Ahad

Projek kuih sebelum raya

Assalamualaikum

Cuti tiga hari memang aku manfaatkan dengan baik. Hari Jumaat aku mengemas rumah dengan penuh semangat sampai shujin hairan, mai mana energy aku yang berlebihan tu. Haha..

Hari Sabtu pulak, family belah shujin ajak buka puasa sama. So semua pakat pakat masak dan makan beramai ramai. Menunya nasi kerabu, cucoq jagung, puding roti, mee goreng dan cek mek molek. Sori takde gambar sebab aku sorang blogger, cam poyo pulak nak gambar gambar bagaikan. Haha..

Ahad pulak aku buat kuih raya. Bukan kuih raya sangat kot sebab rasanya sebelum raya da habis. Ingat nak hantar sikit kat kakak ipar ngan adik ipar memandangkan diorang duk dekat. Lepas tu nak bawak balik Johor sikit. Tapi, komennya bila dah siap tadi, sedap sangat. Jadi kudapan sebelum raya lah nampak gayanya. Hehe..





Kuih tak berapa nak kuih pun. Popia nestum je.

Korang buat kuih ke beli je?

Daa

10 comments:

azieazah berkata... [Reply]

Kawan saya jual, sebalang camtu RM18. Kalu buat sendiri berbaloi, kan?

Cuma nak tahu, nestum jenis apa yg dok guna tuh. Boleh bagitau dak?

*Please tolong jawab di blog Kak Azie ya...

Unknown berkata... [Reply]

eh eh..rajinnya kawan aku ni..

aku langsung tak buat kuih raya..mmg tiap2 tahun tak buat pon..haha..

share la resepi zai..mane tau kot2 raijn plak aku ni..haha..

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam rai..acik dah siap buat kuih dah

Irfa berkata... [Reply]

sedap popia nestum tu
mcm senang je
nnti bagitau sekali mcm mana resepi
dgn resepi ikan tu ye ;)

Ujie Othman berkata... [Reply]

Saya ada plan nak buat kuih ni, sbb suka makan yg ni...tapi itulah...plan!

Kuih beli sikit2 utk bg mak/mertua. Rumah saya beli 2 bekas buat ada2. Sbb kat rumah ni xde yg nk makan sgt, tamu pun tak berapa ada.

aizamia3 berkata... [Reply]

dari tahun lepas akak mintak resepi kat member office, sudahnya sampai la ni tak buat2 lagi..
tahun ni tak tahu lagi nak buat ke tak kuih raya.. nak kata sibuk takdelah sibuk mana.. hehehe.. ;)

Aziela berkata... [Reply]

Memang tak pernah buat walaupun keinginan membuak2. Tak terdaya nak harung sebab asyik travel.

Unknown berkata... [Reply]

tahun nih wife PM ada buat beberapa jenis biskut raya...:)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

amboi sempat juga yer rai. sedap tu.. ! done clik2 nuffng yer

wahida berkata... [Reply]

rajin ko nok...aku ni tiap2 tahun pun kuih tunjuk2 sajer...hahaha...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com