Assalamualaikum
Eh..bukan aku yang dilema.. Jauh sekali aku adalah lelaki. Walau pun ramai Anon dan pembaca senyap Ourkizuna yang rupa rupanya ingat aku laki. Kasar sangat ke bahasa aku eh. Hehehe..
Ni pemerhatian aku la kan.
Banyak kisah rumahtangga yang aku baca dan dengar pasal lelaki main kayu tiga pasang lain dan berkahwin tanpa restu isteri pertama. Biasanya la kan. Sama ada lelaki tu berakhir dengan bercerai atau tidak dengan isteri pertamanya, dia memang akan hadapi macam macam masalah dalam hidup dia. Senang kata hidup tak senang lah.
Paling banyak.. Hadapi masalah kewangan. Ada yang ada pulak masalah dengan pasangan baru.
![]() |
| Madu ni je yang ada kat rumah, campur dengan lime juice dan air suam. Ubat batuk untuk Damia |
Maklumlah kan.. sebelum kahwin janji bulan bintang. Bila dah kahwin, habuk pun tarak. Kalau isteri muda tu maunya nak bersusah payah bersama. Biasanya cuma kejar keduitannya je. Tapi keduitan pun sangap acane..?
Pesanan aku buat kaum lelaki.
Islam benarkan orang lelaki kahwin 2-3-4 dengan bersyarat. Bukan asal macam mampu duit je da boleh. Banyak lagi unsur lain. Dan kalau pun rasa mampu sangat pun, jangan la sampai menganiaya isteri yang pertama tu. Allah kalau dia nak balas kat dunia ni, cepat je. Tu baru balasan dunia. Balasan akhirat? Mampu ke?
Rasulullah kahwin lebih dari satu pun selepas kewafatan Saidatina Khadijah. :)
Nota kaki : Eh kenapa ek aku tetiba buat entry madu maduan ni.. Kikiki..
Daa








