Rabu

Kesoma Rai; Penulis Ourkizuna bakal disaman

Assalamualaikum

Gara-gara tulisan dalam entry aku yang dikatakan menghina intergriti penjual dan penapis air berteknologi RO, aku akan disaman.

Komen dari seorang pembaca dalam entry : Air yang sihat

Salam semua,
Bila saya baca semua artikel(apa yang dikarang oleh tuan empunya blogger ni)saya terpanggil untuk meletakkan pandangan saya melalui kajian saya(jika pengarang jg mengkaji)mengenai dunia #R.O,#air mineral #kesihatan..
Jika si pengarang mengatakan syarikat atau pengedar water filter yang melakukan ujian terhadap air menggunakan peralatan yang sangat relevan untuk menentukan kualiti air, maka si Pengarang juga amat tidak beretika kerana mengeluarkan hujahan yang tunggang terbalik dan elemen yg sangat tidak kemas (jika pembaca membaca dengan teliti terdapat unsur yang menjatuhkan pihak lain –“silap hari bulan, pengarang boleh disaman” ), si pengarang juga dikatakan tidak beretika kerana mengeluarkan penulisan sebegini yang boleh mengelirukan pengguna atau orang ramai yang tidak membuat kajian sendiri terhadap air.
Sila renung kembali, “Siapakah pengarang?” apakah kelulusan beliau dalam bidang ini? Jika hanya sekadar mengeluarkan penulisan sebegini dalam blog sendiri juga adalah satu perkara yang tidak beretika kerana anda hanya pempengaruhi dan menyampaikan informasi yang tidak tepat dan hanya sesetengah pihak sahaja yang mengetahui jika anda berada di tempat yang benar.
Terdapat beberapa info yang si pengarang sampaikan tidak tepat antaranya mengenai air mineral..air mineral terbahagi kepada 2 jenis ,mineral organik (baik) dan mineral tidak organik (yang terkandung bahan pepejal terlarut). Mineral yang dibotolkan yang dikategorikan sebagai bahaya kerana di Malaysia tidak ada bahan atau machine yang sangat jenius atau canggih spt batang paip yang menyalurkan air dapat mengasingkan mineral baik dan tidak baik!!jadi adalah lebih bijak jika kita hanya mengambil H2O yang sempurna atau air tulen sahaja (wlu bagaimanapun dalam H20 masih terdpt sedikit mineral yang boleh diterima oleh badan)..Air zam-zam pula adalah air ciptaan Allah SWT yang mengandungi kandungan mineral yang sgt tinggi iaitu Magnisum,Kalsium dan Sodium..sudah pasti air zam-zam mengandungi mineral yang organik yang dperlukan oleh badan (Air zam-zam tidak boleh dibandingkan dengan mn2 air di dunia ini)..
Kepada semua pembaca, renungkan perkara ini..”jika kita mengalami masalah tulang yang serius, sudah pasti kita akan rujuk kepada pakar tulang, kerana hanya mereka yang membuat kajian yang lebih spesifik dan saintifik mengenai tulang..jika kita mengalami sakit mata tidak mungkin kita akan berjumpa dengan pakar tulang bukan?”…Begitu juga isu air minum..silalah rujuk kepada pakar air (orang yang membuat kajian berpuluh tahun untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada manusia alaf ini).
Seperkara lagi saya ingin menyentuh jawapan si pengarang bg soalan mereka yang pnh bertanya..si pengarang tergelak apabila si bertanya menyatakan yang Michael R Long adalah pakar air dan menjadi konsultan kepada syarikat Elken si pengarang tak perlu ketawa panjang kerana, Michael R Long sememangnya pakar air yang diiktiraf antaranya adalah dari WQA dan Syarikat Elken pula adalah syarikat yang BIJAK kerana melantik pakar air sebagai konsultan mereka. Produk yang terbaik perlu mendapat pengiktirafan dari mereka yang pakar (jika si pengarang masih tidak setuju, saya rasa elok sekiranya berdebat dengan pemberi pengiktirafan).
Sebagai penutup pandangan saya ini, saya ingin menasihatkan orang ramai perlu lebih peka terhadap apa jua yang dikeluarkan oleh pencipta blog yang sbnrnye mempunyai agenda tersendiri..(Boleh saya tahu jenis water filter ape yang dijual oleh pengarang?)

