Jumaat

Resepi bingka labu pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Setiap hari Jumaat, Aqil bawak bekal ke sekolah. So, malam tadi aku pun sediakan makanan untuk dia bawak. Kali ni, aku buat bingka labu dengan pemanggang ajaib memandangkan oven pun tak sihat sihat lagi.


Resepinya aku ambik dari blog Yatiememories. Tapi sayangnya, hidung aku tersumbat, so tak terbau kewangian labu dan santan yang menerawang ke serata rumah. Shujin dan anak anak kata wangi dan sangat sedap. Lembut pulak tu. Cuma aku tak jumpa bijan, so takde la bebiji best tu atas dia. Huhu.. Benda bila kita cari memang tak jumpa kann.. Grr

Resepi bingka labu dengan pemanggang ajaib
Bahan bahan
2 biji telur
2 cawan santan (aku guna santan dalam tiub dan tambah air)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat (susu cair takde dalam stok, so setengah cawan susu pekat aku campur cawan air je bagi cukup 1 cawan)
1/2 cawan gula pasir (aku masuk 1/4 cawan je, susu pekat manis pun da manis, so tanak terlalu manis)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla (aku tersilap baca resepi, aku letak setengah sudu je.. haha)
2 sudu besar butter/minyak sapi (aku guna butter)
2 cawan tepung gandum
2 cawan labu direbus dan dilecek (aku guna 1/2 biji labu sedang)
Sedikit bijan (tak ada T_T)

Cara membuatnya
Campur semua bahan kecuali labu lenyek kat dalam blender dan blend sampai sebati. Tapiskan ke dalam labu lenyek. Kacau sekata.

Nak blend sekali dengan labu pun tak apa. Tapi aku ikut macam Yatie tak blend sebab suka tengok urat urat labu tu masa makan.

Dah sebati, tuang dalam pemanggang ajaib. Tutup dan masak dengan api kecil selama lebih kurang 20 minit. Cucuk dengan lidi untuk make sure dah masak. Tunggu sejuk baru potong.

Siapa kata takde oven tak boleh membaking kan.. Hahaha..

Daa

26 comments:

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Bingka...kalau da nama bingka...mmg peberet sangat2...!

X penah try lagi bakar bingka dalam nih...slalu dlm oben jek...nnti bole try la cmni...

QasehnyaRania berkata... [Reply]

dah lama kot tak makan
saya juga yg tak try try lagi baking guna pemanggang ajaib
thanks kak share :)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak buat bingka labu pun selalu tak letak bijan bukan tak ada tapi tak terfikir pun. Kalau bingka pandan tu biasalah...

Aziela berkata... [Reply]

Senang jer yer Rai. Tapi kenapalah akak asyik terbaking2 jugak ekkk. Trauma agaknya.

t.a.t.a berkata... [Reply]

Hari jumaat aje ke bawak bekal?

Unknown berkata... [Reply]

@asyifa mustaffa, try la.. mmg senang sangat sangat.. hahaha

Unknown berkata... [Reply]

@QasehnyaRania, akak pun sebab dah lama tak makan tu la yg mencuba tu..

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, saya pun memang tak pernah terletak bijan..asyik lupa je..hehe

Unknown berkata... [Reply]

@Aziela, kuih tradisi tak sesusah kek bagai..campur je..mmg peberet kuih ni..

Unknown berkata... [Reply]

@t.a.t.a, haah.. jumaat je..hari lain cikgu bekalkan makanan..jumaat supaya budak belajar kongsi+sedekah katanya..

Mar Mansor berkata... [Reply]

sedapnye bingka labu..rajin betul la masak dia ni..

Nieda Ramly berkata... [Reply]

macam best jer

Nieda Ramly berkata... [Reply]

macam best jer

adianiez AIDA berkata... [Reply]

aida buat jugak dlm piuk ajaib but letak bekas kek. not directly kat piuk ajaib tu. sebab nanti leper sgt kek aida. piuk tu lebih lebar :-)

munna berkata... [Reply]

Tak pernah lagi bakar kek / kuih dgn pelanggannya ajaib.... Selalu panggang ikan / daging je

MAY berkata... [Reply]

KNE TRY NI NNT

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Banyak kegunaan pemanggang ajaib ini.

Mimie berkata... [Reply]

Pemanggang ajaib nih suke boleh masak kan..

Irfa berkata... [Reply]

terbaek

Izan Ishak berkata... [Reply]

kak izan n anak2 pun suka bingka labu ni tau. masa pestime buat mmg harum satu rumah ni.

*dah terasa2 pulak dah tekak ni mkn bingka lagi...

CIK TOM berkata... [Reply]

xpernah makan bingka labu..tgk cam best...

cik tom mmg tgh survey pemanggang ajaib utk hadiahkan kat mak..blh masukkan resepi dlm list try bila dah beli..hhee

CIK AMSAL berkata... [Reply]

nak tanya.memang x perlu masukkan tepung ke?

Unknown berkata... [Reply]

@CIK AMSAL, ya allah..sori sangat.. rupanya dah salah bagi resepi.. tepung kena letak.. 2 cawan tepung.. nanti saya edit balik ya.. terima kasih..

Unknown berkata... [Reply]

Terina kasih,mintak share yer..

Unknown berkata... [Reply]

Mintak share yer..nak kene cuba buat ni.. :)

Aini berkata... [Reply]

ok..try buat selalu...tq utk resepi..kita nantikan hasil dari saya pula...hehehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com