Selasa

Maaf! Saya ni pendatang

Assalamualaikum

Lepas habis kecoh pasal PRU13. Kecoh pula tentang perkauman. Ada satu surat dalam bahasa Cina yang kononnya ditulis dan disebarkan oleh parti DAP. Antara kandungan suratnya adalah untuk menguasai ekonomi dan kerajaan keseluruhannya.

While aku sendiri pun tak tahu sama ada surat tu betul ditulis oleh cina DAP. Aku pun tak pasti sama ada translation yang disebarkan itu benar atau tidak, sebab ada orang cina sendiri yang tak paham apa yang ditulis. So, aku menyeru agar sesiapa yang terjumpa dan terserempak dengan surat tersebut, musnahkan tanpa perlu disebarkan. Sebab aku tak nampak kebaikan kalau ianya disebarkan. Cukupla TV3 dan Utusan yang jadi batu api. Kita nak hidup aman damai sama sama kan..

Dan kecoh tentang tsunami bangsa cina dalam PRU13 ini.

Aku bukan pemerhati politik. Jauh sekali penganalisis. Tapi, dari apa yang aku baca dan lihat. Sebenarnya bukan hanya bangsa cina. Tapi kebanyakan bandar. Dan bukan hanya bangsa cina. Tapi mereka yang tinggal di bandar. Tengok di Kota Raja. Pertembungan antara BN (wakil berbangsa India), PAS (wanita melayu) dan BEBAS (wakil berbangsa India). Yang menang adalah wakil PAS. Kawasan Kota Raja ni majoritinya pengundi India. Bangsa diorang sendiri pun tak diundi. Undi PAS lagi.

Dan aku sangat sangat menyeru orang dari berhenti memainkan sentimen perkauman dengan menyatakan seolah-olah orang melayu paling lemah dan perlu dibela berbanding kaum lain. Takut nanti menang sorak kampung tergadai. etc etc. At least, aku rasa aku tak layak claim hak istimewa sebab aku pun bukan orang tanah melayu.

Ayah aku keturunan Jawa, Indonesia. Datang ke Tanah Melayu sebelum perang. Family mak aku, aku tak pasti sangat. So, kalau aku nak kata takut aku menang sorak, nanti kampung tergadai pada bangsa lain pun aku rasa aku tak layak. Aku bukan penduduk asli Tanah Melayu pun.

Sungguh pun camtu. Aku sayangkan Malaysia sebab aku lahir kat sini. Dan aku yakin, bangsa lain pun macam tu. Semua orang nak hidup aman tenteram. Takdenya diorang nak kacau bilaukan Malaysia ni. Abis tu kalau Malaysia kacau bilau bukan diorang boleh pergi tempat lain. Ni je negara diorang. Mungkin ada sebahagian yang agak outspoken, tapi kalau orang Melayu asyik kata suruh bangsa lain balik negara yang bukan tempat lahir dia. Aku pun sakit hati kalau orang suruh aku balik jawa. Rasa nak menjawab jugak.

Pada aku, tak payah la nak mengisahkan macam orang melayu ni terlalu lemah. Lembik. Sampai terlalu nak dilindungi oleh polisi kerajaan. Lagi dilindungi, lagi la kita jadi lemah. Tengok Proton. Dilindungi pun tak dapat nak bersaing dengan jenama lain. Melayu yang tinggal kat luar negara survive je aku tengok. Anak kita pun, kalau letak dalam rumah je, tak keluar. Bila nak berdikari? Dan lagi, yang sibuk menggadai kampung ni bukan ikut bangsa. Kalau dah kemaruk duit tu. Bangsa, agama letak kat tepi. 

So aku rasa, hak istimewa orang Melayu bukan untuk aku. Dan aku tak layak nak claim aku lebih Malaysia dari rakyat Malaysia berbangsa lain. 

Aku paham kalau orang lain tak sependapat dengan aku. Tapi aku nak share je la.

Jangan ada yang sentaps ya.

Daa

34 comments:

Unknown berkata... [Reply]

jangan sampai kejadian 13Mei berulang....Nauzubillah...cukup2 la

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Rietta xmnat politik....sebab rietta tgk....ada keluarga yg pecah blah...gara gara politik....rietta setuju utk kita semua hidup aman bahagia....xmo gaduh gaduh....tkut juga rietta klu ada yg bergaduh hanya kerna pahaman politik berbeza...

Apa apa pown...rietta tetap tunaikan tanggungjawap rietta sebagai seorang pengundi...