Renung-renungkan dan selamat beramal

Jawapan aku :
Saudari ni bercakap macam orang politik. Mesti la aku tulis ada agenda. Siapa tulis blog tak ada agenda? Agenda tersendiri aku tulis entry pasal penapis air ni adalah untuk bagi kesedaran pada pengguna tentang penapis air dari pelbagai sudut.

Agenda aku adalah supaya pengguna tak bayar beribu ringgit untuk product bullshit yang cuma nakkan untung. Tujuan aku supaya orang buka mata yang demi duit, manusia sanggup menipu dan bahayakan kesihatan orang lain.

Betapa tak adilnya bila kepercayaan pengguna dikhianati. Ramai orang bayar beribu ribu sampai ada yang berutang dengan harapan nak dapatkan kesihatan yang lebih baik. Paling menyedihkan adalah, lebih dari separuh individu yang dikhianati ni, tak tahu pun pasal bahaya air yang mereka minum tu. Pernah aku tunjukkan report WHO tu pada seorang penjual RO yang pitch aku dengan husband, dengan nada bersahaja dia kata, saya tak peduli sangat pasal product ni, yang penting duit masyuk. Aku tak tipu. Tanya laki aku.

Ya. Aku bukan pakar air. Tapi aku tak payah jadi pakar untuk menulis blog dan buat search kat google pasal bahaya air RO. WHO dah keluarkan report nya. Kenapa aku nak jadi bodoh buang masa buang duit nak buat something yang orang dah sediakan. Bagi orang yang first time baca pasal air RO kat blog aku, boleh google "demineralised water" untuk dapatkan report yang dikeluarkan oleh WHO (world health organization) yang bertajuk Health risk from drinking demineralised water. Aku tak perlu jadi pakar air untuk sampaikan info macam ni. Malah, apa yang aku tulis selama ni pun ada simple science dan logik yang tak memerlukan orang jadi pakar pun. Cuma perlu fikir lebih sikit untuk relatekan semua tu dengan teknologi yang digunakan oleh pengeluar penapis air.

Bare in mind, fungsi nsf.org adalah sebagai third party organisation yang menguji dan mengiktiraf fungsi penapis air, termasuk penapis air berteknologi RO. Tapi, tak ada pun mereka mengatakan bahawa air RO baik untuk kesihatan manusia.

Nak saman? Terpulang. Aku tak pernah secara terangnya mention pasal company mana, product apa. Berpusu pusu peniaga penapis air datang ke blog aku nak menegakkan benang yang basah.

Kalau rasa nak saman, dipersilakan. Insya allah. Aku menulis kebenaran. Aku tulis berdasarkan bukti. Malah, ada beberapa kenalan doktor aku sendiri yang cakap bahawa air RO tak elok untuk kesihatan. Kenapa perlu mineral dalam air?

Maaf hujah dan elemen aku tidak kemas sebab aku bukan penulis profesional. Aku cuma penulis blog picisan.

Bagi penjual product RO, aku takde niat nak jatuhkan sesiapa. Aku menulis pasal fakta tentang air RO secara general. Tujuan aku adalah untuk berkongsi pengetahuan dengan pembaca aku. Terpulang pada pembaca menilai dan memilih.

Daa

18 comments:

anyss berkata... [Reply]

Assalamualaikum,
Ooooo pasai penapis air....mmmmm malas nak komen

kakak aku berutang puluh ribu dek terpengaruh dengan satu syarikat jual penapis air ni, bertimbun penapis air dlm rumah, jenuh dok usung tadak orang nak beli pun.

