Rabu

Bilikku bau bawang

Assalamualaikum

Hari ni cuti EL. Aisy demam malam tadi. Aku rasa dia demam sebab dehidrat minum susu sikit sangat. Balik dari ambik dia aku tengok dia cuma minum 2 bekas. Tu pun tak habis. So tak sampai 10oz dia minum.

Memang sangat kritikal. Besar ke tidur je. Dia takkan minum unless da lapar sangat. Adeh..

Last week ok lagi. Tak boleh jadi. Hari ni kena pegi cari botol lain ni. Memang pecah tradisi betul Aisy ni. Abang ngan Kakak dia ok je. Takpe lah.

Dah rasa kurus bila pegang, Susah ati aku.

Malam tadi aku terjaga pukul 1+pagi. Rasa badan dia agak panas. Termometer pulak rosak. Aku basahkan ubun ubun dengan air. Bagi susu. Dia merengek. Asyik nak melekap je. Rindu kot. Hehehe.

Tengok lambat sangat turun panasnya. Aku pun pergi hiris bawang. Letak tepi kepala. Pedih mata aku. Satu bilik bau bawang. Hahaha. Lepas tu, ambik beberapa hiris masukkan dalam socks dia. Pakaikan kat kaki dia.

Dalam sejam gitu, panasnya makin kurang. Hebat.. Pagi ni memang dah tak panas.

Still. Aku cuti sebab nak pergi carikan botol susu baru kat budak kecik ni.


Rasanya nak beli botol MAM ke First Year macam akak ngan abang dulu. Harap ok lah.

Daa

24 ulasan:

  1. Alahai siannya Aisy. Get well soon ok?

    BalasPadam
  2. cepat2 sembuh Aisy...memilih botol ye?sama macam anak masa awal2 keje dulu.....huhu

    BalasPadam
  3. alooss...siannya si kecik..moga cpt sembuh..

    ko tak try botol NUK?

    BalasPadam
    Balasan
    1. NUK tu satu set ada 3 ke 2 kan.. Kalau dia taknak membazir pulak. Avent ni sebab aku pakai pam avent.

      Padam
  4. bawang apa guna? nti nk try kat SN jr jugak kalau badan dia panas mcm nk demam tu

    p/s : try la botol Mimijumi macam SN Jr, kot2 Aisy suka jugak :)

    BalasPadam
  5. patutlah sepi je.cuti rupanya.ok harap baby cepat baik ye

    BalasPadam
  6. Rai guna bawang aje ye nak bagi reda. Banyak juga petua Rai guna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kak.. Memang berkesan kat anak anak setakat ni..

      Padam
  7. alamak..aisy takmo botol avent ke? sy dah beli 2 botol avent tau...harap2 'sy punya aisy' nak le botol avent tu....kayo nau nak main tukar2 botol ni -.-*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak biasanya beli satu dulu. Da ok baru beli extra.. Takut jadi kes gini..

      Padam
  8. Bwg untuk turunkan suhu ke rai? Mcm2 petua rai tau..bagus.

    Moga aisy cpt sihat ya!

    BalasPadam
  9. Rai...kalau akak fikir dua-tiga kali nak letak bawang kat stoking baby bukan apa takut pijar...hehehee...

    Cepat2 sembuh ye...cian baby...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak, kalau takut pijar jangan letak direct. Pakaikan stokin selapis. Lepas tu pakaikan stokin satu lagi.

      Padam
  10. aloh-aloh.. sanggup dia tgu susu ibu jugak yg ori hihihi.. Tips berguna nih.. Dak afiq pun susah nk botol Rai.. lagi la dh besar.. 3bln je lagi cukup kuota menyusu hihihi

    BalasPadam
  11. baru tau nak turunkan suhu pakai bawang...tapi bawang apa nok? bawang putih, bawang merah, bawang besar?
    sori, soalan agak stupid di situ tapi aku betul2 nak tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku guna bawang besar. Ada jugak kata bawang putih ok. Tp takut pijar. So aku guna bawang besar je. Tu pun aku skeptikal mulanya. Aku pk.. Hish takkan letak bawang kat kaki boleh turun suhu. Tapi serius menjadi. Aku pun tak pasti apa sains disebaliknya..

      Padam
  12. ooo letak bawang bleh kurangkan panas erk...letak kt kepala? xpedih ke mata bby?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan letak direct kat kepala.. Bungkus dlm kain jarang ke tisu ke.. Letak berdekatan dgn kepala dia. Pedih gak sikit sebab baunya. Tapi kalau selesema cepat je lega..

      Padam
  13. trylah susu pigeon tu...ramai kata ok..annur pun guna botol tu..takde masalah dia df ngan guna botol...

    BalasPadam
  14. ubat demam ni macam2 cara ada...
    tak salah kita cuba Rai, mana tahu berkesan..cepat sembuh aisy..

    BalasPadam
  15. Tepid sponging the whole body, Insya Allah turun temp..

    Bau bawang teringat saya bau bangla...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aisy ni saya cuba sponging. Tapi dia betul betul tak selesa. Lgpun tekak dia tak clear dari lendir lg.. So saya skip. Takut dia lagi tak boleh tidur.

      Padam
  16. ala siannyer moga cepat sembuhyer anaknye rai

    BalasPadam
  17. hehe sebelum ni liya tak tahu lak yang bawang boleh buat suhu anak demam kurang ... selalunya kalau qalesya demam liya jelum kan dengan air asam jawa je... lps ni boleh try guna bawang lak.. ^_~


    moga aisy cepat sembuh ye sayang..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^