Unknown berkata... [Reply]

@Nurul Hamimah, pada saya. saya tak ada pada ketika 13 may berlaku. saya tak tahu kenapa ianya berlaku. sejarah ditulis berdasarkan interpretasi dan kecenderungan penulisnya. sebab tu sejarah islam tentang salah faham dalam islam juga ada beza antara satu sama lain (maaf kalau saya silap). tapi pada saya. usahlah ditakutkan orang dengan sejarah yang kita pun tak wujud masa tu. apa yang pasti. kalau tak berlaku provokasi. semua orang hidup aman. so kita sendiri tak perlu jadi batu api.

Unknown berkata... [Reply]

@HeNRieTTa JoSe, berpecah belah berlaku bila kita tak dapat terima yang orang lain tak punya pemikiran macam kita dan nak suruh dia ikut kita :D.
bukan saja dalam politik. tapi rumahtangga dan keluarga pun macam tu. apa apa organisasi juga.

tak minat politik tak apa. kita cuma perlu ambil tahu. after all negara ni negara kita.

JunAina berkata... [Reply]

Setiap orang ada pedapat dan pandangan sendiri, bagi akak ukhwah datang no 1.

Irfa berkata... [Reply]

aku nak duk aman je..huhu

Unknown berkata... [Reply]

@JunAina, betul kak. ukhwah semua bangsa kan kak.. 1Malaysia :D

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, semua orang nak aman irfa. ada ke yang suka huru hara? yahudi je kot :P

MamaAliya berkata... [Reply]

berita tv3,rtm memang kite tak tgk dah.berita alhijrah dan tv9 pun lebih kurang sama.annoying!orang yang duduk kampung boleh la goreng.yg duduk kat pusat bandar ni,mata yang menyaksikannya.

Dr K berkata... [Reply]

jujurnya, bila terjadi perkara sebegini, kita, bangsa Melayu...yg patut muhasabah diri.

Tak guna nak salahkan Cina, India, atau lain lain bangsa, kalau bukan sebab kita sendiri yg sediakan platform untuk mereka lebih maju dari kita.

Dr K berkata... [Reply]

Cop, Kota Raja tu Dr Mariah yg bertanding ya? Bagus la dia kekalkan kawasan tu...ada patient saya yg saya jumpa 3 hari sebelum PRU lepas, dia berbangsa Sikh...dia cakap dkt saya " Doc, kali ini saya satu family akan undi PAS"...Wauuuu(saya cakap dlm hati)...dan lepas tu 10min pot pet pot pet borak pasal politik...hihihi

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, haah. Dr Mariah tu la.. Diorang fed up ngan wakil BN kut. Haha. Apa pun alhamdulillah dapat kat dia. Semoga peruntukan masjid Kota Kemuning dapat banyak lagi. Hihi..

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, cop..doc duk mana?

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Tak ada agama yg suka kacau-bilau. Hal kecoh ini dek kerana etnik. Kalau agama kakak rasa semuanya mengajar untuk jadi baik. Penduduk negara kita kian longgar pegangan agama masing-masing inilah jadinya...

Aziela berkata... [Reply]

Ramai yang kata jangan gaduh2. Memanglah kan..siapa yang nak gaduh. So, ramai yang suruh kembali bersatu. Orang Cina dah mula naik. Nak rampas Malaysia. Melayu nanti jadi macam di Singapore. So, siapa yang berpecah? Siapa yang memecahkan? Siapa yang kena bersatu? Adakah semata2 kerana tak nak bergaduh, kita semua turuttt saja kerajaan sedia ada? Tak perlu bising2 sebab tak mo gaduh. Pasrah jer dengan kerajaan sebab kerajaan memang sentiasa tunaikan janji? Siapa kerajaan? Kalau hijau ke, kalau mata ke, tetap kerajaan kalau Malaysia sebulat suara kan?

So, tak perlulah guna sentimen perkauman untuk cover ketewasan.

Kita semua tahu siapa yang tewas di sebalik kemenangan.

uncle gedek berkata... [Reply]

OK... serious... GIMIFAI!

Munn Jaafar berkata... [Reply]

gimifai jgk!

sy geram nih.si bibir merah ni dah knp? dah menang, dia plak yg ungkit2 pasal undi cina...oooo kalo undi byk kat dia, 1malaysia berjaya la? undi xdpt kat dia dah tetiba chinese tsunami? what the hexk!!

sitiezahim berkata... [Reply]

yep rai saya sangat setuju. derang yang keluarkan slogan 1malaysia tp derang sendiri yang racist.. apapon bye bye 1Malaysia, sudah tidak releven lagi..hihihih

Tanpa Nama berkata... [Reply]

make sense.. dan terima ajelah keputusan dgn redha yer

miss yatie berkata... [Reply]

KY tak berani nak sentuh bab mcm ni...

