Khamis

Penapis air paling murah

Assalamualaikum

Aku selalu mendapat soalan begini dari orang tentang penapis air.

Penapis air apa paling murah tapi bagus?

Maaf cakap ya. Kebanyakan orang kita selalu tanya soalan begini. Tapi kalau dengan bangsa satu lagi. Aku ditanya soalan yang agak berlainan..

Penapis air apa paling bagus?

Sedangkan.. Pada pendapat aku.. Ramai yang bukan tak mampu. Tapi wang dilaburkan pada perkara yang pada aku kurang perlu.

Contohnya.. Henpon mau lawa. Mau yang paling bagus teknologinya. Yang paling baru. 

Tapi dalam bab berkaitan dengan kesihatan.. Jawapannya..

Tak mampu lah nak pakai yang mahal..

Ala.. Kalau ada yang murah yang boleh tapis air. Kenapa nak beli yang mahal mahal.

Hakikatnya.. You get what you paid.

Murah kualitinya pun cap jalan pasar lah.

Walau pun dalam bab penapis air ni, aku tak nafikan yang banyak product yang mahal tapi performancenya tak setara mana pun. Tak effective untuk eliminate contaminants pun. So, pada aku.. Kenapa nak spend even seribu pun untuk penapis air yang tak serve the purpose? Baik ada dari tak ada? Kalau macam tu beli je lah penapis air takde cap yang jual kat jalan pasar. Maaf cakap, penapis air yang jual ribu ribu, ada yang performancenya tak lebih dari yang dijual dengan harga tak sampai RM500 tu.. Malu lah pulak nak beli yang tak ada jenama.

Entah ya..

Kenapa kesihatan bukan priority? Kenapa penampilan yang jadi priority?

Kalau kita sakit.. Kalau anak sakit.. Apa guna ada sport car pun. Apa guna ada henpon mahal pun..

Don't take your health for granted.

Still.. Kita hidup dengan pilihan. Duit masing masing, terpulanglah nak spend macam mana.. Cuma aku agak tertanya tanya.. Kenapa? 

Daa

8 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Betul Rai. Setuju dgn entri ni. benda penting, diketepikan. Tapi blm kua Iphone 6, dah siap2 menabung. Apakah?

lieyalatif berkata... [Reply]

setuju sgt2 dgn tulisan rai...lieya sokong 150% hah....

kalo bab2 kesihatan yg laa berkira sgt kan...baik lagi mencegah dari merawat...bil mencegah lagi rendah dari bil merawat...tepuk dada tanya selera.....jgn sampai buta hati untuk menilaikan.....

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Semua terpulang pada diri masing-masing membuat penilaian. Tepuk dada tanya hati mana yg dikehendaki. Baik-buruk tanggung sendiri..

nita berkata... [Reply]

sayapun memang setuju sangat dengan Rai..
kalau mampu memang bab kesihatanlah paling saya utamakan..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

betul tu. aku baru beli satu penapis air, bayar bulan2 rm130. sebab pertama aku beli, ada sijil halal. sebab kedua, `si dia' kata penapis ni ada spesifikasi yang sama macam dalam makmal...

apa ada hal...

JunAina berkata... [Reply]

Ramai yang begitu Rai sebab depa belum rasa sakit esok2 dah sakit menyesal pulak.

Mimie berkata... [Reply]

Betul...org skrg nih nak beli penapis nk yg murah je..

Cik Rose berkata... [Reply]

harga dan kualiti perlu seiring ..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com