Jumaat

Sedap bergosip

Assalamualaikum

 

Kecoh kan sejak sejak ni pasal hal rumahtangga sorang retis lelaki tu. Aku bukan nak menumpang trafik sama menulis pasal isu ni, Cuma nak sama sama mengingatkan. Bulan bulan ramadhan ni, jagalah lidah jaga hati. Itu bahagian dia. Kita tak tahu bahagian kita macam mana.

 

Mungkin ada yang kata.. Ewah.. sedap la ko cakap, bukan kena kat batang hidung ko. Bukan kena kat family ko.

 

Ok. Wait.

 

Even kalau kena kat aku, atau kena kat family aku pun. Apa aku boleh buat? Nak menangis? Nak meraung? Nak maki? Nothing can changed the fact that, lelaki tu dah kahwin lagi satu.

 

Listen ladies.

 

Benda macam ni kita boleh cuba prevent, but once it happen. Biasanya nothing much you can do. Blaming and whining doesn’t make our life easier. Semua orang ada masalah. It is how you handle your problem. Susah? Memang susah. Who says life will be easy. From the time janin terbentuk, roh ditiupkan, nak keluar dari perut ibu pun kena usaha tau. Bukan ibu je usaha, bayi pun kena usaha tau.

 

Biarlah diorang uruskan rumahtangga dia. Tak payah la kita bersuara komen lebih lebih pasal rumahtangga orang kat laman social. In the end, apa yang kita mampu buat adalah mendoakan semoga segala kekusutan boleh dileraikan.

 

For me.. Everything happen for a reason. And it is good. Kalau dua dua tangan kita penuh dengan barang, macam mana nak ambil barang lain. Allah akan ambil satu nikmat dari kita sebelum dia berikan sesuatu yang lebih baik. Ya sedih. Siapa tak sedih. Tapi tak payah la komen banyak banyak. Tak baik untuk kesihatan..

 

Daa

17 comments:

Qashmere berkata... [Reply]

Sedih baca nukilan dia. Yerlah betul kata kak Rai memang dah ditakdirkan. Meraung menjerit bagai pon tidak akan berubah.

Sama dengan nasib saya. Apa yang penting. Kehidupan kena diteruskan dan Embrace apa yang kita ada. Allah tarik lain tapi dia bagi yang lain. InsyaAllah.

Segala yang terjadi baik untuk kita yang telah dirancangkan olehNya. Perit memang perit tapi we will get used to it. InsyaAllah...

Irfa berkata... [Reply]

sedih mmh sedih.benda dah jd.sbg wanita harusla aku sedih kaum aku dibuat mcm tu tp yg buat pun kaum aku juga.cuma aku pelik tgk komen yang teruk2 kat forum.siap kutuk kaw-kaw.tak rasa brsalah ke?aku yg baca pulak rasa berdosa sbb terbaca.huhu

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Entahlah Rai... memang Islam membenarkan tapi mungkin di Malaysia syarat dibuat menjadikan isu ini jadi besar. Kita pun tak tahu cerita sebenar baik diam.

Aziela berkata... [Reply]

Nukilan Dayana yang disebarkan tu, I doubt from her ownself. Mesti orang lain yang buat kan...

True...hanya dia yang tahu apa yang berlaku. I salute her though.

P/S : Susu kambing dah pernah try, tapi makin teruk. Doc kata I should avoid dairy product. Akak refer ke specialist di KPJ Seremban. So yogurt pun berpada2 juga sebab masam and akan menambah acid. Tapi akak sukaaaaa yogurt..uwaaa...!

Tanpa Nama berkata... [Reply]

betul tu , yg penting kita doakan sajalah !

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

biasalah Rai, kita kaum sejenis tetap sedih kan..apa-apapun moga mereka bahagia...

faraherda.razalan berkata... [Reply]

...maybe sbb dia tu artis. Org suka ambil kisah dan bercerita. Kontranya jadik artis ni kan?

Setuju kata-kata Rai ni. Setiap org pun ada masalah, jgnlah kita sibuk2 kan hal org.

Munn Jaafar berkata... [Reply]

hahaha..sy pun tak tertarik lgsung nk ikut bgosip psl ni kat fb @ mana2. apa yg asyraf tu buat benda halal, byk lg benda haram yg dihalalkan kat Malaysia ni yg patut digosipkan.

lagipun, BENDA DAH JADI.
bising2 kot mana pn, xkan nk suh cerai plak. dh lagi 1 aniaya org.

Unknown berkata... [Reply]

setuju sangat Rai, kita tak tahu duduk perkara sebenar, lebih baik diam kan.

Unknown berkata... [Reply]

yer..sgt setuju..lebih baik diam..jgn komen lebih2..takut jadi fitnah plak nanti..cuma berdoa je moga Allah permudahkan segala urusan diaorg..itu masalah rumahtangga diaorg..kita tak tahu apa yg berlaku di sebaliknya kecuali Allah..

yer..dia adalah artis..artis juga manusia biasa mcm kita..

kita org luar takde hak nak masuk campo..jgn sibuk hal org sedangkan hal kita sendiri terabai..nauzubillah..

Unknown berkata... [Reply]

betui2....semua ada hikmah...media xde hak mengukum depa

sal ya berkata... [Reply]

setuju. rumahtangga dorang biar dorang hndle snd la. kita jaga rumahtangga kita dah la kan. harap2 ada penyelesaian. jaga aib masing2.

azieazah berkata... [Reply]

Dugaan buat Ashraf Muslim!

JunAina berkata... [Reply]

No komen...ngeee...

Apapun moga2 mereka bertiga tabah menghadapi dugaan ini.

Unknown berkata... [Reply]

semoga dia berbahagialah hendak-Nya kan...

Unknown berkata... [Reply]

dlm berkwn lg wakjo dah terapkan minda ni ttg kahwin lebih... lama2 dah biasa.. siap kata nk kawen saya yg carikan jodoh naa... hahahaha... insyaallah niat wakjo tak ke situ sbb dia syg sgt kat bini dia ni wakakakaka.. pendek kata.. fahamilah suami kita.. cewahh

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

sangat setuju rai..k imi rsa tak perlula kita semua nk menumpang stress kemelut rumah tangga org lain..rumah tngga kita sndiri pun blm tentu mulus smulus2nya ..ehehhe!!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com