Rabu

Bilikku bau bawang

Assalamualaikum

Hari ni cuti EL. Aisy demam malam tadi. Aku rasa dia demam sebab dehidrat minum susu sikit sangat. Balik dari ambik dia aku tengok dia cuma minum 2 bekas. Tu pun tak habis. So tak sampai 10oz dia minum.

Memang sangat kritikal. Besar ke tidur je. Dia takkan minum unless da lapar sangat. Adeh..

Last week ok lagi. Tak boleh jadi. Hari ni kena pegi cari botol lain ni. Memang pecah tradisi betul Aisy ni. Abang ngan Kakak dia ok je. Takpe lah.

Dah rasa kurus bila pegang, Susah ati aku.

Malam tadi aku terjaga pukul 1+pagi. Rasa badan dia agak panas. Termometer pulak rosak. Aku basahkan ubun ubun dengan air. Bagi susu. Dia merengek. Asyik nak melekap je. Rindu kot. Hehehe.

Tengok lambat sangat turun panasnya. Aku pun pergi hiris bawang. Letak tepi kepala. Pedih mata aku. Satu bilik bau bawang. Hahaha. Lepas tu, ambik beberapa hiris masukkan dalam socks dia. Pakaikan kat kaki dia.

Dalam sejam gitu, panasnya makin kurang. Hebat.. Pagi ni memang dah tak panas.

Still. Aku cuti sebab nak pergi carikan botol susu baru kat budak kecik ni.


Rasanya nak beli botol MAM ke First Year macam akak ngan abang dulu. Harap ok lah.

Daa

24 comments:

azieazah berkata... [Reply]

Alahai siannya Aisy. Get well soon ok?

Unknown berkata... [Reply]

cepat2 sembuh Aisy...memilih botol ye?sama macam anak masa awal2 keje dulu.....huhu

Unknown berkata... [Reply]

alooss...siannya si kecik..moga cpt sembuh..

ko tak try botol NUK?

yatie chomeyl berkata... [Reply]

bawang apa guna? nti nk try kat SN jr jugak kalau badan dia panas mcm nk demam tu

p/s : try la botol Mimijumi macam SN Jr, kot2 Aisy suka jugak :)

Irfa berkata... [Reply]

patutlah sepi je.cuti rupanya.ok harap baby cepat baik ye

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Rai guna bawang aje ye nak bagi reda. Banyak juga petua Rai guna.

Unknown berkata... [Reply]

Aah kak.. Memang berkesan kat anak anak setakat ni..

Unknown berkata... [Reply]

NUK tu satu set ada 3 ke 2 kan.. Kalau dia taknak membazir pulak. Avent ni sebab aku pakai pam avent.

Munn Jaafar berkata... [Reply]

alamak..aisy takmo botol avent ke? sy dah beli 2 botol avent tau...harap2 'sy punya aisy' nak le botol avent tu....kayo nau nak main tukar2 botol ni -.-*

Ujie Othman berkata... [Reply]

Bwg untuk turunkan suhu ke rai? Mcm2 petua rai tau..bagus.

Moga aisy cpt sihat ya!

JunAina berkata... [Reply]

Rai...kalau akak fikir dua-tiga kali nak letak bawang kat stoking baby bukan apa takut pijar...hehehee...

Cepat2 sembuh ye...cian baby...

Unknown berkata... [Reply]

Kak, kalau takut pijar jangan letak direct. Pakaikan stokin selapis. Lepas tu pakaikan stokin satu lagi.

Unknown berkata... [Reply]

Akak biasanya beli satu dulu. Da ok baru beli extra.. Takut jadi kes gini..

Unknown berkata... [Reply]

aloh-aloh.. sanggup dia tgu susu ibu jugak yg ori hihihi.. Tips berguna nih.. Dak afiq pun susah nk botol Rai.. lagi la dh besar.. 3bln je lagi cukup kuota menyusu hihihi

wahida berkata... [Reply]

baru tau nak turunkan suhu pakai bawang...tapi bawang apa nok? bawang putih, bawang merah, bawang besar?
sori, soalan agak stupid di situ tapi aku betul2 nak tau...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

ooo letak bawang bleh kurangkan panas erk...letak kt kepala? xpedih ke mata bby?

Unknown berkata... [Reply]

trylah susu pigeon tu...ramai kata ok..annur pun guna botol tu..takde masalah dia df ngan guna botol...

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

ubat demam ni macam2 cara ada...
tak salah kita cuba Rai, mana tahu berkesan..cepat sembuh aisy..

Dr K berkata... [Reply]

Tepid sponging the whole body, Insya Allah turun temp..

Bau bawang teringat saya bau bangla...hahaha

Unknown berkata... [Reply]

Aku guna bawang besar. Ada jugak kata bawang putih ok. Tp takut pijar. So aku guna bawang besar je. Tu pun aku skeptikal mulanya. Aku pk.. Hish takkan letak bawang kat kaki boleh turun suhu. Tapi serius menjadi. Aku pun tak pasti apa sains disebaliknya..

Unknown berkata... [Reply]

Bukan letak direct kat kepala.. Bungkus dlm kain jarang ke tisu ke.. Letak berdekatan dgn kepala dia. Pedih gak sikit sebab baunya. Tapi kalau selesema cepat je lega..

Unknown berkata... [Reply]

Aisy ni saya cuba sponging. Tapi dia betul betul tak selesa. Lgpun tekak dia tak clear dari lendir lg.. So saya skip. Takut dia lagi tak boleh tidur.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

ala siannyer moga cepat sembuhyer anaknye rai

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

hehe sebelum ni liya tak tahu lak yang bawang boleh buat suhu anak demam kurang ... selalunya kalau qalesya demam liya jelum kan dengan air asam jawa je... lps ni boleh try guna bawang lak.. ^_~


moga aisy cepat sembuh ye sayang..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com