Unknown berkata... [Reply]

Gimifai uncle!

Unknown berkata... [Reply]

Rai..

aku awalnya memang tamau amik tahu pasal politik..tapi disebabkan art memang terlibat 100% dalam politik..so, aku pon terkena tempiasnya..

Art bukan setakat pemerhati bab politik..malah dia kena mengkaji..menganalisis..aku rasa bila dah sampai tahap tu memang dia akan tahu banyak..bila kita memerhati,mengkaji dan menganalisis tgk dari mata hati..bukan tgk dari mana2 parti memang kita akan nampak siapa yang betul dan siapa yang salah..

aku pon tak tgk dah tv..menyakitkan hati..dia yang wujudkan 1malaysia..sekarang dia juga yang pecahkan 1malaysia..bila dia pikir periuk nasik dia sendiri jadi camtula..dosa pahala tolak tepi..

orang macam ni yang nak ajak pas bergabung?? mintak maapla...

Dkna Abza berkata... [Reply]

melayu mudah lupa :(

Chik Att berkata... [Reply]

nasib pendatang halal ... heheheheheh ...
kalau tak kena taboh ngan puak2 ... yang dok tangkap bangla tu .. heheheheh (melawak ja) . lawak betul tgk mat bangla satu bas kena taboh tu ..

Apa pun ... kita rakyat Malaysia . Punya pendapat sendiri ... punya hati . Kita semua mengharapkan malaysia tetap aman ...selama2nya ...

Jadi jangan kecohkan perkara kecil ... jangan api2kan antara kaum ..

Sama2..kita hidup aman dan damai. Baiki mana kesilapan dan kekurangan ..Jadi yang terbaik dari hari ini dan semalam ...

isabelle frankly berkata... [Reply]

Rasa bersyukur jap time ni takde kat Malaysia. dah tak larat nak fikir apa kemungkinan dan apa yg bakal terjadi...

sama2 la kita doakan

Mulan berkata... [Reply]

di US, Australia, NZ dll pon dah macam2 asal penduduk nya.. Malaysia pon sama.. kita pon dari seberang..

wahida berkata... [Reply]

aku sayang malaysia!!

LYAfrina berkata... [Reply]

KDG2 pemimpin setiap parti cam ok je.. tp pengikut2 setiap parti terlalu emosional.. dan, PRU13 kali mmg agk teruk sket rasanya.sebab berbagai2 cerita tersebar.. tp, semuanya x d[t disahihkan..

apa2 pon.. moga malaysia terus aman..sbnarnya..takut juga keadaan camn, takut makan dalam..dan ada y ambil kesempatan dengan suasana politik malaysia..

LYAfrina berkata... [Reply]

KDG2 pemimpin setiap parti cam ok je.. tp pengikut2 setiap parti terlalu emosional.. dan, PRU13 kali mmg agk teruk sket rasanya.sebab berbagai2 cerita tersebar.. tp, semuanya x d[t disahihkan..

apa2 pon.. moga malaysia terus aman..sbnarnya..takut juga keadaan camn, takut makan dalam..dan ada y ambil kesempatan dengan suasana politik malaysia..

mummY daniSha berkata... [Reply]

malu aku zai....dierang Tanya pasal video dekat mekah...dierang Tanya matematik melayu dgn cina x sama ke..knp kerusi parlimen pun still konpius heeee....

seyesly..sedey bangat tgk politik Malaysia ni =(

rizal berkata... [Reply]