Bila bukak bisnes lain, dah tadak modal, nak buat loan pun dah tak leh.

Ingatkan kakak aku sorang je bodoh, rupanya ramai lagi manusia lain yg bodoh dok terpedaya dgn orang suka ambil kesempatan hu hu hu hu

Irfa berkata... [Reply]

wei hebat kawan aku
sampai nak kena saman gara2 tulis blog
nak sign otograph buleh?

Prettywrite berkata... [Reply]

dah mcm baca blog aidid muadib dah ni..he3..go!go! K.rai.. Tak perlu takut utk benda yang benar.. Teruskn menulis~

Unknown berkata... [Reply]

setujuu
nak saman2.
tak ada bukti.

alahaiiii...
RO tak sesuai u daku.. sbb daku xada penyakit. RO kat umah hanya u suamiku

Ujie Othman berkata... [Reply]

Saya mmg tak ada ilmu dlm hal ni, sbb malas nk g baca. Jadinya bila Rai menulis, saya rasa ok sbb diambil dari sumber yg dipercayai. Saya yg tak amik tau ni, jadi tau sikit sebanyak.

Unknown berkata... [Reply]

kalau nak lawyer I boleh rekemenkan abg ipar I...hehe

Mohamad Fathi berkata... [Reply]

Ooo... macam tuu...

azieazah berkata... [Reply]

Penjual tu macam taksub pula. Amboii nak saman. Berani nak saman pengguna? Jom kita tengok...

Unknown berkata... [Reply]

Hahahaha..nk gelak panjang2 blh x? Kesian kt si penyaman ni..cuba nk tegakkan benang yg bsh..aku pon x faham apa yg dikomennya..punyala panjang..cuma nk tanya dia la..kalau syarikat Elken tu BIJAK sgt..nape syarikat tu tak kuarkan penapis air yg blh asingkan terus air yg kononnya organik dan pepejal apa ntah terus dr paip..walaupon syarikat Elken tu ada pakar air yg hebat..tapi kalu takde teknologi yg hebat..tetap penapis air tu tak relevan utk dipakai
Sorila..bkn nk jatuhkan sesiapa..tapi lenkali guna otak dulu sblm komen yer...

Nieda Ramly berkata... [Reply]

wah , berdiri bulu roma baca pasal penapis air ni.

Shahrul Azam berkata... [Reply]

Dah jadi lumrah org yg buat bisnes MLM apa2 jenis produk pun, mereka tetap nak tegakkan benang yg basah.
Kaum lain yg kaya, melayu yg jadi mangsa dek kebodohan penipu MLM.

Aziela berkata... [Reply]

Boleh bezakan hasil tulisan si penyaman dengan tulisan yang nak di saman. Kan ke banyak beza tingkat mentalitinya tu. Tak yah banyak cerita. Dari isi dia pun dah tahu dia taksub dengan Elken tu. Dahlah caranya tak betul. Sepanjang akak baca blog nie, Rai x pernah mention apa2 nama company sekali pun. And u wrote based on certified reports. So, don't worry. We are still standing right here in your blog.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Klu baca entri Rai pun, mmg nmpk general. Takdelah putar belit. Rai tulis pun, berdasarkan fakta. Yg putar belit, org yg bg komen tu. Bg komen pun berterabur, mcm ne? Haishhh!

Ann Ishak berkata... [Reply]

yang peliknya, kenapa perlu melatah...adakah betul seperti yang dikatakan, ermmm!!!

