfa berkata... [Reply]

sambal ikan tu mmg feveret nenek aku
dulu aku penah tanam cekur, sampai x tahu apa nak buat sbb banyak sgt
skrg dah mati kot sbb x terbela

Suria Amanda berkata... [Reply]

menjejeh terkumpul air liur terliur dah ha....oh..kejam...

Unknown berkata... [Reply]

@Aziela, sambal bawang ikan bilis tumis tu pun saya suka kak..tapi versi tak letak belacan la.. makan cicah ngan lempeng pun jadik.. hahha..

Unknown berkata... [Reply]

@Nieda ramly, cuba kak.. mmg sedap tu..

Unknown berkata... [Reply]

@lieyalatif, haish..tak jawa la kan tak suka cekur..hahaha..

hidup jawa!!

Unknown berkata... [Reply]

@Nizam.Ariff, betul tu..buat pecal terung takde cekur..ibarat orang india tak masuk kari dalam masakannya.. hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@sarah, perghh..yg tu pun sedap kemain..

oo..nanti tanya ngan kawan duk bandar baharu tu.. dia tau kot..

Unknown berkata... [Reply]

@IntaNBerliaN, kalau orang pantai timur tak suka sambal ikan ni mmg saja la kan..haha..

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, cekur tu senang tumbuh..tapi sesekali kena jenguk la..hihi..

laki aku pun suka sangat sambal pauh tu..tapi susah nak cari pauh muda tu..

Unknown berkata... [Reply]

@Amanda Suria, kan..saya pun rasa lapo dah..aduhh..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mak ai... mmg buat kecur air liur tgk sambal2 ni rai !

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Kecur ailio iols tau. Sedapnya. Tempe tu memang my feveret. Selalu buat sambal tempe jer.

zmarl (ibu) berkata... [Reply]

sambal pauh tu yang buat seleranya..makan ngan nasik lauk ikan bilis pon jadik..
tempe suka jugak tapi kat umah kalo buat memang sorang je la makan..tak berapa nak laku..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak janji pedas semuanya layan aje Rai..

JunAina berkata... [Reply]

Kalau dapat sambal kuinin...perghhh...

Dr K berkata... [Reply]

baiklah, nak suruh my wife baca ni..nak suruh dia buatkan pecal tempe!!

Ujie Othman berkata... [Reply]

Saya jawa..apsal saya tak tau pecal tempe tu?
Nak kena belaja ni..sbb saya sukaaa tempe.

Mar Mansor berkata... [Reply]

sambal pauh tu memang terbaikkk..suka sangat2..

t.a.t.a berkata... [Reply]

@Aziela
Saya pun ngences kak. Haha.

t.a.t.a berkata... [Reply]

@Nieda ramly

Saya pulak boleh makan sambalnya aje, mangga tu tolak tepi la. Gigi sensitif maa. Huhu.

QasehnyaRania berkata... [Reply]

telan air liur
selalu tumbuk sambal pauh tu tak letak ikan pong.just tumbul sambal belacan mcm biasa pastu masukkan pauh tumbuk skali.tak pon hiris kasar je

Mimie berkata... [Reply]

ya Allah kak sedapnye sambal pauhhhhhh

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com