Khamis

Asas bahasa Jepun

Assalamualaikum

Entry pelajaran asas bahasa jepun bagi menjawab soalan daripada Daddy Ziyyad dalam entry masa birthday shujin.

Jujurnya aku tak ada pengalaman mengajar bahasa Jepun secara formal. Just buat kelas basic untuk kenalan terdekat je. Tapi, insya allah aku cuba bagi sedikit sebanyak panduan bagi sesiapa yang berminat nak belajar bahasa Jepun.

Asasnya mana mana bahasa pun yang kita kena belajar adalah menulis, membaca dan bercakap+mendengar. Dalam kategori menulis dan membaca tu jugak kena tahu tatabahasa. Dalam peringkat beginner, wajib kena tahu tulisan katakana, hiragana dan at least 500 kanji. 

Secara peringkatnya kena tahu tulis dan baca katakana dan hiragana. Kemudian belajar simple greeting dan membina ayat asas dalam bahasa Jepun. Along the way, akan gain lebih banyak vocabulary dan belajar kanji. Sebelum aku pergi sambung belajar, aku belajar secara intensif bahasa Jepun. So, setiap kelas kena hafal 13-15 jenis kanji. Tahu tulis, baca dan makna. Setiap kanji ada makna tersendiri, dan cara bacanya berbeza bila digabungkan dengan kanji lain. Pada aku, part tu yang agak sukar dalam pembelajaran bahasa Jepun.

Antara yang lebih sukar lagi adalah belajar grammar. Grammar asas bahasa Jepun sebenarnya agak fleksibel, tapi awal-awal belajar akan mudah rasa keliru. So, kalau faham macam mana struktur ayat asas bahasa Jepun, lepas tu lebih mudah nak buat ayat.

Bila dah lepas peringkat asas, peringkat pertengahan dah jadi lebih mudah. Tapi yang memang sangat susah dan kadang kadang orang Jepun sendiri keliru adalah peringkat advance. Lebih banyak kanji yang perlu diingat. Lebih susah grammar yang digunakan. Dan pada peringkat advance juga, akan belajar cara cakap menggunakan tahap bahasa paling tinggi. Serius sampai sekarang aku masih merangkak bab ni.

Aku tak pernah check apa yang Language school ajar, tapi sebaiknya, da lepas ambik satu set course bahasa. Test ability sendiri dengan tengok cerita mudah macam studio Ghibli punya cerita tu. majou no takkyuubin (Kiki's delivery service) contohnya. Cerita tu antara tontonan terawal aku. Kalau rasa da ok. Ambik la Japanese Language Proficiency Test Level 4. 

Kalau pass. Maksudnya da boleh travel pi Jepun dah tu.

Next time aku story pada Japanese Language Proficiency Test (JLPT atau 日本語能力試験)

Harap membantu. Kalau ada apa apa persoalan, tanya je kat komen. Next entry pasal bahasa jepun aku try jawab.

Daa

11 comments:

Irfa berkata... [Reply]

satu kanji aku tahu
*tepung kanji
hahaha
jangan marah nnt kena jual

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

wah bestnye...rietta cuma tahu bahasa mealyu ngan bahasa inggeris jerr...

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

liya lagi le tk tahu pasal bahasa jepun nie.... :)

matahati-aishahazhar berkata... [Reply]

akak pernah masuk kelas bahasa jepun selama 3 bulan pihak syarikat anjurkan... lulus gred c je.. hehehe.. tu pun on/off masuk kelas.. tapi klu rajin mmg cepat kot.. ni banyak main dari blajar.. akaklah tu..

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...seronoknya kalau tahu bahasa lain selain bahasa melayu...:)

Kamsiah yusoff berkata... [Reply]

hait..hait...:)

Unknown berkata... [Reply]

nak belajar jugak..wink..wink..hahahahaha..

Ujie Othman berkata... [Reply]

Wa tashi ujie..betul tak?

Saya bljr bhs arab 5thn pun dah hilang...kalau bhs jepun lagi lah..

nita berkata... [Reply]

saya pernah ada hati nak belajar bahasa jepun dulu2..

saya kagumlah dengan orang yg pandai byk bahasa ni.. ^_^

Mulan berkata... [Reply]

encik suami ada kat jepun tinggal kita huwaaaaa...

sitiezahim berkata... [Reply]

rasanya bahasa jepun lebih mudah diikut dr bahasa korea.. dah dkt 4 thn layan korea tp susah tul nak hapal basic2 words dia hehehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com