Selasa

Kedai repair PC, laptop, tablet dan PSP murah

Assalamualaikum

Seperti yang kujanjikan.. Memperkenalkan kedai repair pelbagai gadget seperti PC, laptop, tablet dan PSP murah di Summit USJ. 


Letaknya di tingkat atas sekali. Kalau naik kat escalator tepi Subway tu sampai atas sekali. Pusing ke kiri jalan sikit. Kedainya sebelah kiri. Kedainya agak teratur. Katanya baru 3 bulan beroperasi. Mula mula shujin tanya laptop je. Bila bagi kat dia. Terus dia belek dan bukak untuk check bahagian yang rosak. Memang nampak meyakinkan gila lah. Walau pun aku ada sikit risau yang dia dah bukak tu dia tak reti pasang. Hahaha.. Kongajokan aku ni.. 

Laptop tu monitornya ada masalah. Tanya kedai lain, nak tukar tu dalam 5-6 ratus. Bila dia bukak dan test, katanya grafik card punya cip rosak. So, boleh tukar baru atau nak suh dia repair je. Kalau repair je takde warranty. Kalau tukar baru pun warranty dua bulan je. Tak tau akan rosak bila pulak lepas tu. Laptop tu adik ipar aku punya. Cap HP. Memang terkenal dengan masalah monitor nya. Dah penah rosak sekali masa dalam warranty. Dah habis warranty rosak lagi. Lama diabaikan. Lastnya kami cuba bawak pergi repair..Tukar graphic card tak silap. Harga dia bagi murah berbanding kedai lain yang kami tanya.
Sambil shujin tunggu dia test tu, aku pun ambik ambik gambar dan tengok keliling kedai untuk buat entry blog. wakaka. Ingatkan baiki PC dengan laptop je. Rupanya smart phone dan gadget lain pun boleh! So habis semua PSP dengan tablet pun shujin keluarkan. Tablet tu bateri da rosak. Kena tukar baru. Harganya cuma RM250. Kami tak tanya lagi kedai lain. Tapi rasanya murah dah tu. 

PSP pulak button analog da rosak. Katanya wire ribbon dalam tu rosak. Beli barang gantinya RM100. Yang ni agak mahal kalau compare dengan kedai lain. So, shujin skip je. Lagi pun tak urgent pun nak betulkan PSP tu.
Inilah yang jaga tu. Agak fasih berbahasa melayu. Nama kat name card Garry. Tapi katanya nama Islamnya Shah. Wife dia orang Sabah.
Aku paksa bebudak ni berposing sambil menunggu depan kedai. Hahaha.. Nasib korang la anak anak.. Dapat mak gila berblogging.

Sangat recommended kedai ni. Servisnya pantas. Untuk laptop tu tunggu grafik card nak kena order je. Dua hari katanya.. Tablet kitorang dah ambik petang semalam.

Honestly, mula mula aku agak risau. Takut jadi kes macam yang dilaporkan kat blog Mazidul tu. Tapi alhamdulillah setakat ni okay je.

Daa


15 comments:

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Mmg susah skrng nak jumpa kedai repair gini yg murah...kadang bila tnya...mahal je manjang...rasa mcm nak beli yg baru pun ada...huhuhu...

Aziela berkata... [Reply]

Sesiapa yang nak repair, kena pergi cecepat. Nanti dah ramai orang pergi, dah banyak tangan, tak dapat dengan si Shah ni lagi...

Unknown berkata... [Reply]

wahh murah eh.. kalo dah tau kat mana murah sng la..pegi situ jer..x cari tmpt lain dah kan.. ;)

Irfa berkata... [Reply]

baru nak ckp pasal kes kat blog mazidul..kesian kan

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

ssah nk jmpa kedai repair yang murah...biasanya sgt mahal...dan rasanya, lg berbaloi beli bru...thanks akk for the share...

pss...haah pou....

Chekgu Azrine berkata... [Reply]

Selalu akk hnta kt low yat jep..
Pun murah jgk sis..
Pnh cuba x gi situ?

Unknown berkata... [Reply]

@Chekgu Azrine, saya tak berapa sangat ke low yat tu kak.. selain dari jauh.. kami rasa takde lah murah sangat harganya.. tapi dah lama tak pegi..so tatau la rate sekarang..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau dekat sana bolehlah Rai. Macam kakak ni tak berbaloi kalau nak ke sana jauh..

Unknown berkata... [Reply]

tak pernah g lg summit..nnt nak g jugalah

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Rai, lappy Nizam pun ada mslh monitor. Sekali lagi. brand HP. Homaiii! Dah lama terbengkalai kat umah. Tak anta repair ke mana-mana sbb dah tau ongkosnya tinggi mcm mane. Tapi memandangkan Rai dah sajes tmpt ni, dkt jugaklah dgn umah...maka, let's go baby! Heheheh~

QasehnyaRania berkata... [Reply]

bgus ni. thanks kak share

pak cik nik berkata... [Reply]

klu lp hp monitor display gmbrnya kurg jelas dn ghrpic kad dah tukar apalg yg rosak?dn klu tukar lcd baru mmg ok ke?

zack berkata... [Reply]

Kt mne ni??..boleh bgitau tempat x?

Unknown berkata... [Reply]

Kedai ni masih beroperasi x?

Unknown berkata... [Reply]

nak Tanya bisa kalau labtop kita ni WiFi dia tak blh on blh riper ke

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com