Bkn nak bermusuhan dgn kaum cina...tapi byk pengalaman dh dilalui ternyata kerajaan malaysia tidak abaikan kaum2 lain klu kita lihat diindonesia ada org cina tapi mereka tidak tahu bertutur bahasa cina kerana diindonesia tiada sekolah cina...pd kejadian 13 mei presiden indon tidak mahu unsur komunis menyerap masuk kedlm negara indon terutama pd kaum cina......sbb itu presiden indon pd ketika itu tidak mahu sekolah cina utk elak berlaku perkauman sesiapa yg mahu menetap dindon harus mengikut cara indon dan jadi satu bangsa indon begitu juga di thailand tiada negara sebaik malaysia...tapi syg kaum cina ini tamak blm puas mengecapi kenikmatan dimalaysia mereka sudah naik kepala mereka ingin kan perdana menteri dikalangan org cina sbb itu presiden mca chua soi lek pernah memberitahu pd umno sekiraanya mahu sokongan cina pd bn timbalan perdana menteri harus diberikan pd org cina....bayangkan bertapa tamaknya mereka ekonomi negara kita telah dimonopoli oleh mereka skrg politik pun mereka ingin kuasai sebenarnya kaum cina tidak suka perlembagaan negara kita mereka tidak suka artikel 153 hak istimewa pd org melayu mereka mengharapkan sekiranya anwar menjadi perdana menteri lim kit siang akan jadi timbalan perdana menteri nilah harapan org cina sekiranya lim kit siang jadi timbalan menteri mereka mengharapkan hak istimewa org melayu dihapuskan dan semua kaum diberi hak samarata.......DAP sblm berkuasa meeeka telah mempertikai segala...yg berkaitan dgn islam diantaranya ...negara islam ...peruntukan pembinaan masjid yg disediakan kerajaan .....pusat pungutan zakat diberi kpd bkn islam.....tanah rezab melayu.....perkahwinan campur diantara org islam dgn bkn islam tidak perlu peluk islam sekiranya mahu berkahwen dgn org islam....benarkan melayu murtad...anak org islam tidak semestinya islam....meeeka ingin kan negara republik yg bebas dr segala perlembagaan sbb itu ulama mengharamkan org islam menyokong DAP......kerajaan kita tidak kejam tidak amalkan diskriminasi seperti yg mereka laungkan ini negara islam adakah salah org melayu mempertahan tanah airnya sendiri...semasa pembentukan malaysia raja2 melayu telah membuat perjannjian dgn british penduduk kaum cina dan india tidak boleh menuntut apa2 yg boleh mengancam penduduk peribumi mereka kaum cina india telah bersetuju dgn perjanjian ini asalkan mereka dpt jadi wargenegara malaysia......ini bkn utk menakut nakut kan org melayu...ini adalah peringatan sblm nasi menjadi bubur kena la berhati hati dgn musuh musuh islam yg boleh berlakon pelbagai bentuk dan rupa.......tamadun islam andalusia merupakan empayer islam yg terkuat tapi telah jatuh ketgn musuh islam........apakah punca kejatuhan empayer islam adakah dsbbkan takdir allah...ia mmg disbbkan takdir allah tapi ia berpunca dr umat islam yg berpecah belah itula antaranya punca kejatuhan empayer islam dan byk lagi punca kejatuhan islam yg baik itu dtg dr allah yg buruk itu dtg dr kita sendiri .....klu kita tahu keburukan itu kenapa kita pilih kpd keburukan perpecahan islam fikir kan la...

Unknown berkata... [Reply]

@rizal, eh chua soi lek tu DAP ke? kalau dah chua soi lek kata gitu kenapa UMNO still bersekongkol dengan MCA. Apa yang buat MCA better than DAP?

Saya malas nak jawab panjang lebar since i saw your first and only post ada written pasal "mat syabu". Heh~.

Saya cuma nak kata.. Islam dan Rasulullah tak mengajar kita buruk sangka sesama sendiri. Walau pun dengan orang bukan Islam. Pada saya hak untuk berniaga, hak mendapat pendidikan adalah hak semua orang tanpa mengira kaum. Apa yang saya nampak. Hak istimewa orang melayu kebanyakannya menyekat bangsa lain dari mendapatkan semua tu. Adakah kerana orang melayu pemalas, so kita perlu sekat orang lain supaya tak menguasai ekonomi? Kenapa orang melayu lemah? kenapa bangsa lain yang minoriti boleh kuasai ekonomi? sebab orang melayu pemalas, tamak, selalu buruk sangka..

saya dan suami peniaga. bila jumpa orang melayu. ajak berniaga. masing masing lagi suka kerja makan gaji sebab lebih mudah. apa pun berlaku. hujung bulan dapat gaji.

azian berkata... [Reply]

as salam...salam kenal rai...
mmm...siu politik ni tak leh nk kome lelebih...kikiki...maklum laa...sy kije gomen....tp...just nk bgtau, abah yan pun org jawa...dia penduduk tetap...tak mengundi laa tpnya...susah nk dapat kerakyatan woooo....tp kl ade yg ckp senang tu, tak tau laa plak ek....huhuhu

Mak Wardah berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com