Selasa

Petua meredakan batuk dengan segera

Assalamualaikum

Musim panas tak hujan dan udara berdebu.. Aqil mudah sikit terkena batuk berbanding adik adiknya. Dah 2-3 hari dia start batuk. Batuk tak berkahak. Mungkin sebab gatal tekaknya. Dia tak demam. So aku takde la risau sangat. Tapi malam tadi batuknya teruk sampai tak boleh tidur dan muntah.

Haish.. Tak boleh jadi ni. 

So lepas cuci muntah dan tukar baju Aqil, aku pun bancuh madu manuka dengan apple cider vinegar (cuka apple) dan dilute dalam setengah cawan air suam. Bagi Aqil minum. Sambil tu aku bagi sesudu virgin coconut oil dan sapukan minyak garlic pada dada dengan belakang badan dia.

Lepas tu suruh dia baring dan tinggikan sikit bantalnya.

Tengok alhamdulillah dapat lena tanpa batuk sampai pagi ni. Baru dengar batuk sekali lepas mandi tadi.

Cuaca panas dengan tak hujan ni agak merisaukan.. Kalau Aqil start kena, takut jangkit dengan adik adiknya pulak. Alhamdulillah petua ni berkesan. Ada jugak aku guna petua bawang dengan madu. Tapi semalam aku malas nak tunggu. So terus bancuh madu dengan ACV. Senang.

Kalau anak demam selesema pun boleh bagi. Cuba lah. Insya allah dapat kurangkan sikit demi sedikit.

Selamat mencuba.

Daa

24 comments:

msredcheesecake berkata... [Reply]

akk makan madu je...anak2 akk pun sama ..

Myra Jay berkata... [Reply]

MJ makan Vit C alhamdulillah..

Tp tula musim panas sekarang kena hati2 supaya tak kena penyakit kan

babYpose berkata... [Reply]

Tak sangka minyak bole hilang batuk, sebab sekarang masak utk budak guna virgin olive oil yang jual kat amway, dah kurang batuk. Sebab anak tak makan ubat.

Siti Munirah berkata... [Reply]

kat rumah aku ade cuka epal ni. tapi minum sekali dua je terus stop.

mmm... madu manuka tu brand ape ye?

bolehlah aku try petua ni utk family aku.

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

skang nie musim jerebu, panas terik...batuk semakin mjadi²..tp anak akak xde plak nak batok...eh, baguih rupanya VCO nie ek..opismate pon ckp dia dok bg anak dia minum klu batuk...take care Rai..

jie susanos berkata... [Reply]

tercari cari madu ni..

Mar Mansor berkata... [Reply]

anak saya baru lepas baik batuk dan selsema..mujur tak demam..
VCO memang banyak kebaikannya..

Unknown berkata... [Reply]

@Uni Aqilah madu manuka tu aku beli kat amway..

Unknown berkata... [Reply]

@Jie Susanos, madu manuka tu boleh beli kat sapa2 yg ada membership amway..

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Boleh try nih. Tekak pon dah mula perit.

JunAina berkata... [Reply]

Akak masa anak2 kecik minyak bawang putih tu je di sapu, kalau ada pokok kapur barus (tak pasti org KL panggil apa) air daun di sapu ke dada dan belakang.

lieyalatif berkata... [Reply]

petua yg menarik ni sbb lieya la skrang yg tgh batuk2 sakit tekak ni rai....sebab cuaca kot....lg pun ari tu hutan kat area rumah lieya terbakar so asap die tu dok hidu tu yg sakit tekak n batuk2 nieh.....

madu ade kat umah...minyak kelapa dara tu pun ade tapi brand lain la...boleh la try..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

saya pun tgh duk batuk.. dr mggu lps lg xbaik2.. mula2 ingat nak try gak petua ni tp bila tengok perkataan cuka n madu jd takut la plak.. sbb dia tajam sikit utk ibu2 yg baru mngandung kan.. tgh awal2 lg..

Suria Amanda berkata... [Reply]

bagus perkongsian ni...bila la nak hujan kan...

emarieys berkata... [Reply]

boleh try nanti...cuaca sekarang panas... kena banyak minum air kosong.

QasehnyaRania berkata... [Reply]

bagus kan. tima ksih kak berkongsi.
panas bangat skrg ni.
sy pon bibir dh mula kering blik ni..
hukhuk

Unknown berkata... [Reply]

blh try petua ni. ank sulung sya pn kerep sngt batuk cm ni.

t.a.t.a berkata... [Reply]

Rai, aku geli aa kalau orang suruh minum benda yang ada nama nya oil tu. Aku imagine telan minyak masak. Ewww!!!

wahida berkata... [Reply]

beli mana ni nok virgin oil ni?

Unknown berkata... [Reply]

@t.a.t.a, hahaha..sapa suh ko imagine.. tapi siyes..kalau orang suh aku telan minyak masak aku pk banyak kali.. minyak kelapa dara ni aku rasa takde la minyak sangat.. bau harum mcm bau santan.. minyak dia pun takde berminyakkk kalau telan.. anak2 aku ok je..

Unknown berkata... [Reply]

tq berkongsi... :)

sal ya berkata... [Reply]

harap2 anak2 ok je sbb Anis dgn Azfar mmg senang nak sakit dan berjangkit.

Irfa berkata... [Reply]

emm kt umah pun dah ada bunyi2 ahli yg batuk

imm berkata... [Reply]

nak try jugalah..aichan n hana dua2 batuk2 smpai muntah..adik hana umo 6 bulan boleh bg dgn cara same ke akak?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com