Ini set LEGO pertama Aqil. Set 5933-1, LEGO Creator Basic Set, Airport. Dapat masa harijadi ke-3 dia. Ada 310 pieces, didatangkan dengan 2 minifig. Satu pilot dan satu mechanic. Itu lah kali pertama kami kenalkan dia dengan LEGO. Masa beli tu harganya RM69.90, sekarang kat kedai di Malaysia berharga RM139.90 dengan kadaran yang sangat rendah untuk jumpa. Kalau beli secara online, harganya sekarang RM56.10.
RM69.90 untuk mainan yang membina mentaliti anak memanglah tak mahal, KALAU TAK HILANG, betul tak? Setelah kutip-kutip balik, inilah rupa set tadi setelah dua tahun. Huhuhu..
Ada setengah lagi dari apa yang ada dalam gambar, dipasang kat benda lain dan tuan binaan tak bagi cabut. Bila kira balik, ada dalam lebih kurang 220+ pieces lagi. Jadi secara asasnya, kami pun menghadapi masalah "pieces lego hilang" yang lebih kurang sama.
Tujuh cara yang kami buat :
(1) BAGI DIORANG RASA MENGHARGAI BARANG SENDIRI. Tak mudah nak dapatkan benda tu. Untuk anak-anak kami dapatkan apa yang diorang nak, kami biasanya kenakan beberapa syarat. Pertama, anak-anak boleh mintak apa saja yang diorang nak. Selagi diorang boleh datang dengan sebab yang kukuh, kitorang akan belikan tapi, bukan right at that moment. Sebab sejenis "best", "kawan pun ada", kami tak layan. Syarat kedua, mesti ada usaha untuk dapatkan apa yang diorang nak. Pada umur diorang, biasanya kami suruh diorang buatkan kerja mengemas, siapkan buku latihan dan kerja amal. Kami buatkan jadual apa yang diorang perlu buat mengikut harga barang yang diorang nak. Bagi satu stamp atau sticker bila dah puas hati dengan hasil. Bila dah siap lengkap jadual, baru pergi belikan. Kadang-kadang diorang boring menunggu/siapkan kerja yang kita tetapkan, aku bawak je pergi kedai yang ada jual barang tu untuk bakar diorang. Tapi aku memang takkan beli. Damia biasanya nangis kat kedai, tapi aku buat derk je tak belikan. Aqil biasanya balik dan sambung buat kerja dia bersungguh-sungguh. Dengan cara tu, diorang tak boleh "nak dua benda dalam satu masa". Barang yang dimintak, wajib kena belikan. Tak boleh kalau tak belikan. Jadi, kena tekun supervice diorang dalam menghabiskan kerja yang ditetapkan. Jangan tolong diorang pulak sebab kita nak bunuh dua burung dengan satu batu.
(2) BERMAIN DALAM SATU RUANGAN KHAS. Dulu, kitorang sentiasa buat aktiviti dengan anak-anak kat atas mat/tikar. Ini bukan sahaja untuk main lego, mengecat, main warna air, melukis, buat origami, main dooh dan banyak lagi. Barang-barang aktiviti tak boleh sama sekali keluar dari ruangan mat. Ini untuk tanda kawasan diorang. Selain tu, kalau-kalau terjadi keadaan berebut barang, senang nak leraikan. Sekarang pun sama, cuma kaedahnya lain sikit.
(3) SEDIAKAN MASA KHAS UNTUK BERAKTIVITI. Untuk permainan macam lego, ibu bapa tak boleh expect anak anak main sendiri. Kena luangkan masa bermain dengan diorang. Sentiasa ada dengan anak dari awal sampai akhir masa bermain. Tumpu sepenuhnya kat anak. Jangan pegang telefon atau benda-benda lain yang boleh alih perhatian kita. Aku selalu ingat kata-kata ni, "Bagi ibubapa, diorang ada banyak anak tapi, bagi anak, diorang cuma ada satu ibu dan satu ayah". Itu masa diorang bermain, mainlah dengan diorang sampai diorang puas hati sebelum masa bermain tamat.