Unknown berkata... [Reply]

Salam,

Saya sokong akak ni 200%, tapi saya bukan penjual apa2 produk. Sya br dlm bidang air ni, last week sy br di datangi oleh penjual E***n. Dan saya setuju untuk beli dgn cara eon kredit.bygkan interest je RM1,300. Lps tu je br sy g search, mcm2 pendapat and saya terbaca satu website ni untuk di kongsi kt sini. Ada yg tnye akak sape? Ada phd ke? Yg sy nk kongsi ni ada semua sila pegi ke website ni www.watertestscam.org.za atau download je ni http://www.watertestscam.org.za/docs/Healthy_Water_Booklet.pdf so, jgn tertipu.buah pinggang yg Allah bg ada lah yg terbaik cuma kalu rosak kita yg xjg, kurang minum air atau byk minum arak.

Dlm tesis pakar tu ada ckp penapis penting untuk dpt air yg bersih tapi hnya tapis clorin yg boleh mengancam nyawa bkn mineral,mineral perlu utuk bdn sbb mineral dlm air lg cpt serap dr mknan. Cari la penapis yg elok tp xbuang semua mineral.

sy dlm process untuk nk cancel wlpon br approve, harap2 boleh.

P/s: sebelum minum apa2 air bc bismillah and salawat. Semoga air yg kita minum selamat.

Mutazalyana berkata... [Reply]

Assalam. please email to me penapis air en rai mustazalyana@gmail.com

Unknown berkata... [Reply]

Assalamualaikum. Pengarang blog yg budiman, sy bkn penjual atau pengedar mne2 produk penapis air tp sy rse anda t'silap la makne 'demineralised water' & reverse osmosis (RO) water ni.. 'demineralised water' ialah air suling, air yg t'kumpul melalui proses pemanasan air (wap air yg slalu t'kumpul kt penutup ble kte msak air tu). Air suling ni xde oksigen. Ingt lg x kte ad blajar air suling ni mse kte form 2 dlu (klu x silap la, sukatan pembelajaran dh tkar2 skrg ni). Air RO plak adalah air yg x mempunyai sebarang bahan lain kecuali hidrogen & oksigen, H2O sempurna. Teknologi RO ni dicipta & digunakan meluas dlm kapal angkasa utk proses air yg org kt angkasa lepas tu dh gne supaya ianya boleh digunakan semula. Bygkn ye, brpe lme org kt angkasa lepas tu stay kt sne, ad yg b'bln2, ad jga yg b'thun, so brpe bnyk plak diorg kne bwk air ke angkasa klu teknologi RO ni xde. Hmmm...
Manusia adlh makhluk Allah swt yg x sempurna & t'lalu bnyk ilmu Allah swt yg belum diketahui. Tiada lg teknologi yg dpt mengasingkan antara mineral baik & x baik utk badan melainkan badan manusia itu sendiri.
Bkn niat utk menjatuhkn sesiapa, hanya utk pencerahan.
Semua yg baik dtg dri Allah swt dan yg x baik tu dtg dri diri sy sendiri..^_^
Wasalam..

Unknown berkata... [Reply]

@bdkshin88, maaf.. just nak inform.. dalam report yg saya refer kat who tu air ro termasuk juga dalam demineralize water.. dan kalau orang kat angkasa guna bukan bermaksud air ro tu bagus. ubat sakit jantung ramai orang makan.. tapi tak bermaksud ubat tu bagus. orang sakit jantung makan ubat tu sebab dia sakit. macam tu jugak kes air ro yang org kat angkasa minum. diorang takde pilihan. ada option tu je..

betul..tak ada teknologi yang dapat mengasingkan semua bahan cemar dari air.. sbb banyak lagi bahan cemar dalam air yg kita tak tahu.. tapi adakah dengan mengasingkan semua mineral termasuk mineral baik itu bagus utk kesihatan..? ya.. badan kita adalah penapis terbaik.. sampai lah bila sampai masa buah pinggang kita rosak. my reference doktor pun tak advise untuk minum air ro.. i have found the so far the water filter and treatment system that can eliminate up to 150 contaminants in the water and at the same time keep the good mineral in it.. and i'm satisfied with the performance. so if you think ro is good for your body.. up to you..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com