Selasa

Pentingnya mempunyai matlamat kewangan

Assalamualaikum

Ni adalah antara sedikit sedutan dan olahan daripada kelas bisnes yang aku join. Apa yang menarik adalah biasanya apa yang dikongsikan tu bukan saja untuk pengetahuan aku untuk perniagaan, tapi aku rasa ianya boleh diaplikasikan oleh sesiapa saja walau dalam bidang apa pun mereka. Pengetahuan am gitu lah..

Setiap dari kita ada matlamat kewangan. Ramai juga yang tak pasti tentang matlamat kewangan, atau pun mereka tak sedar tentang kepentingan matlamat kewangan. Bagaimana pun, eventually mereka akan sedar juga, kebanyakannya bila dah hamper mencapai usia emas. Mungkin sebab itu juga ramai yang memilih untuk kerja dengan kerajaan, kerana ada pencen. Kalau ada EPF, gaji kecik, belum tentu cukup untuk menampung hidup lepas pencen. Sudahnya, dalam usia emas masih lagi cari kerja untuk sara kehidupan. Alasannya boring duduk di rumah tak buat apa. Ye lah. Nak berjalan beraktiviti pun perlukan duit juga.

Apakah matlamat kewangan anda?

Pekerjaan adalah satu jenis kenderaan (vehicle) untuk mencapai matlamat kewangan, selain daripada pelaburan dan simpanan. Ia bukan satu matlamat. Tapi kebanyakan orang berasa lega apabila telah mendapat kerja tetap dengan bayaran bulanan. Lalu terlupa tentang matlamat kewangan mereka.

Masalah kebanyakan orang pada masa kini adalah bebanan hutang. Bebanan hutang terlalu banyak, menyebabkan mereka hidup untuk sara kehidupan bulanan. Kalau ada sedikit lebihan, disimpan atau dilaburkan. Kalau tak ada, apa nak buat.. Namun, kebanyakan dari kita selesa dengan kehidupan yang begini. "That's life"

Hakikatnya, sebab tu kita tengok pada hari ni, bila ditimpa musibah, paling ramai orang melayu yang terpaksa bergantung pada bantuan dari JKM atau hasil derma orang ramai. Kerana, tiada simpanan dan tak bersedia.

So many people spend their health gaining wealth, and then have to spend their wealth to regain their health

Kita takkan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Penting untuk kita menikmati kehidupan pada hari ini, dalam masa yang sama adalah penting juga untuk bersedia menghadapi masa depan. Matlamat kewangan jangka panjang seperti untuk perbelanjaan persekolahan anak memerlukan belanja yang besar, kebanyakan orang Melayu terlalu bergantung pada pinjaman seperti PTPTN dan Mara. Selagi budaya seperti ini tidak diatasi, selagi itulah ekonomi orang melayu akan jadi yang paling bawah.

Bagaimana cara untuk mencapai matlamat kewangan? Ada banyak cara, ada yang cepat ada yang lambat, ada yang berisiko ada yang perlukan usaha gigih. Ianya bergantung pada saiz matlamat anda. Nanti aku share tentang ni serba sedikit.

Daa

10 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Yup! Kita sudah dipupuk dgn budaya berhutang. KErajaan buntu cara. Hutang jugak yg die galakkan. Mmm...

Unknown berkata... [Reply]

nice

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak rasalah Rai mereka yg kaya tak ada masalah. Tapi yg pernah lahir dari keluarga miskin akan pasti merancang agar tidak miskin pul di hari tuanya.

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Utk rangka masa thn dpn bleh la....

wahida berkata... [Reply]

aku byk menyimpan utk tabung anak2...tabung sendiri yilek...huhu...

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

ada gak menyimpan utk anak-anak dan masa depan.. insyallah..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

pagi tadi dgr kat radio penyebab utama rmai belia muflis sebab hutang kereta, kedua hutang peribadi, ketiga hutang kad kredit. sy n fendy tgh bersabaaaaarrr dlu dr bli kereta.stkt ni pkai dlu sang kancil smpai hbis byr.xsmp 2thn lg..insyaAllah. betul lah.sbnrnya kita ni di didik utk berhutang...bfikir jgk knp org 'yg sepatutnya' msih blum sediakan solution utk perkara2 mcm ni??

ye ye sy tau..pokok pangkal diri kita sndri yg kena bijak rancang kewangan :)

Anamarza berkata... [Reply]

kekadang matlamat ada usahanya kurang, lebih banyak cipta alasan dari bersungguh cari jalan nak capai matlamat, rintangan yang sedikit tak mampu nak hadapi, gitu la biasanya dgn org kita ni

Unknown berkata... [Reply]

habis satu hutang, hutang baru lak timbul...begitu lah...harap usia den dah 40-an nanti bebas hutang lah...orang kata life start at 40 kan...hehe

LYAfrina berkata... [Reply]

setju!
mesti bijak mengawal kewangan.. esspecially tk masa depan

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com