(4) KREATIVITI. Encourage mereka untuk membuat ciptaan menarik. Jangan ikut manual semata mata nanti anak-anak pun boring main. Biasanya budak akan ikut manual sekali je. Kali kedua ikut manual? Diorang dah taknak buat. Orang dewasa pun sama je. Buat masa sekarang, limit Aqil, 3 kali ikut manual, takkan ada kali keempat. Damia 1/2 manual je dia ikut, lepastu dia pomen sendiri. Apa nak expect, dia 3 tahun kan? Bila dah boring, dia pun biarkan lego tu bersepah, tak peduli lego tu hilang ke, apa ke.. Improvice, sentiasa came up with "there are something more can be done/achieve".
(5) KENAL. Kenalkan diorang dengan satu atau dua bentuk baru. Tunjukkan apa yang boleh dilakukan dengan bentuk tu dan apa yang hebat jika guna bentuk tu. Anak-anak direka dengan sifat "terima apa sahaja yang ibubapa dia cakap". Jadi aku guna sifat tu. Bagitau dia yang "kalaulah boleh buat macam tu, mesti lagi hebat", dia akan berfikir lebih baik. Next time dia akan hati-hati menjaga supaya tak hilang supaya dia boleh buat dengan lebih baik. Salah satu cara yang kami gunakan untuk keep inventory.
(6) KEMAS. Bila siap bermain, suruh diorang yang kemaskan. Jangan masukkan semuanya dalam satu kotak, sebaliknya gunakan bekas yang menyimpan lego mengikut ketegori atau warna. Satu tips dari aku, LEGO cadangkan susun ikut warna tapi aku rasa itu cuma sesuai untuk SET yang baru keluar dari kotak. Untuk simpanan, susun ikut jenis lebih mudah untuk dirujuk.
(7) KEEP IN MIND. Walau macam mana kita cuba pun, hampir mustahil nak jaga supaya tak hilang. Tapi, make sure anak anak tahu kesan dan akibat kalau lego pieces hilang. Dalam masa yang sama, bantu mereka untuk cari bahagian yang hilang. Jangan kita je yang sibuk cari tapi diorang tunggu je. Ada sekali Aqil menangis, muka risau selama dua hari sambil tak putus-putus mencari Technic Arrow dia hilang sebatang. Hari ketiga baru aku punggah, pastu kemaskan satu bilik, baru jumpa.
Kata-kata akhir, lego bukanlah sejenis permainan yang boleh kita beli dan biarkan saja anak bermain tanpa ibuayah ada sekali. Bila fikir balik, biasanya apa-apa mainan pun macam tu. Cumanya lego perlu lebih sikit perhatian. Still, bagi aku ia sangat baik. Masa anak sedang membesar, itulah masa untuk kita dan dia. Bila dia dah besar.. diorang dah ada jalan diorang sendiri.. Masa tu, kalau kita nak pun, kita dah susah untuk main dengan diorang lagi... heh'.. fikirlah sendiri..
8 comments:
Thanx for the tips! Anak saya duk mintak lego tapi bila mengenangkan mahal dan ada potensi untuk hilang, saya jadi ralat. Biarlah dia besar sikit lagi. Bolehlah guna tips2 tersebut. Thanx again!
Jemput la ke blog saya :)
tip keibubapaan yg sgt menarik bagi aku.tahniah rai..
nice tips akk...bab ilang pieces nie sntiasa berlaku....
ps....header akk tu, lego yang akk bina sndiri erk?chantek...
Wuu..byknya lego...klu sya..mesti dah ilang satu2..huhu..mmg x reti nk menyimpan ni..
Fikir banyak kali kalau nak belikan mainan yang mahal dan kecil² macam ni. Hilang satu, buat rugi aje.
Anak3 sy xde lego lagi
Nak beli lego online kat mane ye?
betul..tak guna ada mainan banyak, tapi mak ayah tak bermain sama dengan anak..nampak remeh, tapi kesannya hebat..
Catat Ulasan