Jumaat

Dari Shah Alam ke Bandar Baharu

Assalamualaikum

Sorry for the delay.. Chewah~

Salah satu destinasi percutian wajib kami sekeluarga setiap tahun adalah ke Utara. Dah macam jadi kampung kedua kami. Destinasi yang pasti adalah ke rumah Kaori. Kaori sebenarnya kawan dari sejak masa aku belajar kat kolej dan sama sama melanjutkan pelajaran ke Jepun. Kemudian, dia berjodohan pulak dengan sahabat baik encik Shujin. So berpanjanganlah keakraban kami. Kitorang memang akan berbalas kunjungan sekurang kurangnya sekali setahun.
gambo maknya aku tak ambik.. ni anak dara dia.. dah darjah 1

Kali ni kami pergi ke rumah baru diorang, di Bandar Baharu. Betul betul dekat dengan Parit Buntar, sempadan negeri Perak. Nyaman rasa udara bersih di sana berbanding debu dan asap jerebu di Shah Alam. Haha.. Nak pulak keluar rumah terus nampak sawah padi. Saujana mata memandang..
Gambar sawah depan-tepi rumah Kaori

Ni bukan rumah Kaori, tapi jiran dia..Takde orang pun duk rumah tu.. Hahaha.. Gambar sumbangan Kaori sendiri..
So, aku start cuti Jumaat (Aqil batuk, so aku suh dia cuti je Jumaat tu. Nampak tak permainan aku kat situ? Hahaha). Plan asalnya nak bertolak malam Khamis tu, tapi sebab rumah masih huru hara, nak tinggal pulak berhari hari, ngemas la dulu. Pulak tu cikgu sekolah Aqil wassap suh ambik kerja sekolah dia nak buat masa cuti sekolah. So, tengah hari jugak la baru bertolaknya.

Dengan mengekalkan jarak selamat dan pemanduan berhemah ikut speed limit, maka pukul 4 lebih kot baru sampai. Hihi. Itu pun asalnya aku gedik nak ajak shujin singgah Ipoh, nak lalu jalan biasa gi sampai Parit Buntar. Padahal masing tak tau jalan. Hahaha.. 
marah dengan penjual pau ayam kat R&R.. ayam dah la kecik je.. kentang dia masuk sekali ngan kulit..grr

Sampai sampai terus makan dulu kat tepi sungai sempadan Bandar Baharu-Parit Buntar. Sebab tak tau mana hala, Pekan Parit Buntar pun tak berapa banyak kedai, kami makan nasi ayam je. Boleh la. Dah order baru tengok meja sebelah duk balun Mee Udang. Cheiss.. Roogii...

Rupanya si Kaori dengan husbandnya pegi ambik stock biskut coklat k-pop Date & Fate. Memang masyuk bisnes diorang. Sebulan beratus carton dijual. Dealer pun ada hampir di seluruh negeri semenanjung. So sapa minat boleh cekidaut kat link atas tu ye. Serius tak nyesal. Sedap murah dan berbaloi baloi. Nak raya nanti boleh buat kuih raya..
deretan kedai makan kat food court stesen bas Parit Buntar, nak hantar pesanan biskut k-pop

Actually, percutian kami ni free and easy trip. Just pergi nak catch up dengan kawan kawan. Jamu jamu selera dan bertukar cerita masa kini dan untuk masa depan. Hehehe..

Oleh kerana kepenatan, dan malam tu pun diorang kalut dengan penghantaran biskut. Kami pun lepak lepak sak kok dulu saja. Menghirup udara nyaman sambil ditemani nyamuk. Huhu..

Habis kisah hari Jumaat.. Haha..

Sabtu buat apa..?

Lekluuu..

11 comments:

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Bestnya rumah tepi sawah. Sejuk mata memandang. Hari2 dapat udara segar.

Nizam.Ariff berkata... [Reply]

mulanya terkejut aku sbb hari ni pun jumaat juga tp takkan dah update padahal jumaat blum habis..haha

Unknown berkata... [Reply]

@Nizam.Ariff, haha.. kebetulan sama hari kan.. ni last week punya ceghita..

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...mmg nyaman kalau rumah di tepi sawah ni...;)

Aziela berkata... [Reply]

Wah...seronoknyaa, jalan2 ke utara. Akak dah macam boring pula dengan pantai timur...hahahahaha

Mak Wardah berkata... [Reply]

Sukanya kl dpt rumah mcm kaori tu...

t.a.t.a berkata... [Reply]

Rai, aku pernah makan Date & Fate tu. Sedap. Walaupun packaging nya mmg besar dan aku rasa membazir dari segi plastik, tapi rasa nya sedap la.

Rai, pau tu bila kau makan, kulit dia melekat di lelangit tak?

Unknown berkata... [Reply]

mmg best kak.. jeles kami.. hehe

Unknown berkata... [Reply]

tata, individual packaging tu yg buat membazie tu..tp mmg sedap..

rotinya ok. tak lekat. tapi inti tu yg off..

sarah berkata... [Reply]

tak pi memborong akin baju di parit buntar ke rai?

QasehnyaRania berkata... [Reply]

suka rumah dekat bendang.angin sepoi sepoi j.nk usha la jap link tu

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com