Rabu

Barang perhiasan rumah

Assalamualaikum

Nak tumpang bertanya. Kat mana nak beli langsir ready made yang cantik dan berpatutan eh..? Area Selangor ni. Langsir rumah lama tak muat ngan rumah baru. Daunnya lebih.. Tak cukup pulak.. Nak suruh orang jahit jahit aku pun tak berapa reti. So ready made lagi senang kot.

Ada cadangan..?

Aritu pergi Ikea jumpa kain buat langsir je. Langsir da siap tak jumpa pulak. Ada ke?

Nota kaki : Mode mengemas dan menghias rumah. Masih terbarai lagi. Malu nak tunjuk kat orang. Hahaha.. 

Daa

16 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kat Nilai 3 ada. Tak tahulah sesuai ke tak. :)

Unknown berkata... [Reply]

kat nilai 3 dan ikea jela yg saya tau..

JunAina berkata... [Reply]

Akak selalu gi Kamdar Kajang, banyak langsir readymade dan boleh tahan dr segi cantiknya dan harganya. Kamdar lain tak tahulah pulak. Nilai lagi banyak pilihan.

Aziela berkata... [Reply]

Ikea adaaaa langsir dah siap. Tapiii...siap duit jer lah...hehehehe. Cuba cari kedai kain, tanya boleh jahit langsir tak? Kadang2 lebih murah, lebih tepat dan lebih cantik. Bagi ukuran pintu atau tingkap. Minta shujin awak ukurkan tinggi dan lebar... Senang jer diorang buat nanti... Biasanya kedai kain yg besar2 ada servis nie.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Dekat Air Hitam dan batu Pahat ada kedai MK Curtain macam-macam ada Rai. Bila balik kg boleh survey...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

ooo...rietta biasa nmpak kat kamdar..dorg jual kaen, skali jhit...tpi akak kena kasi ukuran la kat dorg...pastu bleh plih pattern yang akak nk...harga berbaloi juga...

Ati Masrif berkata... [Reply]

Assalamualaikum rai,

kalau kat selangor xtau tapi di nilai square
ada yg boleh di tempah dan siap dlm 1-2jam jek
lagi senang dan ikut betui2 size tngkap rmh kita

yatie chomeyl berkata... [Reply]

nilai 3 la kot eh..aunty i tempah langsir rumah dia kat situ..kejap je siap katanya

Tanpa Nama berkata... [Reply]

aku pun nak suggest kat nilai jugak...

munna berkata... [Reply]

munna selalu pergi nilai beli langsir yg ready made.... nak tempah pun ada siap dlm hari tu juga

Unknown berkata... [Reply]

hmmm,yg aku tahu kat nilai jer..tp kat jakel ada kot..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

nilai 3 mmg byk, kalau malas sgt cari kat mydin yg besar2 pun ada , not bad juga KA tgk patern dier

Ujie Othman berkata... [Reply]

Rumah saya dekat dgn Nilai 3, jadinya tau situ jelah. Mmg ada byk pilihan utk langsir ready made ni. Rege pun boleh tawar, lagi2 kalau time org tak ramai.

sitiezahim berkata... [Reply]

hehehe tau tau la rai..Ikea ada kot tp simple je la :)

Unknown berkata... [Reply]

kat Nagoya AEON Big nih dah cuba belum...hehe

ZieMarziah berkata... [Reply]

kalau penang sy suka g jusco..elok n cantik..harga pun berpatutan:)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com