Jumaat

Mengapa homemade yogurt

Assalamualaikum

Agak beberapa lama tak update pasal penternakan yogurt. Sekarang aku agak aktif buat yogurt memandangkan Aisy da tinggal beberapa hari lagi masuk 8 bulan. 


So, sebagai salah satu kaedah nak memperkuatkan sistem pertahanan badan dia. Aku da start kenalkan yogurt. Alhamdulillah anak anak dan Aisy juga sangat suka yogurt. Aku bagi plain yogurt la.

Aku rasa maybe sebab dibandingkan dengan yogurt yang dijual kat pasaran, yogurt yang aku buat kat rumah ni tak berapa masam. Bau dan rasa memang sangat sangat lemak. Especially bila guna fresh milk. Tapi, jujurnya takde lah all the time aku buat guna fresh milk. Satu hari kami boleh habiskan 800ml-1liter yogurt. So agak lari bajet kalau buat guna fresh milk hari hari kan. Hehehe. Aku buat guna susu tepung full cream fernleaf. Rasanya agak kurang lemak berbanding fresh milk. Tapi still sangat sedap.
 
Comot makan yogurt

Aku memang bukan penggemar susu. Bau dan rasa memang out. Tapi dengan yogurt memang aku ok sangat sangat. Buatnya tak susah. Khasiatnya pun lebih lagi. So why not? Lebih lebih lagi yogurt yang dibuat sendiri ni dah takde bahan pengawet dan gula. Sebab biasanya aku makan plain yogurt. Kalau nak sedap sikit, boleh makan dengan jem, buah buahan segar, buah buah kering, kekacang, oat, granola dan macam macam lagi. Stok granola dah habis kat rumah sebab diorang makan macam makan nasik. Haishh..

So, nak kena restock selalu lah kekacang dan oat. Anak-anak memang hantu oats. Kalau buat granola lagi la. Eh lapo pulak cerita makan je. Hehehe..

Rujukan :
Cara buat yogurt langkah demi langkah
Yogurt perisa creamy milky strawberry
Homemade granola aku

Bagi yang ada masalah penghadaman, gastrik, susah nak buang air dan sebagainya. Maybe boleh cuba amalkan yogurt ni. Memang terbaik.

Daa

11 comments:

Ujie Othman berkata... [Reply]

kalau ada anak2, mmg lebih baik buat sbb jimat. bdk kan mkn beria..mana cukup setakat beli sikit.

dapat pulak ibu mcm rai..yg rajiiiin amat.

Unknown berkata... [Reply]

nyummmy!!! nanti try buat yogurt pulak.. dan paksa en.ayah makan akakakaka ;p

Mimie berkata... [Reply]

sedapnye yogurttt

Zul fattah berkata... [Reply]

saya x boleh makan yogurt.. x tahu sbab apa, try je pasti muntah.. susu ok plak.. mcam mana ni kak?

Prettywrite berkata... [Reply]

Yogurt memey all time fevret la.. :)

Ati Masrif berkata... [Reply]

assalamualaikum,

wah..rupanya yogurt boleh buat sendiri ye..

baru tahu...hehe

syahmi pun suka sgt yogurt n kami sefmly
mmg guna susu fernleaf...boleh nak cuba nih...
tak sabar..TQ rai :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tapi homemade mmg yg terbaiklah rai!

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Semestinya homemade yg terbaik...dijamin suci..halal dan bersih kan...lagi2 nak bg anak mkn...nak tgk resepinya jap...:-)

Nieda Ramly berkata... [Reply]

boleh berjimat jika ada homemade yougart di rmh.pasti kuantiti pun byk

Dr K berkata... [Reply]

Homemade foods, is always the best !

Nanti tgk ada tak staff Yakult ka, Vitagen ka, Nestle ka contact awak..ekekekekek

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Granola mmg rietta xbuat, xde oven....tpi yogurt mmg rietta ikut resipi akk...cuma jrg jrg larr...bila akak ckap probiotik membantu imunisasi...bru la rietta amalkan kerap skit....tpi guna fresh milk dlm kotak...xguna plak susu tepung....klu susu tepung instant macam dutchlady tu bleh ke akk?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com