Selasa

Allah perancang terbaik

Assalamualaikum

Aku rasa yang contraction tu cuma false alarm. Braxton hicks. Contraction hampir setengah hari. Tapi habis kat situ je. Tak ada discharge. Kadar kesakitan tak semakin bertambah atau makin kerap. Lagi pun patutnya minggu ni baru 33minggu. So ada masa lagi.

Bagaimana pun, kita takkan tau apa perancangan Allah kan.

Hal rumah yang patutnya da settle ada masalah pulak. Ejen tu mintak maaf gila ngan kitorang sebab booking fee dengan agreement da sign tapi tiba tiba tuan rumah decide nak terima offer dari ejen lain yang penyewanya bayar lebih mahal untuk rumah tu. So esok shujin pergi sign agreement baru dengan tuan rumah lain. Kawasan yang sama, harga rumah yang sama. Tapi terpaksa tunda tarikh pindah ke bulan March sebab rumah tu nak kena dibetulkan sikit.

Hikmahnya, sebulan lagi kami boleh duduk rumah sewa murah ni :). Dapat la selesaikan hal lain dulu. Sebab rumah yang baru ini kena ada renovation sikit. So untuk cover balik sebab kitorang terpaksa delay tarikh pindah, tuan rumah baru nak pasang water heater kat bilik air main bedroom. Mudah la sikit nak mandikan si kecik nanti. :)

Walau pun nak diikutkan aku agak terkilan sebab mungkin tarikh pindah tu adalah masa aku pantang kat Johor. Tapi aku percaya itu perancangan yang Allah dah aturkan untuk kami. Dan yang terbaik. Insya allah.

Syukur sangat sebab walau pun dengan semua ni hati aku rasa lapang sangat. Tak de dah rasa susah atau tanya kenapa jadi macam ni.

Aku still cuti. Rehat.

Guna bloggeroid aku tak reti nak attach gambar..

Daa

25 comments:

Ujie Othman berkata... [Reply]

Ada hikmah tu, tak nampak je.

teringat dulu saya pun pakai ejen masa nak cari rumah kat bkt tinggi, klang. susah sgt.. caj dkt 200.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Ya Allah...boleh pulak mcm tu? Owner die Melayu ke? Awak menyewa kat area mane? Rumah teres ke?

Unknown berkata... [Reply]

ujie,
byk hikah yg saya nampak sebenarnya.. ejen tak cas kami. dia cas tuan rumah.. tp tuan rumah cas dlm deposit la.. hehe

fara,
kat kota kemuning jugak.. teres takde bawah rm1k. at least pun rm1.4k baru boleh dpt teres. kami dpt rumah tinggi.. tp sbb sini senang nk hantar anak kat akak ipar. redha lah.

Unknown berkata... [Reply]

oh.. btw.. owner chinese..

Cho Zila berkata... [Reply]

semua yang berlaku memang ada hikmah yang tersembunyi.. cuma kita yang tak cari.. yang nampak hanya musibah...

Irfa berkata... [Reply]

ada hikmahnya tu :)

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Yakin pada ketentuanNya akan membuatkan kita berlapang dada...

LydSunshine berkata... [Reply]

Bagus kalo fikir positif macam tu. So, kita takde la rasa terkilan sangat.

Unknown berkata... [Reply]

semoga semuanya berjalan lancar yer...amin...

Anamarza berkata... [Reply]

Penting berfikiran positif dalam keadaan Rai camni, tuk elak stress terlebih

Aziela berkata... [Reply]

So, rumah yang sekarang nie, tak ada masalah la untuk stay lagi kan... Rai, jangan mengemas teruk2 sangat yer..

SYANI berkata... [Reply]

Semoga dipermudahkan semuanya.. Take care ye.

BERT berkata... [Reply]

perancangan Allah memang terbaik kak.. kadang2 kita plan lain, lain plak jadinya..

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

yg pasti ada hikmah dgn apa yg berlaku...

matahati-aishahazhar berkata... [Reply]

bila kita berfikir positif.. semuanya akan berjalan lancar dengan izinnya...

rehat ye dik..

ZieMarziah berkata... [Reply]

semoga semuanya berjalan lancar..dah nak dekat deliver ye kak rai

Tanpa Nama berkata... [Reply]

moga semuanyer ok ye rai

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Syukur juga kalau Rai redha dgn ketentuan ini. Insya-Allah ada yg baik yg belum Rai nampak.

Yg penting sekarang jaga kesihatan tu.

Yaya Azura berkata... [Reply]

Bila redha hati makin tenang..masalah pun nampak jalan.penyelesaian...

sitiezahim berkata... [Reply]

salam rai. take care ok. kakak saya arituh pon contrction awal tp alhamdulillah takde apa. skarang dah selamat bersalin pon..btw rehat banyak2..jgn biarkan perut kosong, if anything (nak terbesalin ke) atleast kita ada energy :)

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

insyallah.. ada hikmah di sebalik suma itu.. btw.. take care ekk dah dekat sangat dah tu... no hard work... berehat dan makan banyak untuk perah tenaga nanti...

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

moga dpermudahkan segalanya yer.. bykkan bersabar..jgn stress sgt..

Unknown berkata... [Reply]

patutlah takde gambonya...saya pun tak pandai guna bloggeroid ni, leceh nak menaip

sal ya berkata... [Reply]

semuanya adalah ketentuan DIA Yang Maha Esa.

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

Ya Allah.. nape leh wat camtu... tp xpalah.. ada hikmah.. dpt yg murah...

take care tau rai... moga baby kuar apabila dah cukup matang...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com