Jumaat

Kad kredit, keperluan atau kehendak?

Assalamualaikum

Pakai kad kredit? Ada satu ketika dulu, ada orang yang beranggapan orang yang pakai kad kredit ni orang kaya. Lagi banyak pakai lagi kaya. Pernah aku balik kampung, ada sorang pakcik ni tayang kat kredit bersusun dalam wallet.

Depan depan kami, dia bagi tiga keping kat anak dia tiap sorang. Shujin gelak je..

Hakikatnya, ramai orang salah faham pasal kad kredit. Sebab tu ramai yang guna dan kemudian dibelenggu hutang sebab pakai sampai limit dan tak mampu nak bayar.

Rule bila guna kad kredit adalah "do not spend money you don't have"

Pada aku kad kredit memudahkan hidup. Tak payah bawak cash banyak. Swipe je. Especially kat stesen minyak. Leceh nak gi kaunter.

Tapi. Kena pandai manage cashflow la. Spend duit yang kita ada je. Spend jangan sampai limit.

Kalau emergency sekali pun, plan siap siap, macam mana dan berapa bulan kita ambik masa nak settle kan semua. Jangan sesekali biarkan drag lelama.

Bunyinya mudah. Tapi ramai yang tak mampu. Sebab tu ramai yang anggap kad kredit ni tali jerut yang bila bila masa je nak cekik kita. Masalahnya orang tu sendiri yang tak dapat kawal diri.

Aku paling suka bab redeem hadiah sebenarnya. Kalau boleh, kat kedai runcit pun nak guna kad. Balik rumah terus transfer la bayar. Hehe.

Korang guna kad kredit?

Daa

12 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Guna..utk isi minyak jer.haha..

Ujie Othman berkata... [Reply]

kami guna..dan mmg byr full setiap kali. maksudnya sblm guna kena tau berapa bajet yg kita ada baru swipe. so, tak kena caj.

aizamia3 berkata... [Reply]

tak pernah ada pun.. ;)

Unknown berkata... [Reply]

tak penah ada kad kredit pun..kad debit ada la..hehe..

mummY daniSha berkata... [Reply]

dulu aku ada 2 kad...tp dah tutup satu...tinggal satu je heee..cukup satu kot..guna utk kalau nak buat zero interest punye loan....kan banyak yg mcm tu kan...senang sikit heee

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

dah pakai kena rajin bayar...

MamaAliya berkata... [Reply]

sy pakai kad debit aje :-)

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

semua kad kredit dah kene stop dah ... skrng ni debit je tinggal...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

rietta xpkai kad creadit...tkut over spend....rietta cuma pkai debit card jerr...dulu susah sket sbab masih byk tmpt xterima debit card...skank dah sng, sebab kebanyakkan tempat dah terima debit card...

anumuchan berkata... [Reply]

pkai jugak.syok guna kalau boleh buat beli bnda mahal cket.byr installment.tp 0 interest hehee

Ann Ishak berkata... [Reply]

saya guna kredit card, untuk minyak sudah semestinya, shopping pun jugak tapi sama macam rai...terus transfer bayar balik hari yang sama jugak. saya tak berapa suka bawa cash yang banyak, dalam wallet saya pun jarang lebih dari RM100 :P

Ibu Muda 30series berkata... [Reply]

guna kad debit je...senang. ada duit bleh spend. tak de duit kaluu...dok umah dendiam...haha

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com