Assalamualaikum
Takde idea sangat nak mengarang sebab nak masuk cerita pasal makan makan raya yang Kak Aizamia dengan Irfa datang aritu, tapi gambar tak masuk lagi pun.. Arghh.. Marah dengan diri sendiri :P
Kemudian.. Pasal Aisy Thaqif da start makan pun belum cerita lagi. His first food adalah kurma. Aku lenyek lenyek dengan tangan je. Tapi Aisy sangat eksaited makan. Kunyah macam nak telan ngan tangan aku sekali. Siap paut bagai. Selain tu sesekali aku calitkan madu manuka kat lelangit dia. So far Alhamdulillah. Najis dia lembut dan takde masalah sembelit bagai. Aku tak intro nasik or any type of grains lagi. Sebab aku nak start intro lepas dia 7-8 bulan. Selepas kurma, aku bagi pisang. Pun dia suka. Baru lepas carrot, apple dengan betik. Apple tu macam ada rasa tangy sikit sebab Aisy buat muka macam benda tu masam gila.. hahaha... So aku stop dulu. Baru try sekali. Ingat nak kena cari apple lain yang lagi manis kot. Aritu beli apple fuji rasanya. Pisang tu aku buh panaskan kejap dalam oven supaya mudah nak lenyek. Patutnya tak payah pun takpe. Saja nak try benda baru. Ngade. Yang carrot aku steam dan blender halus. Tak tapis pun. Tapi make sure takde yang beso lah.
Lepas ni nak beli pear, sweet potato (oren) dengan avocado. Lepas tu baru start barli dengan bubur nasik . Last time, tak reti pilih avocado. Beli yang tak masak. Keras kemain. Hahaha.. Orang kampong katakan. Kat kampong mana ada tanam avocado bagai kan . Hehehe.. Aisy still makan sekali je sehari. Tapi bukan banyak pun dia makan. Susu still utama. Cuma yang merisaukan. Since dia dah pandai merangkak meniti ni sibuk nak main je. Minum susu pun kurang.
Panduan ringkas
So sekarang dah tak exclusive breastfeed baby la Aisy. Hehehe. Tapi masih full. Belum ada campur lagi. Hopefully aku dapat teruskan sampai dia cukup 2 tahun.
Budak kecik tengah main hello kitty kakak.
Daa
11 comments:
JANJI DIA SIHAT,OKLAH TU
Avocado...langsung tak penah makan pun.
hari tu masa pi shopping kat giant, sy tunjuk avocado kt fndi..ckp,ni nk bg aisy mkn nnti. dia buat muka pelik sepelik peliknya dh mcm nmpk alien. 'advance' sgt avocado ni..hahahahahaha
pssttt...akak bg mkn sekali sehari tu masa bila? pagi? lunch @ mlm?
Ujie,
Saya pun tak penah makan..
Munn,
advance gak la avocado tu..sbb kami pun feeling alien..hahaha..
akak bagi siang. lunch la. lepas bagi susu sikit supaya dia tak lapar sangat dan jadi fussy.. lagi pun kalau siang, in case jadi apa apa reaction kita boleh terus bawak pegi klinik. kalau dah malam bukan tak boleh, tapi leceh la sikit..
moga dipermudahkan urusan..dpt b/feed till 2 years old...:)
avocado sy tak pernah try lg...boleh try utk ank akn dtg
tq sharing pasal babies food ni ye... sy pun dah nak kena stat gugel2 gak ... tak lama lagi dah kena stat baby baby nur adhwa makan ;)
Cutenya perbualan dia dengan kakak. Kakak pun nampak jer macam garang, tapi soft hearted yer...hehehehheheehe.
avocado klu yg masak tu munna suka buat air jus campur dgn coklat ... sedapnya...
janji dia sihat.. ;)
budak tengah melasak memang cenggitu..
Sweett jer dia tgkcamera....
Catat Ulasan