Khamis

Toys R US star club member clearance SALES @ Summit USJ

Assalamualaikum

 

Semalam tengah hari shujin forward sms, katanya Toys R US buat clearance sales untuk star club member. Up to 80% off kat Summit USJ. Sibuk la dia carik kad yang dah bertahun tak guna tu. Bila tak jumpa menjajo pegi Toys R US kat Empire Subang nak ambik kad baru. Kena RM15. Hihik..

 

Petang, terus dia balik awal ambik anak-anak siapkan mandi bagai. Ambik aku terus pegi Summit USJ.

Kemain hensem baju..hehe

Lengkap bertopi. Yang ni kalau pasal bergaya..

Tak membuang masa, terus pergi ke tapak SALES tu. Hari pertama. Takde la ramai sangat orang.

Jenama yang diniagakan

Dalam banyak banyak aku paling minat kasut stride rite ni.

Boleh tahan designnya. Tagnya dapat half price. Aqil dah jumpa dah design yang berkenan dan size yang sesuai. Tapi Damia punya takde size pulak. Damia punya kasut lagi la. Harga asal seratus lebih. Jadi RM39.90 je. Adeh. Sayang betul. Kasut yang sesuai untuk Aisy pun ada. Tapi nak buat apa beli kasut budak belum pandai jalan. Membazir je :P Okay. Aku kedekut :P :P

 

Selain dari kasut ada jugak baju semurah RM10++, CD belajar RM3~12. Shujin dok harap LEGO pun masuk senarai. Malangnya nan hado. Cuma ada bekas LEGO yang overprice tu je. Selain dari tu, kitorang kecewa la jugak sebab mostly tag yang 20% je. Half price jarang jumpa. 70% ada satu, soft toys mickey mouse yang macam dah lusuh. Yang tag 80% tak jumpa. Lepas tu yang toys nya memang takde dalam list toys yang akan kami belikan untuk anak-anak. Selain dari tu, ada jugak yang barang sama, tapi harga lain lain. Kena hati hati jugak tu.

 

Kalau sempat nak pergi lagi sekali. Mana tau ada pulak stok size kasut Damia tu. Yang tu je la yang aku rasa berbaloi nak beli pun. Hehe..

 

Kalau ada yang berminat nak jenguk jenguk, pegi la. Kena ada kad keahlian dan sekepuk duit untuk membeli belah. Hihi.

Details

Toys R US Members Clearance SALES (up to 80% off)

The SUMMIT Subang USJ

F4th Floor

15th t0 19th May 2013/05/16

 

PS : Kalau yang ada anak kecik tak payah la gaduh bawak stroller mewah mewah sebab sempit. Tau je la tempat sales. Aisy aku gendong je dalam ring sling.

 

Daa

7 comments:

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

alahai comel dan hensemnya anak2 bergaya, siap bertopi...

harga berpatutan Rai...seronok dapat datang sini...shopping

aizamia3 berkata... [Reply]

hensem + comel dorang berdua ni.. tu masuk dak tecik tu lagi.. ;)

JunAina berkata... [Reply]

Kecik2 dah pandai bergaya...suka tengok.

Ati Masrif berkata... [Reply]

budak zaman lani suka bergaya

tulah cara depa nk tarik pelanggan kan

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Bestnye ada sale...

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata... [Reply]

hamboiii theyols bab pose kemain gituew ekkk....sale 80% owh ai loikeee...

p/s::act beef saizeriya tue mmg from aussie but dia search detail mmg x jmpa so mmg x mkn la sebab was2 yg kat the oven tu mmg mintak tgk ayam apa theyols guna (SADIA).

azian berkata... [Reply]

waahhhh...anak2 rai ni hensemnya...(boleh tak tetiba nk ckp, hensem mcm anak acik yan jugakkk laa.....ahahahahah)
yan suke jugak mainan2 branded ni, maaf bukan koya tapi kl kene banting dengan muiz kompom tak pecah....hihihi...tp selalu beli kat rengit atau kat juaimurah preloved.nak beli baru tak mampu aihhh....hihihi...
kereta rai cantik jugak...kikiki

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com