Rabu

LEGO® Pre-Order : List 1

::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Aku mulakan listnya dari yang paling murah. Semua set cuma ada satu sahaja. So, siapa cepat dia dapat. Walaupun kitorang perkenalkan lego kat Aqil masa umur dia 3 tahun dan dia dah boleh buat sikit-sikit through that year, aku cuma nak ingatkan bahawa syarikat LEGO® sendiri menyarankan bahawa lego sesuai dengan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
Formatnya begini,

1 - Nombor set dan nama set.

2 - Butiran mengenai berapa pieces parts yang sepatutnya ada dalam set lengkap, berat set lengkap dan bila set tersebut dikeluarkan oleh syarikat LEGO®.

3 - Apa yang tak terkandung dalam set yang diorder. Biasanya parts, minifig, aksesori, kotak, manual dan sticker. Apa yang tak ditulis, sepatutnya ada. Contohnya kalau aku tulis "Takde kotak", maksudnya kotak je yang takde. Parts cukup, minifig ada, aksesori ada, manual ada, sticker pun ada laa tu. Untuk yang ada kotak, korang boleh pilih untuk mintak kotak tapi, aku tak galakkan sebab ia akan menambah berat bagi order dan susahkan proses pembungkusan which menyebabkan kos penghantaran korang meningkat. Still, its your choice.

4 - Harga set tak termasuk postage. Postage minimum (250g) untuk traceable package ialah +/-RM50, manakala flatrate box (untraceable) ialah +/-RM30. Aku akan suruh provider muatkan sebanyak set yang mungkin pada kos penghantaran sejimat mungkin mengikut order dan permintaan korang. Ikut pengalaman aku, traceable package ambil masa dalam 2-4 minggu untuk sampai. Flatrate box ambil masa seminggu sahaja. Still, depend on how efficient orang terlibat buat kerja. Untuk maklumat lengkap serta rujukkan sendiri tentang postage, boleh layari web USPS sendiri di http://ircalc.usps.gov/Mobile/Default.aspx. Handling fee ialah USD2.00. List 1-4 adalah dari kedai yang sama. So, combine shipping is possible.

Seperti yang dijanjikan, ini senarainya :


8612 Ehrye
Set lengkap mengandungi 30pcs, berat 80g, dikeluarkan pada tahun 2004.
Takde kotak atau manual. Topeng dia retak.
RM3.82
Unless korang betul-betul nakkan Ehrye. Kalau tak aku tak suggest since berat dia 80g. Topeng yang retak tu aku boleh repair for free. Tapi aku tak jamin ia akan sebaik baru. Tapi bahagian retak tu pasti takkan retak lagi. Aku suggest set ni untuk orang yang nak salvage parts dia.


8574 Tahnok-Kal
Set lengkap mengandungi 39pcs, berat 181g, dikeluarkan pada tahun 2003.
Takde rubber band holder, selain tu lengkap.
RM3.82
Leher Tahnok-Kal ni boleh memanjang/menjangkau supaya "kononnya" gigit lawan gitu. Mekanisma yang digunakan ialah dari jenis liftarm dan pin. Untuk retrieve balik kepalanya kat tempat asal, binaannya menggunakan sejenis rubber band (cam getah nasik lemak) khas dari lego. Kalau takde rubber band holder, kepalanya masih boleh menjangkau dan balik ke posisi asal tetapi secara manual. Kehilangan part tu bagi aku tak mengubah rupanya.


8725 Balta
Set lengkap mengandungi 22pcs, berat 61g, dikeluarkan pada tahun 2006.
Hilang sekeping 1x Dark Bluish Gray Bionicle Head Connector Block (Toa Metru), manual dan kotak.
RM3.82
Takde head connector maksudnya tak boleh pasang kepala. Aku sendiri ada cukup-cukup je, takde head connector extra. Mungkin boleh order berasingan kelak.


8573 Nuhvok-Kal
Set lengkap mengandungi 41pcs, berat 170g, dikeluarkan pada tahun 2003.
Takde manual, topeng, CD, rubber band, dan rubber band holder.
RM11.52
Banyaknya parts yang tak cukup. Suggest untuk siapa yang nak salvage parts je


8015 Assassin Droids Battle Pack
Set lengkap mengandungi 64pcs, berat 108.52g, dikeluarkan pada tahun 2009.
Takde 6 pcs ( 2x black cones, 2x Transparent Purple Cones, 1x Black Plate Round 1x1 dan 1x Transparent Orange Plate Round 1x1), blasters, kotak dan manual.
RM15.38
Battle pack biasanya dijual pada harga antara RM120-RM200 kat Toy's R Us. Mana-mana set battle pack didatangkan dengan antara 4-6 minifig (which covers about 60% of its weight). Biasanya dibeli untuk buat army. Bila battle pack dijual tanpa minifig, orang tak interested nak beli. Unless nak parts kenderaan dia, aku tak favour. Still, pada harga RM15.38 at 30%-40% berat, aku rasa okay kot.


