Assalamualaikum
Malaysia adalah syurga peniaga. Jual lah menatang apa sekali pun. Tak payah bukti saintifik. Cukup dengan 2-3 testimoni, berlumba lumba orang beli. Jual taik kambing gentel jadi majun sekali pun, kalau jawapannya boleh kurus, boleh putih, boleh licin, boleh lawa.. Ramai yang akan beli.
Aku baru teringat.. Dalam 2-3 bulan lepas. Hype pasal Tabita. Sana sini orang sibuk bertabita. Cantik lah licin lah gebu lah. Kemudian ada sikit sikit yang kata, kulit jadi pedih bagai. Lepas tu keluar berita mengatakan di Singapura, Tabita diharamkan sebab mengandungi mercury. Sekarang da senyap. Ada pun yang tak berapa kenal google search dan tak rajin membaca. Atau pun simply ignorant. Asal bulih kata orang.
Sekarang tentang product baru Tanaka pulak. Baru ni ada seseorang yang claim dia seorang pegawai bertugas dalam buat rampasan pada product Tanaka dari Myanmar yang tak berdaftar dengan KKM lagi. Kandungannya? Wallahualam. Biarlah rahsia. Hahaha..
Anyway.. Bila keluar kenyataan dari pegawai tersebut, panas vontot la peniaga Tanaka. Tup tup semalam keluar pulak screenshot kata product mereka dah berdaftar di KKM. Then, hari ni aku check balik status pegawai tu, dia ada bagi penerangan pasal product yang “didaftarkan” tu.
Pada aku hal macam ni bukan pasal nak tabor pasir pada periuk nasi sesiapa, atau nak tutup periuk nasi atau rampas periuk nasik orang. Eh eh..macam main pondok pondok pulak kan..Tapi, adalah penting bagi pengguna dan pembeli tau yang product Tanaka belum didaftarkan. Mereka baru hantar notifikasi pada 13 July. Ingat prosedur nak dapat kelulusan KKM senang ke? Pernah ada isu pasal satu product supplement yang aku makan, isunya adalah KKM nak check kandungan dan nak pastikan ianya dilabel dengan betul sebagai dietary supplement dan bukan ubat. Product TNA selama 2-3 bulan lamanya hanya sebab tu. Sampai terpaksa repack balik dan sebagainya. Alhamdulillah tak ada masalah. Cuma prosedur biasa, kalau bagi kerjasama prosesnya berjalan lancar.
Dan lagi pengetahuan asas.. Product luar negara, kalau nak berdaftar dengan KKM, mestilah menggunakan bahasa tempatan. English atau melayu. Yang aku selalu tengok product Tanaka yang dijual sekarang ni rata rata tulisan Myanmar. So, adakah lepas? Ya. Ianya mungkin ada kelulusan di Myanmar. Tapi mungkin lah. Kalau tak pun siapa tahu. Tanda halal pun orang tipu je. So apa kandungan product Tanaka?
Jom belajar bahasa Myanmar kalau nak tau.
Aku? Aku selalu play safe. Biarlah keluar bedak lotion cap Unta pun, Artistry tetap dihati.
Daa
13 comments:
yang pasti jangan cepat terpengaruh...
Kak tabitha dah almost a year masuk Malaysia menjadi pojaan hati wanita2..kakak saya dua orang pakai memang berkesan. Saya je malas sikit. sebab saya takde masalah kulit. Cuma kalau nak putih boleh le pakai.
Tapi tengok deiorang pakai tabitha tu. time peeling. rasa macam terseksa je. mengelupaih. Adoih tu yang saya hold dulu. dalam hati nak tapi takot. ahahahha
Err....akak agak kurang konpiden laa dgn produk2 baru cenggini... Was2 jer.
tak berani nak cuba takutt...
saya pun sama, kalau satu product tu dah elok di muka...akan terus kekal pakai walaupun lambakan product banyak sekarang ni
Assalamualaikum,
Daku utamakan produk yang selamat sahaja ;)
Saya...lotion olay je. Yg putihkn kulit secara cpt ni ngeri...dah cepat mesti ada effect lain yg kita tak nampak. Efect x elok.
Dah kita tahu amway tak mencurigakan memanglah Rai. Tapi yg hairannya macam mana senang betul nak dapat kelulusan tu? Tak takut ke nak beli?
kat ofis aku ni ada staf yg jual tanaka dan tabita...
mula2 tgk ramai staf pakai tabita, putih gebu mcm nak pulak aku join..hahaha...tapi bila dorang kata, ada proses peeling yg pedih, oh tidak lah aku weh...
terus terbantut...
takutkann...nnt nk cantik punya pasal...penyakit lain plk timbul.,,
hehe..sama la kita..mai la product ape pon..artistry jgk jadi pilihan..
dan aku menyesal smpi skrg sbb gatai nak cuba produk ;(
jerawat masih lom ilang lg,dahlah nak raya
Kawan saya ada berkawan dengan orang Myanmar ni. Katanya, tanaka tu asalnya dari kayu. kalau ikut cara tradisionalnya, katu tanaka tu akan diasah pada batu asah dan serbuk yang keluar tu akan dijadikan bedak air, pakai dekat muka. tapi sekarang ni tengoknya dah banyak tanaka yang dah siap diproses dalam bekas. rasanya kalau setakat kayu yang diasah tu maybe takde la side effect pun sebab tak ada bahan tambahan....
Catat Ulasan