Khamis

Lego movie @ TGV Bukit Tinggi

Assalamualaikum

Semalam dengan bersemangatnya, shujin booking tiket tengok LEGO MOVIE yang baru keluar awal bulan aritu. Tengok trailer macam best. So anak-anak pun tak sabar nak tengok.

Since aku kerja semalam, booking tiket pukul 9:25 malam. Balik rumah, aku mandi jap. Keluar makan dan terus gerak untuk gi ke Aeon Bukit Tinggi.

Antara persiapan yang wajib ada adalah jacket untuk bebudak dan selimut untuk Aisy. Aku beli gegula je. Hehehe..
Bergaya sebelum masuk.. Tengok gaya bebudak berdua ni.. Si abang dengan tangan masuk poket. Damia siap angkat kaki sebelah. Hahaha

teka kepala sapa?

Dah habis cerita baru posing pulak sebab masa nak masuk tu ramai sangat orang.. 

Komen aku pasal Lego Movie ni adalah memang sangat sangat menarik. Kelakar. Kalau nak berjinak dengan Lego sangat sangat bagus untuk tengok cerita ni. Message yang cuba disampaikan mungkin tak terus nampak, tapi diakhir cerita insya allah boleh dapat kesimpulan. Mungkin aku dah biasa dengan shujin dan anak-anak yang suka main Lego, so sedikit sebanyak aku ada idea pasal Lego ni. Tapi bagi yang baru dengan Lego pun jangan risau. Still boleh enjoy cerita ni. Banyak ilmu pasal Lego yang disampaikan secara tak langsung melalui movie ni. 

Kami semua termasuk Aisy sangat enjoy tengok cerita ni. Semua behave sepanjang cerita. Cuma biasa lah budak budak. Bila orang gelak dan dia tak paham dialog tu, diorang akan tanya, dia cakap apa tu ayah.. Dia cakap apa tu ibu..? Aisy pulak berjaya bertahan sampai 1/4 cerita sebelum tertidur lena sampai habis movie. Hahaha.. Aisy memang suka dengan Lego, so dia pun sampai kaku tak berkelip tengok dari start sampai tertidur tu. Hehehe..

Aku rasa puas hati sangat dan mengira yang outing kali ni sangat berjaya, despite of diorang buat perangai masa waktu makan dan dalam kereta masa dah nak sampai ke Aeon tu..

Aqil sangat happy dan bangun pagi ni pun mintak ayah download video pasal Lego Movie.
Damia pulak suka karakter pakcik tua yang jadi hantu tu. Tapi pagi ni dia kata dia takut ngan hantu pulak. Hahaha

So bagi parents yang ada plan nak kenalkan anak dengan Lego, boleh la tengok cerita Lego Movie ni. Insya allah korang akan puas hati.

Untuk review secara teknikalnya aku serahkan pada yang pakar >>> Encik Shujin.

Ada sapa sapa dah tengok atau plan nak tengok Lego Movie ni?

Daa


22 comments:

Aziela berkata... [Reply]

Sebenarnya kan...akak tak tau pun ada movie pasal Lego. Menarik yer Rai?

Unknown berkata... [Reply]

@Aziela, pada saya memang sangat sangat menarik kak.. kelakar pun ada.. sesuai untuk tontonan kanak kanak juga..

ayunidati berkata... [Reply]

MESTI ANAK SAY SUKA NI

Unknown berkata... [Reply]

saya pun dah tengok rai minggu lepas hari sabtu malam... memang best... saya bagi EMPAT BINTANG....!! :D

QasehnyaRania berkata... [Reply]

peminat lego tak boleh lepaskan peluang ni kan, kalau saya pergi tengok.. mmm, no komen la.. ada budak budak boleh menarik minat merka dgn lego kan

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai,, wahh bestnya dapat tengok movie lego ni. nak tengok gak.. hehehe

lieyalatif berkata... [Reply]

tu le rai...lieya pun dah berkira2 nak booking tuk tgk cite nieh....bace review rai ni pun dah buat rase mcm best jek nak gi bawak budak2 ni tgk...kalo gitu leh la pi weekend nieh....lg pun bawak budak2 ni terhad kan nak tgk cite...kalo ade cite yg sesuai camni kire boleh la bawak.....

lieya pun same kalo pi tgk wayang mmg siap2 bawak baju sejuk tebal hheeheheh...tak tahan sejuk dlm panggung tuh...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

amboi sempat juga usung anak2 g tgk movie ye rai !

Unknown berkata... [Reply]

gigihnya usung anak2 pegi..!

Irfa berkata... [Reply]

wah cam best
boleh lah tgk nnt

NM03 berkata... [Reply]

kita tgk preview ari tu cam best jek... kalu bawak quasar kompem dia tak tgk punyer... dia bukan antu tv.. hehehe

PetakBunga berkata... [Reply]

memang bagus lego ni nak asah skill motor anak2, tapi tgh Rai reveiw harga lego hari tu macam mahal jugak.. kalau nak start begining ada murah lagi ke? blog biasa tu je okey ke?

Dr K berkata... [Reply]

wife saya dah bagi hint, suruh bawak anak anak tgk movie ni..sebab last week kami dating berdua tgk robocop :P

emarieys berkata... [Reply]

owh, ada movie lego ke? inilah masalahnya kalau tak ambil peduli pasal movie kat wayang ni..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Betul kan kakak kata, Rai sekeluarga pasti suka sebab dah saban hari melihat lego depan mata ini dpt tengok movienya mestilah happy..

t.a.t.a berkata... [Reply]

@Aziela
Kak, sekapal dengan saya.

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai..hari tu dah plan nak tengok tiba2 x jadi pula...kalau ikutkan cerita lego ni mmg bestkan...:)

Izan Ishak berkata... [Reply]

macam menarik je bila baca review rai pasal lego movie ni. lagipun memang dah lama sangat tak bawak anak2 pi tengok wayang...

aizamia3 berkata... [Reply]

dah lama tak amik tau movie apa yang ada kat pawagam dan ini kali pertama tau pasal movie pasal lego.. ;)

wakgelas berkata... [Reply]

nntila tungu wak donload je muvie lego niih.,ihHKkks

msredcheesecake berkata... [Reply]

bape bintang nk bagi ni?

Unknown berkata... [Reply]

@Petak Bunga
Saya akan buat entry pasal ni.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com