9488 Elite Clone Trooper & Commando Droid Battle Pack
Set lengkap mengandungi 73pcs, berat 112g, dikeluarkan pada tahun 2012.
Takde minifig, aksesori dan kotak.
RM15.38
Battle pack biasanya dijual pada harga antara RM120-RM200 kat Toy's R Us. Mana-mana set battle pack didatangkan dengan antara 4-6 minifig (which covers about 60% of its weight). Biasanya dibeli untuk buat army. Bila battle pack dijual tanpa minifig, orang tak interested nak beli. Unless nak parts kenderaan dia, aku tak favour. Still, pada harga RM15.38 at 30%-40% berat, aku rasa okay kot.


7654 Droids Battle Pack
Set lengkap mengandungi 69pcs, berat 130g, dikeluarkan pada tahun 2007.
Takde minifig, aksesori dan kotak.
RM23.09
Battle pack biasanya dijual pada harga antara RM120-RM200 kat Toy's R Us. Mana-mana set battle pack didatangkan dengan antara 4-6 minifig (which covers about 60% of its weight). Biasanya dibeli untuk buat army. Bila battle pack dijual tanpa minifig, orang tak interested nak beli. Unless nak parts kenderaan dia, aku tak favour. Still, pada harga RM23.09 at 30%-40% berat, aku tinggalkan kat korang untuk jadi judge.


6205 V-wing Fighter
Set lengkap mengandungi 114pcs, berat 118g, dikeluarkan pada tahun 2006.
Takde minifig, aksesori dan kotak.
RM23.09
Pernah ada set ni sebelum ni. Kalau tak silap, saiznya lebih kurang 25cm panjang dan 8cm lebar. Set permulaan yang baik. Binaan dia pun kukuh dan tak mudah tercabut.


4609 Fire Attack Team
Set lengkap mengandungi 92pcs, berat 649g, dikeluarkan pada tahun 2001.
Takde 23pcs, minifig, kotak dan manual.
RM23.09
Berat 649g dengan jumlah 92pcs menunjukkan parts dia besar-besar. 23pcs yang takde tu tak diterangkan pulak part mana. Sayangnya. Kalau tak, boleh dikatakan set yang baik untuk beginner. Still bagi aku, dengan harga RM23.09 worth the price.


8091 Republic Swamp Speeder Limited Edition
Set lengkap mengandungi 153pcs, berat 338g, dikeluarkan pada tahun 2010.
Takde minifig, aksesori dan kotak. Sticker dah dipasang.
RM35.05
Set ni memang cantik. Binaan dia nampak compact. Aku sendiri belum pernah cuba buat. Salah satu set yang aku sendiri suka.

Proses ordernya mudah. Korang bagitau aku korang nak set mana dengan cara komen kat blog, sms atau whatsapp kat nombor aku atau Rai (012-6894617/012-6894317). Bila nilai terkumpul dah hampir RM500, aku akan mintak provider buatkan invoice. Invoice tu aku akan emailkan kat korang bersertakan jumlah bahagian masing-masing. Lepas korang bank-in kat aku jumlah yang korang perlu bayar. Aku proceed dengan order. Tunggu lego korang sampai. Aku pos kat korang atau korang datang pick-up sendiri. Senang?

Bila set sampai, disarankan supaya cuci/sterilize dahulu. Sebab si kecil yang banyak gunakan, plus kita tak tahu apa yang dah dilalui oleh lego tersebut. Untuk kami, even beli barang dari Toy's R Us (which barangnya masih dalam kotak pun), kami akan cuci/sterilize dahulu. Just langkah-langkah keselamatan anak-anak. Kalau nak suruh aku tolong sterilizekan pun boleh (bagitahu aku bila barang sampai), tapi paling baik kalau korang buat sendiri kat rumah.

Sekali lagi aku nak ingatkan, aku cuma menolong komuniti. Sabda nabi "sesungguhnya manusia yang lebih baik itu adalah manusia yang paling banyak membawa kebaikan pada orang lain". Aku bukak pre-order ni sebab ada banyak feedback yang cakap pasal berminat dengan lego tapi harganya mahal dan tak berbaloi beli bila partsnya hilang. Since ada peluang macam ni, aku bukak hanya untuk korang.

Lagi list seterusnya akan dipamerkan esok.

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com